Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, January 19, 2012

Parking



Duduk diam-diam, fikir dalam-dalam...

Kenapa perlu malu?
Untuk bertanya perkara yang perlukan kepastian,
Sanggup membiarkan diri tertanya-tanya jawapan yang belum tentu betulnya,
Selepas itu membuat andaian yang bukan-bukan,
Sehingga kadangkala timbul fitnah yang membawa kepada Murka Allah.

Kenapa perlu malu?
Untuk pakai baju longgar-longgar,
Untuk kenakan pakaian yang labuh-labuh,

Kenapa perlu malu?
Untuk menadah tangan membaca doa di khalayak ramai,
Nampak pelikkah?
Risau dianggap menunjuk-nunjukkah?
Tanyalah fatwa hatimu.

Ya, malu untuk berbuat baik? Salahkah?

Begitu banyak persoalan, namun kesimpulannya, kini kita malu kepada kebaikan. Sedangkan kebaikan itu yang perlu kita dekati, dekat-dekatkan diri dengan zon putih. Ya, malu itu diletakkan pada tempat yang salah, tempat yang tidak sepatutnya.

Sebaliknya,

Kenapa tidak malu?
Untuk berpegang-pegang tangan,
Untuk bermesra-mesraan dengan lelaki atau perempuan ajnabi,
Sebaliknya itu dijadikan kebanggaan,
Sebaliknya itu dijadikan satu kelebihan.

"Aku ada makwe, kau ada?"

"Pakwe aku romantik tau, kau ada?"

Kenapa tidak malu?
Untuk melebihkan perkara-perkara dunia berbanding akhirat,
Adakah lupa bahawa hidup ini ada akhirnya?

Kenapa tidak malu?
Untuk mendedahkan apa yang perlu ditutup rapi,
Untuk membiarkan perhiasan diri menjadi tontonan ramai,
Sebaliknya itu menimbulkan rasa tinggi diri,
Sebaliknya itu menjadikan diri rasa sangat-sangat sempurna.

Ya, malu itu salah tempatnya.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Malu adalah lambang iman, lambang keutuhan iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” [Riwayat Bukhari]

Bahaya kan? Tanda-tandanya sudah mula hilang sudah kita lihat depan mata. Hilang sedikit demi sedikit, tanpa kita sedar atau pun tidak. Nilai ini kian terhakis, hilang. Jika ada sekalipun, tempatnya juga telah salah. Malu itu tidak lagi pada tempat yang sepatutnya.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan." [Hadis riwayat Ibn Majah]

Berhati-hatilah!
Jangan leka mahupun alpa.

Jangan biarkan manusia yang dicipta sebagai semulia-mulia umat ini menjadi seorang yang dibenci dan menjijikan. Pelihara diri sebaiknya sebagaimana penciptaan manusia itu iaitu dicipta dengan sebaik-baik kejadian. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: "Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Ya, malu itu menghasilkan kebaikan andai diletakkan pada tempat yang betul. Dan kebaikan ini akan kelak memandu kita melakukan hal-hal yang bermatlamatkan redha Allah. InsyaAllah.

Jom letak malu pada tempatnya!
InsyaAllah.
Right PARKING :)

Sharing..Jom, BACA!



Bilakah masa ini akan tiba? Graduasi!
2 more years, InsyaAllah.
May Allah ease our way..till END.

Sesiapa yang bakal bergraduasi tahun ini, TAHNIAH!
Kejayaan itu titik permulaan untuk lebih dekat dengan Tuhan.
Kerana Dialah yang menganugerahkan detik itu.

Waallahu'alam.

19/1/2012 BM!

Balik esok! InsyaAllah..adakah bakal besarkan badan di rumah? :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates