Masa itu kian hampir,
Semakin hampir ke detik KEMATIAN,
Yang tibanya tanpa diundang,
Datangnya tanpa dijemput,
Maka masa semakin disingkat dimamah langkah laku,
Langkah laku hamba yang hakkatnya menuju kepada Pencipta.
Masa itu kian hampir,
Semakin hampir ke MEDAN perang yang dinanti,
Yang tibanya tanpa apa-apa halangan,
Datangnya diiringi masa yang berlalu,
Maka berusahalah sampai ke penghujungnya,
Berbekalkan secebis ilmu Tuhan,
Moga redha Allah mengiringi bersama perjuangan kami.
InsyaAllah.
Ya, esok bakal ke medan itu. Berjuang bersama-sama rakan seperjuangan yang gigih berusaha, tanpa jemu, tanpa kenal erti penat lelah. Ya, tanpa kenal apa itu putus asa kerana istilah itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup-hidup kita. Walaupun hakikatnya, istilah dalam kamus hidup kita-kita semakin banyak, melimpah-limpah [istilah arabnya, medicnya].
Kagum melihat mereka-mereka, moga redha Allah mengiringi usaha-usaha kita.
Wahai pembaca yang dikasihi,
Doakan kami-kami, bakal-bakal tabib, InsyaAllah.
Doa agar betul niat kami, sentiasa.
Kerana kami juga hambaNya yang terkadang lupa dan alpa.
Berjuang tanpa henti, keranaNya.
Moga kejayaan milik kami-kami semua.
Allahumma amin..
ALLAHUAKBAR
Waallahua'lam.
1 Buah fikiran:
rabbuna yusahhil..!
Post a Comment