Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, March 10, 2011

Y 393 : Mama

Hari ini 10 Mac 2011,

Ulangtahun kelahiran MAMA :) pagi-pagi telefon MAMA, ucap selamat padanya. Dia fikir diri ini tidak ingat barangkali, dah setting awal-awal untuk telefon. MAMA, insan teristimewa buatku di dunia ini. Jika ingin dikisahkan segala jalan hidup ini dengan MAMA, sudah tentunya sangat panjang. Juga akan berkaca-kaca mata yang menaip ini. Bukan mudah untuk menjadi sekuat MAMA.

Latest : di LCCT sebelum pulang ke Sarawak

Ya, MAMA sumber kekuatan diri, yang hakikatnya daripada Allah.

Suatu ketika dahulu, rasa-rasanya dahulu tidak pernah kena marah teruk-teruk macam abang-abang. Tidak pernah kena kejar dengan MAMA dengan penyangkut baju :) Kenangan-kenangan, sesungguhnya dalam hati ada taman.

Dahulu,

Ketika diri ini sakit, MAMA lah yang setia menemani. Sanggup tidur sama-sama di hospital, tidur di lantai beralaskan selimut. Bila lihat, sayu hati. Di pagi hari, mencari-cari di mana MAMA, rupanya MAMA tidur di atas kerusi di luar wad. MAMA teman hantar sampai bilik bedah, masa salam MAMA, menitis lagi air mata, tersedu-sedu. Risau-risau lepas diri ini keluar dari bilik bedah nanti, tidak dapat jumpa MAMA lagi.

MAMA, moga berbahagia selalu :)

MAMA,
Kekuatan MAMA kekuatan amal juga,
Kesedihan MAMA kesedihan amal juga,
Kegembiraan MAMA kegembiraan amal juga.

:)
SAYANG SELALU.

Waallahua'lam.

10/3/2011 Walaupun mama takkan baca blog ni, amal nak tulis juga. Moga suatu hari nanti mama baca :))

Mama, anak mama ni sudah besar :)) InsyaAllah. Besar sangat la tu?

4 Buah fikiran:

~nuramna najihah~ said...

assalamualaikum..
sampaikan salam kak an buat mama..
semoga mama amal bahagia selalu..
=)
kak an mendoakan kebaikan buat mama amal dunia akhirat..
InsyaAllah..
moga amal juga setabah mama!

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

waalaikumussalam wbt..
InsyaAllah amal sampaikan :)
InsyaAllah sedaya upaya membahagiakan, moga Allah izinkan..

Syukran kak an..
InsyaAllah like mother, like daugther :) kuat dan tabah!
Buat kak an juga, moga kuat selalu :)

Nadrah Yusra said...

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang...

=)

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

:)) suka lagu tu..
InsyaAllah sayangi ummi kita..

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang...

:)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates