Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, February 18, 2012

Kuatkanlah

Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerka
Bukan alasan untuk kau memendam duka

Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Terbiar dirimu dicengkam derita

Namun kupercaya suatu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu mengharungi hidup ini

Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan darinya

Tabahkan hatimu
Cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu
PadaNya Yang Satu

Akan tiba waktu
Mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu

Ya Allah, dahulu kami pernah bersama hadapi suka duka menuntut ilmu keranaMu jua. Bermatlamatkan yang sama dan serupa. Namun kini ketentuanMu mendahului segala-galanya. Engkau pisahkan kami, bakal kami lalui dua jalan yang berbeza tetapi matlamatnya masih sama.

Ya Allah, walaupun jalan yang Engkau tetapkan untuk dia lebih panjang dan berliku, berikanlah kekuatan itu. Kekuatan untuk terus melangkah tanpa kenal erti putus asa. Aku yakin, suatu kemanisan itu pasti ada pada akhirnya.


Andai tenggelam, masih mampu bernafas, teruskan!

Kuatkanlah insan ini, yang dikala ini sangat lemah.
Kuatkanlah insan ini, yang dikala ini perlukan bimbinganMu.
Kuatkanlah insan ini, yang dikala ini masih membina semangat baru.

Aku yakin dia boleh, aku yakin dia mampu kerana ujianMu itu sentiasa bertepatan dengan kekuatannya. Aku sangat yakin itu. Sangat-sangat yakin, kuatkanlah dia.

Aku sayang dia, sayang sangat-sangat. Namun ketentuanMu tetap dilalui. Moga kelak dia bertemu dengan teman yang sama-sama dapat berjuang ke jalanMu. Moga kelak dia bertemu dengan teman yang mampu menyalurkan kekuatan dikala lemah itu hadir. Kuatkanlah dia, ya Allah.

Aku, hambaMu tidak mampu mengubah ketentuan ini. Kerana cuma Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dirinya. Kuatkanlah dia, moga terus berupaya maju kehadapan walau apa jua rintangan mendatang.

Kuatkanlah.
Kuatkanlah.
Kuatkanlah.

Buat muhasabah diri bersama,
'A' itu bukanlah KEJAYAAN.
'PASS' itu bukanlah KEMENANGAN.

Sebaliknya KEJAYAAN dan KEMENANGAN itu adalah;
Apabila niat dan matlamat itu adalah kerana 'A'LLAH.
Apabila kita 'PASS' hadapi ujian dan dugaanNya.
Perlu sedar bahawa ujian dan dugaan itu boleh datang dalam pelbagai cara. Jangan sehingga kejayaan itu membuat kita lupa, riak, sombong dan takabbur. Dan sesungguhnya KEJAYAAN itu juga ujian buat hamba-hambaNya, samada hamba itu akan bersyukur dengan pemberianNya atau sebaliknya, lalai dan lupa.
Membangga diri, 'Tak sia-sia aku stay up, study teruk-teruk.'
Sedarlah, KEJAYAAN itu hanya dengan izin Allah.
Hanya dengan izin Allah.

Lupa diri, 'Pensyarah-pensyarah banyak bantu. Kalau mereka tak bantu, teruklah aku.'
Sedarlah, KEJAYAAN itu hanya dengan izin Allah.
Hanya dengan izin Allah.

Sombong dan angkuh, 'Kau study teruk-teruk tapi failed jugak. Aku biasa-biasa je tapi pass je.'
Sedarlah, KEJAYAAN itu hanya dengan izin Allah.
Hanya dengan izin Allah.
Wahai hamba yang bangga diri, lupa diri, sombong dan angkuh,
Apa yang kita peroleh itu bukanlah KEJAYAAN seandainya jauh daripada redha Allah. Bukanlah KEJAYAAN andai ia boleh menjauhkan kita daripada Pencipta yang Maha Kuasa. Itu bukanlah KEJAYAAN. Sila sedar!

KEJAYAAN yang sebenar itu datangnya dengan redha Allah.
KEJAYAAN yang sebenar itu dapat mendekatkan kita kepada Pencipta.

Sila ubah perspektif sebuah KEJAYAAN!

Carilah redha Allah di mana sahaja kita berada kerana sesungguhnya hidup ini cuma sementara, kampung akhirat itu jua yang kekal selamanya. Maka carilah dan ciptalah JALAN PULANG yang TERBAIK.

Kuatkan dikala diuji,
Allah amat menyayangimu.
Sangat-sangat menyayangimu.

Firman Allah yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Apa sahaja keputusan atau hasil selepas apa yang telah kita usahakan itu, berdoa dan bertawakkallah. Harapkan redha mengiringi segala usaha, agar ia tidak sia-sia. Apa sahaja keputusannya selepas itu, teruskan melangkah, dan terus melangkah.

Allah berfirman lagi, "Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)."

Kuatkanlah, andai kegagalan itu menyapa.

KEGAGALAN itu bukanlah hanya hukuman atau kifarah dosa tetapi boleh jadi itulah tanda kasih sayangNya yang rindu melihatmu berusaha, bergantung harap hanya padaNya.

Ia sangat perit untuk dilalui,
Ia sangat derita untuk dihadap berulang-ulang kali.

Sangat perit,
Bila mana orang lain memandang rendah.
Bila mana kepercayaan itu berkurang.

Tetapi biarlah pandangan Allah itu lebih kita utamakan. Pandangan manusia itu tidak akan membawa kita ke mana-mana, lebih banyak yang menjatuhkan daripada yang membina. Maka, kuatkanlah hati untuk hadapi semua ini. Kuatkanlah!


Sinar bahagia itu pasti akan muncul bila tiba masanya...

Kuatkanlah dia, ya Allah.

Waallahu'alam

18/2/2012 Aku sayang dia! Kuatkanlah dia..

InsyaAllah esok bakal melalui perjalanan jauh, moga semuanya selamat. InsyaAllah.

Peristiwa semalam, andai dihayati sebaiknya, mampu mematangkan jiwa yang gersang untuk kembalikan segalanya kepada Pencipta. Maafkanlah segala khilaf.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates