Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit yang menimpa umat terdahulu. Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah penyakit umat dahulu itu?"
Lalu Rasulullah menjawab: "Terlalu banyak berseronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta dunia, saling memarahi, saling dengki mendengki sehingga timbulnya zalim-menzalimi" [Riwayat Al-Hakim]
Hati-hati!
Walaupun mudah dikesan, tetapi bukan semua sedar.
Walaupun kita mudah nampak, tetapi bukan mudah untuk ditegur.
Walaupun senang ditegur, tetapi bukan mudah untuk terima.
Walaupun mudah untuk menerima, tetapi kadangkala susah untuk berubah.
Maka, berhati-hatilah!
Penyakit-penyakit dunia seperti sakit jantung, sakit urat saraf atau sebagainya. Itu semua ada ubatnya, ada cara rawatannya. InsyaAllah. Kini, pilihan untuk rawatan ini semakin luas, samada perubatan tradisional Islam, ataupun rawatan moden iaitu melalui rawatan di mana-mana hospital. Melalui rawatan ini, kita dapat melihat bagaimana proses penyembuhannya kan? Di mana keadaan pesakit akan bertambah baik.
Tetapi!
Apabila terlalu banyak seronok, leka dengan kemewahan.
Apabila mula terpesona dalam harta dunia.
Bermacam-macam penyakit boleh datang.
Datangnya tanpa diundang, tanpa dijemput.
Apa penyakit yang datang?
Penyakit dengki-mendengki!
Penyakit zalim-menzalimi!
Penyakit tipu-menipu!

Hati-hati!
Sebagai manusia,
Kita mula pasang angan-angan yang BESAR untuk masa depan kita.
Kita mula meletakkan harapan dan impian yang BESAR untuk hidup.
Tidak salah!
Tidak salah, asalkan seBESAR itu juga harapan dan pergantungan padaNya.
Tidak salah, jika seBESAR itu juga rasa ingin dekat denganNya.
Tidak salah, andai seBESAR itu juga kesyukuran padaNya.
Tidak salah!

Kenapa dunia ini dicipta begitu indah?
Kenapa ia dicipta begitu indah?
Kerana INI adalah ujian buat kita-kita.
Kerana INI adalah perhentian sementara buat manusia.
Perhentian R & R --> rebut & raih
Ya, kita rebut-rebut buat amal di dunia ini.
Ya, kita rebut-rebut buat baik, cari bekalan.
Ya, kita rebut-rebut buat perkara yang Allah suka.
Kemudian,
Di SANA, kita raih semua!
InsyaAllah.
Semoga kita sama-sama berusaha bergerak ke arah kebaikan. Bergerak untuk mencipta jalan pulang yang terbaik, jalan-jalan yang punya redha Allah.
"Nak cakap/tulis nak berubah tu senanglah, tak buat susahlah..."
Siapa kata senang?
Kalau senang, tidaklah kita guna perkataan USAHA itu kan.
Kalau senang, tidaklah kita perlu berGERAK kan.
Perlu USAHA, perlu GERAK!
InsyaAllah.
Saya dan anda juga manusia.
Saya dan anda juga punya kelemahan.
Jom USAHA.
Jom GERAK.
InsyaAllah.
Perbanyakkan muhasabah diri.
Waallahu'alam.
22/2/2012 Alhamdulillah berada di samping keluarga, sangat-sangat tenang.
'Babah, mohon restu.'
Allahu yusahhil..awwaluhu wa akhiruhu, InsyaAllah.





0 Fikir-fikir:
Post a Comment