Minggu ke-2 di rumah. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik, untuk teruskan perjalanan sebuah kehidupan yang tidak kita tahu bagaimana akhirnya. Dan yang pasti, kita semua mendambakan pengakhiran yang terbaik, moga-moga persembahan kita diterima olehNya. InsyaAllah.
Sebelum ini, di Sarawak jarang-jarang tengok TV, sekarang selalu sangat! TV AlHijrah, sangat-sangat banyak manfaat yang dapat diambil daripadanya, daripada tidak tahu kepada tahu. Semua itu ilmuNya jua.
Maka tidak salah menontot televisyen andai cuba-cuba mencari manfaat daripadanya. Cari-cari, carilah!
Kita selalu berdoa, selepas solat tidak pernah tinggal untuk berdoa kerana sedar doa itu adalah senjata yang up-to-date! Melangkah keluar rumah, dalam hati berkata, 'moga-moga perjalanan selamat dan dipermudahkan'. Itu juga adalah doa! Allah jua yang punya kuasa untuk memakbulkan doa itu atau sebaliknya.
Ini perlu selalu kita ingat.
Semua yang berlaku dengan izin Allah.
Dengan ini kita dapat menjauhi berburuk sangka kepadaNya, juga kepada makhlukNya.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman; 'Sesiapa yang mahu berdoa kepada-Ku nescaya Aku menerima doanya. Sesiapa yang mahu meminta kepada-Ku , nescaya Aku berikan kemahuannya. Sesiapa yang mohon ampun kepada-Ku, nescaya aku mengampunkannya.'"
Bagaimana Allah memakbulkan doa kita-kita ini?
Ya! ada 3 cara!
SATU
Diperkenankan doa itu ketika didunia dengan diberikan apa-apa sahaja hajati.
Direct! Allah beri apa yang kita hajatkan itu, semua dengan izinNya jua. Namun, apabila hajat kita dipenuhi, jangan lupa untuk kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran padaNya.
Kita peroleh kejayaan cemerlang! Tahniah! Mabruk! Congratulations!
Tetapi ingat, jangan lupa untuk sujud syukur, kerana daripadaNya kecemerlangan itu. Andai kata Allah tidak izinkannya untuk berlaku, maka ia TIDAK AKAN berlaku. Namun jangan bersedih, Allah tetap akan kabulkan doamu tetapi dengan cara yang berbeza.
Doa telah diperkenankan namun hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.
Kadangkala ini mengundang rasa buruk sangka pada Pencipta kerana kita tidak dapat melihat ganjarannya di dunia. Awas!
Ya, kita tidak nampak yang Allah telah makbulkan doa kita. Lalu kita persoalkan kenapa? Lalu kita persoalkan kenapa aku? Sedangkan soalan itu sudah terjawab sejak awal lagi, kerana itu adalah salah satu aturan Allah, yang Allah telah persiapkan dalam perjalanan hidup kita. Cuma tinggal KITA, untuk laluinya dengan sebaiknya sebagai hamba.
Ya, memang sedih. Hajat terasa tidak termakbul. Terasa diri dalam kegagalan, terasa diri kecundang, terasa diri tidak mampu untuk lalui semua ini.
Janji Allah itu pasti!
Ujian itu berdasarkan kemampuan hambaNya, tidak pernah lebih.
Ujian itu berkadar dengan ketahanan hambaNya, tidak melebihi itu.
Moga kita terus kuat!
Kemanisan itu ada, walaupun bukan sekarang, andai terus bersabar, pasti ada.
InsyaAllah.
Doa telah diperkenankan namun bukan diberikan apa yang diminta tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.
Allah tidak memberi apa yang kita hajati,
Tetapi Allah sentiasa mencukupkan!
Allah punya cara untuk memakbulkan doa/hajat hamba-hambaNya. Dia Maha Mengetahui, setiap apa yang tersembunyi di dalam hati hambaNya, Dia tahu. Kuat atau lemah, Dia tahu.
'Aku dah tak tahan lagi, dah tak mampu..'
Allah lebih tahu kita mampu!
'Aku dah usahakan semua, tapi tetap begini..'
Allah lebih tahu kita kuat!
Dia lebih tahu apa yang kita tidak tahu. Adakah dengan hajat yang dimakbulkan itu akan mendekatkan diri kita kepadaNya? Adakah dengan termakbulnya doa itu akan menjadikan kita hamba yang dekat denganNya? Dia lebih tahu, jauhi berburuk sangka, lebih tahu baik buruk pemberianNya.
'Kau memang baik, sangat faham aku. Kau je yang faham aku..'
Tidak! Allah lebih faham kamu.
Tidak! Allah lebih tahu siapa kamu.
Kerana apa?
Kerana kamu adalah makhluk ciptaanNya.
Maka, pergantungan dan pengharapan itu hanya denganNya.
Allah punya cara.
MakhlukNya sepatutnya mencari cara untuk berusaha menjadi lebih baik.
InsyaAllah muhasabah diri.
Jadi insan cemerlang dan gemilang di sisi Allah.
Dengan JALAN PULANG yang TERBAIK!
InsyaAllah.
Waallhu'alam.
29/2/2012 Hari-hari mengajar untuk menjadi lebih matang.
1234 --> angka yang punya maksud tersendiri, amanah dipikul. InsyaAllah.
Moga hidup terus terpelihara. InsyaAllah.
Aku jaga hak kamu, kamu jaga hak aku. Kita jaga hak Allah. InsyaAllah.
0 Buah fikiran:
Post a Comment