Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, March 18, 2011

Y 396 : Peluang

Peluang adalah satu bentuk kesempatan. Ujian Allah adalah peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik, menjadi hamba lebih taat, menjadi hamba yang betul-betul ada rasa berTuhan. Bukan hanya diwaktu susah, bukan pada waktu resah gelisah.
Apabila percaya dan yakin bahawa semua aturan ini adalah di bawah penguasaanNya, maka tiada apa yang mampu menundukkan semangat untuk terus berusaha demi menggapai redhaNya.
"Mama, amal tak dapat balik Isnin ni. Kena ambil remedial exam."

[Apa agaknya ada dalam hati mama bila anak kesayangan tak dapat balik]

......"Takpe amal, usaha lagi, kali ni mesti boleh. Lepas exam boleh balik, cuba tukar tarikh balik tu kat airport. Tambah duit sikit, takpe."


Senyumlah!

Mama HEBAT, anak kena HEBAT :)
InsyaAllah.

Buat yang menanti kepulangan, maaf jika membuat kalian menunggu. [ada ke orang nak tunggu ni] Maaf jika sebelum ini ada janji untuk bertemu, InsyaAllah akan usaha untuk menunaikan. Maaf score A, kena bertangguh pula selepas segala perancangan telah dibuat sebelum ini.

Berdiamlah apabila diuji, kerana itu antara dirimu dan Tuhanmu.
Usah mengeluh kerana terasa berat, kerana yang berat itu boleh diringankan dengan izin Allah.

Waallahua'lam.

18/3/2011 Inilah masa untuk betul-betul sedar, bersungguh dan berubah :) Terima kasih Allah.

Sahabat-sahabat, doakan kami-kami di sini. Jom ramai-ramai redah hospital demi ilmu Allah.

2 Buah fikiran:

Anonymous said...

salam amal..
akak sgt2 percaya..
insyaAllah awak boleh buat..
tambahkan lagi usaha dan mantapkan lagi iman..

Allah tu maha adil..
Dia tahu hamba mana yg dah byk usaha..
tu ujian kecil drpd Nya..
sebelum ganjaran besar yg menunggu awak nnt...:)
jgn skali2 putus asa..
sabar,tabah,cekal dan doa!..

insyaAllah
akak akan sentiasa doakan awak dan adik2 yg lain k..

all da best lil sis!

-alia_yaya-

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

waalaikumussalam kak yaya..
:) InsyaAllah kak, ini satu peluang baik bagi amal untuk perbaiki kelemahan yang ada, tingkatkan iman yang suka berlemah-lemah ni.

Putus asa bukan jalan utk menuju kejayaan :) never give up..always looking forward, InsyaAllah something valuable waiting for us :)

Terima kasih kak..doakan kejayaan kami semua..InsyaAllah kejayaan di akhirnya :) Allahumma amin.

Take care akak, xsempat jumpa akak lagi di Lot, jumpa d usrah nanti ya, InsyaAllah.

Sayang selalu :)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates