Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, February 16, 2012

Kakak!

Segala puji bagi Allah menjadikan alam ini sebaik-baik kejadian buat hambaNya yang cukup istimewa, untuk ditatapi agar selalu ingat padaNya. Tetapi ingatkah? Cuba bayangkan kita hanya hamba tetapi layanan buat kita sangat-sangat isitimewa. Itu pun masih tidak mahu berterima kasih?

Banyakkan muhasabah diri.

Andai terleka, cepat-cepat patah balik ke matlamat asal. Andai terlupa, cepat-cepat ingatkan diri sendiri. Macam mana? Lihat sahaja alam sekeliling, ataupun yang paling mudah LIHATLAH DIRIMU SENDIRI, tidak malukah berbangga dengan dunia sedangkan status kita cuma hamba? Hamba yang sangat-sangat istimewa dianugerahkan segala nikmat, nafas, anggota badan beserta deria yang hebat dan pelbagai lagi.

Banyakkan muhasabah diri.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Firman Allah yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Allah berfirman lagi, "Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)."

Alhamdulillah, berakhir peperiksaan final posting, surgery. InsyaAllah next step bakal pulang ke pangkuan keluarga, InsyaAllah dalam masa terdekat. Surgery posting, banyak berjalan-jalan di ward, lihat-lihat sambil perhati-perhati dan belajar.

Belajar untuk dunia kini dan selepasnya,
Belajar untuk menCIPTA JALAN PULANG yang TERBAIK.
InsyaAllah.

Dalam banyak-banyak perkara yang terjadi, tersemat satu kisah yang sangat-sangat berharga. Sangat-sangat berharga sehingga membuatkan diri terSEDAR dan dengan kudrat kurniaanNya akan terus berusaha semampunya untuk menyempurnakan amanah itu.

Kisah yang sangat berharga;


Pada suatu hari, sambil jalan-jalan di ward dengan lab coat putihnya bersama seorang teman seperjuangan, bergerak belajar apa yang ada dihadapan mata, terdengar satu panggilan:

"Kakak! Kakak!"

Terasa panggilan itu sangat-sangat dekat. Kami toleh ke belakang.

"Kakak!"

Rupa-rupanya panggilan daripada dua orang anak kecil berbaju melayu, barangkali baru sahaja pulang daripada solat Jumaat. Umur mereka dalam lingkungan 3-4 tahun. Daripada jauh macam kembar, datang dekat-dekat ternyata seorang kecil sedikit. Mereka sedang melawat ibu mereka.

Sangat-sangat comel!

Datang mendekati mereka, sempat bersalam-salam lagi.
Lalu, si kecil itu menunjukkan seliparnya.

"Kakak, ni E bird!

Dalam hatiku, "E bird? Apakah?"

Sekali tengok, ANGRY BIRD, tersenyum memanjang.

Abangnya pun sama, menunjukkan seliparnya.

"Kakak, ni Ben-10!"

Dalam hatiku, "Aduhai, comelnya."

Lalu mereka berlari-lari, berpusing-pusing dalam ward.
Kami meneruskan tugas kami untuk mendekati pesakit dan bertanya-tanya perihal penyakit mereka. Selepas selesai, kami berjalan keluar daripada ward. Sewaktu berjalan keluar, terdengar suara yang sama, daripada dua orang si kecil itu.

"Bye bye doktor!"

"Bye bye doktor!"

Tersentak dengar perkataan itu, perkataan yang diiringi tangungjawab dan amanah yang sangat-sangat berat. Perkataan yang datang bersama satu matlamat yang jelas dan niat yang betul.

Dalam hati kami berdua, "Doktor? Ya Allah..."
Adik-adik comel, InsyaAllah KAKAK akan berusaha menjadi doktor yang baik.
Terima kasih sebab sedarkan KAKAK.

Setiap bidang itu punya fungsi, juga peranan yang sangat-sangat besar. Jangan kita anggap remeh, jangan kita pandang rendah. Bukan doktor, guru, jurutera sahaja yang punya peranan, tetapi KITA SEMUA punya peranan.

Peranan itu perlu digerakkan.
Fungsi itu perlu menjana momentum.

Penjaga di stesen minyak,
Jurujual di pasar raya,
Pemandu bas awam,

Mereka juga punya fungsi!

Sedar, apa sahaja fungsi kita, MATLAMAT akhir kita tetap sama.
Pelihara diri untuk terus rendah hati, bukan membangga diri.

Jadi manusia yang berfungsi, ada guna.
Gerakkan fungsi itu. Perlu bergerak untuk berfungsi dengan baik.
Bergerak dengan fungsi!

Moga terus bergerak dan berfungsi!
Sehingga ke akhir waktu, InsyaAllah.

InsyaAllah.
Waallahu'alam.

16/2/2012 Allahu yusahhil, InsyaAllah

Baca-baca artikel/entri 4 tahun lepas, bahasaku jauh berbeza :) jadi lebih 'dewasa'.

2 Buah fikiran:

Lieyza said...

kakak doktor !

wawa said...

aminn...insyaAllah...akak doakan "Kakak Doktor" berjaya mcapai cita2 selama ini & merealisasikan impian, tgjawab sbgai umat Nya...

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates