Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, March 12, 2011

Y 394 : Bila Tuhan Berbicara

Ayat-ayat cinta.

Ketika cinta bertasbih.

Dalam mihrab cinta.

Ini adalah tajuk-tajuk kisah buatan manusia. Jalan ceritanya disusun baik. Namun, sedarkah jika andai kita sandarkan ayat-ayat, tajuk-tajuk ini kepada Pencipta, ia menjadi lebih bermakna, indah. Ayat-ayat cinta Allah membuatkan jiwa-jiwa ini tenang, lebih-lebih lagi apabila cintaNya mula bertasbih dalam mihrab cinta Ilahi.

Pada ayat-ayat cinta Allah juga ada peringatan buat manusia. Juga mahukan manusia itu berfikir untuk terus beringat atas peringatanNya. Namun, masih ada yang tidak mendapat peringatan itu.



"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." [As-Syuura: 30]

Allah tidak pernah menzalimi manusia, cukup dengan memberi peringatan kepada. Dengan itu manusia mampu untuk berfikir akan perihal hak dan batil. Jelas dalam surah al-Kahfi, ayat 49.

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." [Surah Ar-Ruum: 41]

Lihatlah alam daripada kaca mata akhirat yang pastinya akan membuatkan kita-kita selalu beringat. Jarang-jarang lupa, walaupun lupa itu adalah salah satu sifat manusia. Ya, baru-baru ini kita digempakan dengan berita musibah yang berlaku di Jepun. Kiamat itu semakin hampir dengan kita-kita, sedangkan amalan kita tidaklah seberapa. Peringatan buat diri sendiri yang selalu lupa-lupa ingat, lupa lagi banyak dari ingat. Na'uzubillah min zalik.

Masa bergerak pantas, tetapi kita-kita masih perlahan pergerakkan, seakan-seakan masih merangkak sedangkan umur kian meningkat. Tiba masa untuk bergerak laju daripada masa. Mungkinkah kita bergerak lebih laju daripada masa? Sesungguhnya tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.

Ayuh bergerak, terus bergerak.

Bawa semua hati-hati untuk turut sama bergerak, jangan tinggalkan ia di belakang. Hati perlu sedar, ini bukan masa untuk bermanja-manja dengan tuan sementara. Allah jualah pemilik yang kekal. Banyak-banyak muhasabah, moga dengan itu dapat ajar diri-diri kita untuk tahu beza baik dan buruknya. Moga dengan itu kita selalu INGAT.

Ini adalah sedutan berita semalam, di Utusan Malaysia.
TOKYO 11 Mac – Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.

Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat.

Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi.

Polis berkata, setakat ini 88 orang disahkan terbunuh dan 359 orang masih dilaporkan hilang.

Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan skala bencana alam berkenaan. Orang ramai diberi amaran untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Siaran televisyen turut memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam sekitar bangunan di Odaiba, pinggir bandar Tokyo dan perkhidmatan kereta api laju ke arah utara terpaksa dihentikan.

Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Kerajaan akan menjalankan semua usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan meminimumkan kerosakan,” katanya pada satu sidang media khas.

Agensi berita Kyodo melaporkan, beberapa kebakaran turut berlaku di bandar Sendai, yang menyaksikan ombak besar menghanyutkan kenderaan di landasan lapangan terbang.

Di wilayah Wakayama, 20,000 penduduk diarahkan berpindah selepas amaran tsunami dikeluarkan dan beberapa gegaran susulan melanda.

Menurut wartawan Reuters, Mariko Katsumura, penumpang kereta api bawah tanah menjerit dan memegang tangan penumpang lain. Gegaran yang terlalu kuat membuatkan mereka sukar untuk berdiri.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Pasaran saham Tokyo turut mengalami kerugian selepas gempa bumi itu diumumkan. Menurut bank pusat, mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kewangan kembali stabil. – Agensi
Sedarlah diri, hidup ini kian ke penghujung. Tiada yang kekal, sampai bila mahu lupa. Sampai bila mahu ikutkan hawa nafsu yang tidak pernah puas. Sampai bila? Renung-renungkan.

Waallahua'lam.

12/3/2011 Dua hari lagi mahu exam :) Moga dipermudahkan segala urusan. Allahumma amin..Medan perang semakin hampir, InsyaAllah lakukan sebaik mungkin.

InsyaAllah..

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates