Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, June 14, 2010

Y 304 : Practice

Assalamualaikum,

Belajar lagi, setiap hari ilmu di tuntut tetapi sejauh mana kita amalkan dan praktikkan? Mari amalkan ilmu Tuhan yang tidak dapat dinilai dan diukur.

Praktikkan..practice :)


-Gambar Hiasan-

Hari ini, kuliah jam 8 pagi oleh Prof. Dr. Khin Tun, salah seorang doktor muslim myanmar. Semangatnya dalam mendalami ilmu menaikkan semangat diri untuk bersungguh didalam bidang ini. Beliau sudah hampir 40 tahun dalam bidang perubatan, seorang pakar bedah.

He said, "Do you think practice makes perfect? Practice doesn't makes perfect."

Kami tertanya-tanya kenapa beliau berkata begitu.

Later he said, "Only perfect practice makes perfect."

:)

Diri menganggukkan kepala menunjukkan tanda faham. Ya! Jika kita latih diri untuk menjadi lebih baik ke arah kesempurnaan, hendaklah betul caranya. Jika caranya songsang, maka matlamat yang ditetapkan tidak dapat dicapai sepenuhnya.
"Only perfect practice makes perfect"
Dalam bidang perubatan sendiri, skill need to be developed before become a safe, good doctor in the future. But to improve the skill, we need knowledge as our guideline towards a accurate, good practice. Diri ini perlu sedar bahawa bidang ini bukan mudah, semua bidang ada tahap kesukarannya.

Dalam bidang-bidang lain juga, kemahiran untuk mempraktikkan dan mengamalkan ilmu itu amat penting. Ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah :)
"Tuntutlah ilmu daripada dalam buaian hingga ke liang lahad."
Waallahu'alam.

14/6/2010 Belajar itu suatu nikmat kerana rasa dekat dengan Tuhan. InsyaAllah.

4 Buah fikiran:

sinar_islami said...

makin terasa ttgjwb yang bakal digalas..
semakin hujung pengajian..semakin gerun rasanya..
lagi2 bidang kita melibatkan nyawa...

Amal Athirah Zarzilah said...

Betul tu kak..terasa semakin berat, tanggungjawab yang bakal dipikul itu melibatkan hidup insan, bergelar manusia, hambaNya..semoga Allah mempermudahkan urusan kita demi satu amanah yang bakal digalas.

:) InsyaAllah..

Anonymous said...

assalamu'alaikum...~

cik amal :)

alhamdulillah,dah masuk tahun tiga ya... solehah sangat gembira untuk amal =]

semoga dipermudahkan segala urusan...

rumah sewa solehah kat sini ada 5 bakal doktor...~ banyak belajar dari bakal2 dOktor ni...kagum tengok apa yg doktOr belajar =) sesungguhnya sungguh unik bakal dOktor & doktor! T_T

semOga Allah redha...~

Salam rindu dari Newcastle,Australia...
SF

Amal Athirah Zarzilah said...

InsyaAllah semoga Allah redha :)

Semoga berjaya juga buat solehah d sana..balik m'sia nnt bgtahu ya :)

Salam sayang dari bumu Sarawak,
AAZ @ fikraa :)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates