Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, February 4, 2012

Sedia!



Sedia!

Sesungguhnya sejak lahir lagi kita telah diajar untuk bersedia. Diajar berjalan, berlari , makan, minum dan sebagainya sebagai persiapan diri untuk hidup berdikari pada hari mendatang. Diajar juga macam mana rasa sakit, rasa manis, pahit, masin dan bermacam lagi supaya apabila besar nanti kita tidak lupa rasa-rasa ini walaupun ada di antaranya yang kita tidak suka.

Selebihnya diajar juga, perkataan berlawanan di sekolah, juga perkataan sinonimnya agar nanti kita tidak keliru. Bila besar nanti, tahu membezakan antara kedua-duanya.

Sedia!

Ya, kita diajar semua itu.
Supaya bila dewasa nanti, kita boleh berjalan dengan langkah mencari redha Allah.
Supaya bila dewasa nanti, kita mampu berlari andai kejahatan itu mendekati kita.

Ya, kita diajar semua itu.
Supaya bila dewasa nanti, kita mampu berdikari walaupun di mana kita berada.
Supaya bila dewasa nanti, kita kuat menempuh jalan-jalan dunia sementara.

Ya, kita diajar semua rasa itu.
Supaya bila dewasa nanti, kita tidak terkejut dengan perubahan rasa-rasa dunia.
Supaya bila dewasa nanti, kita mampu bertahan dengan 'rasa-rasa' yang tidak sedap itu.

Ya, kita diajar untuk membezakan itu dan ini,
Supaya bila dewasa nanti, kita tahu memilih jalan redha atau jalan murka.
Supaya bila dewasa nanti, kita mampu membuat keputusan, teruskan atau sebaliknya.

Kita asalnya sudah diajar untuk bersedia.
Sedia!

Sedia!

Sedia menghadapi liku-liku hidup yang tidak dapat diduga kerana semua dalam aturanNya, bukan dalam pengetahuan manusia. Bersedia untuk jatuh dan bangkit semula, walaupun hakikatnya sukar tetapi sampai bila kita mahu tersungkur? Biarpun tersungkur berulang kali, jangan lupa untuk bangun.

Yang penting adalah BANGUN,
Bukan berapa banyak kali kita tersungkur jatuh.

Yang penting adalah CARA BANGKIT SEMULA,
Bukan bagaimana cara kita jatuh tersungkur.

Sedia!

Sedia untuk hadapi nikmat Allah dengan setinggi-tinggi kesyukuran, bukan lupa atau alpa. Bukan leka hingga lupa hidup ini ada titik akhirnya.

Nak dapat bahagia nikmat itu pun kena sedia?

Mesti sedia!

Supaya kita tidak lupa untuk jadi hamba yang berterima kasih kepada Pemberi segala nikmat dan anugerah. Bukan suatu yang susah, semuanya sudah diajar. Bersungguh melakukan perintahNya dan jauhi segala laranganNya sejauh-jauhnya.

Sedia!



Sedia hadapi alam menuntut ilmu ini. Menuntut ilmu Tuhan yang tidak terbanding dengan luas lautan. Bersedia dengan niat yang lurus, tajdid niat sekerapnya. Bersedia mendalami ilmu itu sedalam-dalamnya. Moga-moga dengan ilmu itu dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta, bukan sebaliknya.

Nak study sejauh mana? Master? PhD?

Biar sejauh-jauhnya, asalkan semakin dekat denganNya.
Dekat dan dekat.

"Sila sambung belajar."
"Kena sambung belajar."


:)

Biarpun sejauh mana kita belajar, setinggi mana peringkatnya, namun perlu beringat bahawa ilmu itu milik Allah, tiada apa yang perlu dibanggakan melainkan rasa rendah diri untuk menghadap Ilahi kelak. InsyaAllah, ciptalah 'jalan pulang' yang terbaik dengan persembahan yang cukup-cukup hebat. SubhanAllah.

Sedia!

Bersedia untuk hadapi alam pekerjaan, yang dijangka memerlukan sangat banyak pengorbanan. InsyaAllah, jangan digusarkan dengan kepayahan kerana kesenangan itu belum tentu membawa bahagia di sana nanti.

Sedia untuk kerja lebih masa,
menjadi orang tengah Allah untuk merawat manusia.

Sedia untuk tinggalkan orang tersayang di rumah,
sibuk dengan urusan di hospital, kerja demi Allah jua. InsyaAllah.

Sedia untuk bengkak mata, kurang tidur,
moga jati diri terus tinggi demi SATU matlamat akhirnya.

Sedia!

Bersedia untuk menghadapi ALAM BARU. Bagi sesiapa yang masih bujang, sila persiapkan diri walaupun belum ada calon atau belum merancang untuk berumah tangga. Kerana bukan mudah untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu.

Walaupun dalam gurauan ia nampak mudah, namun realitinya mental dan fizikal itu harus bersedia untuk menerima insan baru dalam hidup sebagai pendamping hingga ke akhir hayat, InsyaAllah sehingga ke syurgaNya. Itu yang kita harapkan, iaitu membina baitul muslim yang kukuh pegangan aqidahnya, juga wujud ingat-mengingati dan bersama bergerak ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

"You complete me"

Ya, melengkapi antara satu sama lain.

YANG PALING PENTING, SEDIA!

Bersedia untuk menghadapi ALAM SETERUSNYA, alam akhirat. Penentuan ke syurga ataupun neraka. Sangat-sangat penting daripada yang lainnya tetapi sebenarnya ia merangkumi semua yang di atas, termasuklah bagaimana kita membawa diri, bagaimana mengurus diri untuk lebih dekat denganNya dan perkahwinan itu mudah-mudahan juga dalam redha Allah.

Ya, kehidupan dunia ini tidak boleh lari daripada rangkuman nilaian akhirat.

Apa yang dilakukan di dunia, itulah bakal dinilai di akhirat.

"No free time for judgement"

Maka, kesimpulannya, bersedialah hadapi apa jua perjalanan yang telah Allah tetapkan ini. Hadapi dengan tenang-setenangnya. Hidup dalam penyerahan selepas berusaha itu indah, tiada yang dapat menggugat rasa yakin padaNya. InsyaAllah.

Muhasabah,
Pandang dunia dari kaca mata akhirat.
Maka dengan itu, kita dapat lihat dengan jelas mana baik, buruknya.

InsyaAllah.
InsyaAllah.
InsyaAllah.

Waallahu'alam.

3/2/2012 Sebulan lagi, terjagakah? Moga terpelihara dalam redhaNya, InsyaAllah.

Sehebat mana kita merancang, Pelaksananya jauh lebih hebat. Tiada tandingan! Maka redhalah dalam setiap aturanNya kerana itulah yang terbaik. InsyaAllah.

...Ingatlah, kepada Allah kembali segala urusan [42:53]
No doubt!
:)


Surgery posting, 1 week to go. InsyaAllah.
May Allah ease, Allahu yusahhil.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates