Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, April 29, 2011

Kisah Cinta Pejuang Agung

KISAH CINTA AGUNG ~ Saidina 'Ali & Saidatina Fatimah

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

"Allah mengujiku rupanya", begitu batin ’Ali.

Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.

Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.

Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

"Inilah persaudaraan dan cinta", gumam ’Ali.

"Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku." Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri.

Tetapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w.

Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a "Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?"

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: "Anda datang membawa berita apa?"

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: "Wahai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu."

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: "Wahai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa."

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: "Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!"

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Siapakah yg mengetuk pintu?"

Rasul Allah s.a.w. menjawab: "Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!"

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: "Ya tetapi siapakah dia itu?"

"Dia saudaraku orang kesayanganku!" jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: "Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya."

Rasul Allah mendahului berkata: "Wahai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!" Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: "Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa."

"Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?"

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: "Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: "Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?"

"Demi Allah" jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang "Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta."

"Tentang pedangmu itu" kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib "Engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja."

"Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Wahai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!" Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: "Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu."

"Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik" jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.

Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: "Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda"

‘Ali terkejut dan berkata, "Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu?"

Sambil tersenyum Fatimah berkata, "Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu"


*********************



Itulah sebuah kisah cinta, kiranya lebih indah daripada kisah Romeo & Juliet atau Laila & Majnun. Penulis bukanlah seorang penulis kisah cinta, kisah ini daripada hasilan baca-baca di Facebook. Ada manfaatnya jika betul cara penggunaannya, InsyaAllah.

Penulis sendiri tahu kisahnya panjang, pasti ada yang baca lompat-lompat. Bacalah keseluruhannya untuk mudah dimanfaatkan, disampaikan kepada orang lain. InsyaAllah. Cinta itu tidak berkehendakkan penantian, ia berkehendakkan pengorbanan dan keberanian, juga redha. Hebat bukan?

Namun, rata-rata masyarakat masa kini, menyatakan rasa cinta kepada seseorang yang bukan mahram itu menjadi satu keperluan. Mesti katakan pada si dia hal yang sebenarnya, yang diharapkan si dia menerima dan sedia menanti.

Nasihat pada diri juga pembaca, jika benar-benar yakin ingin menyatakan rasa cinta (ikhlas untuk dijadikan teman hidup), maka beristikharahlah dan beristisyarahlah (usaha ikhtiar) dahulu dengan keluarga. Moga itu dapat menetapkan hati untuk yakin dengan pilihan yang telah dibuat. Jangan pula diungkap rasa itu pada si dia sebelum beristikharah kerana kata-kata itu akan menggoncang jiwa si dia. Sebaiknya, katakanlah rasa cinta itu kepada wali atau ibu si dia, itu lebih utama.

Namun, berdiamlah jika itu lebih baik agar terjaga hatimu dan hati si dia. Nyatakanlah andai bersedia, tiba masa itu. Ya, seperti Saidina 'Ali lakukan dengan berjumpa dengan ayahanda Saidatina Fatimah, Rasulullah. Hebat! Temui keluarganya, bukan dirinya.

Jangan dirisaukan, jika si dia jodohmu, maka itulah teman hidupmu nanti. Ya, usaha, ikhtiar itu penting. Maka berusahalah ke arah itu, InsyaAllah moga hasilnya diiringi redha Allah. Biar betul caranya.

"Aku ingin mendekatkan diri denganNya, mahu peroleh cintaNya dahulu." kata si dia.

Saudara/saudari seagamaku, andai dengan pernikahan itu lebih mendekatkanmu dengan Pencipta, kenapa tidak? Kenapa tidak menggapai cintaNya bersama teman hidupmu itu? Ya, kadangkala kita terlepas pandang.

Muhasabah diri.
Tetapkan matlamat, kuatkan azam.
Utamakan yang terpenting daripada yang penting.

Waallahua'lam.

29/4/2011 Penulis tidak pandai berkata soal cinta manusia, sangat mentah. Maaf, andai pendapat ini tidak dapat diterima, ini hanya satu pendapat yang subjektif.

Mahu diam-diam boleh?
:)

Tuesday, April 26, 2011

Enemies [Article]

We always say that we are proud to be Muslims because this fact is said in the Holy Koran;

'Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah…'
(3:110)

If you look around you nowadays, does this verse really refers to our ummah, the kind that you see today or to those in the past? We Muslims are just glory in the past. Why? Simply because we are suffering from LPD that tears us bit by bit but we still do not realise it.

L: LAZINESS is like hypertension which is a silent killer to success. SUCCESS is 99% sweat and 1% intelligent. I think this is a very famous phrase but how many of us really take note about this. 99% of sweat means it really takes a lot of efforts to success. I admit that we cannot get rid of laziness because it is a part of attitude that present inside us but we can control it for our own benefit. The problem begins when we start to feel bored about what we are doing. This will lead us to depress, feeling weak and else which are useless for us. We can see here how much the energy that we are using to deny the fact that we have to do or to complete the task. In the Koran;

'….Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls)….'
(13:11)

This verse proves to us one thing that we need to struggle first to change ourselves. What we need to do is to convert laziness to LOVE. Love can help us to gain energy, desire to struggle and fight to achieve what we want. If you love something, for example your parents, that feeling has give you a reason to live, to make them happy and you will do anything to make them smile. If we look in scientific point of view, an organism which has no function should be terminated from the environment to maintain the ecosystem. It is the same applied to those who are lazy; they should also be `terminated` because they will make the society suffer from their foolishness. If we think that we are true Muslims, then there is no time for us to be lazy because the ummah is suffering too much. It is in our hand to change the fate of our ummah.

P: PROCRASTINATION is the theft of time. I believe everyday we will read a chapter from the Koran;

'By (the Token of) Time (through the ages), (1)Verily Man is in loss,(2) Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy. '
(103:1-3)

The problem here is do we really understand what we read or say. If you think carefully, why do God mentions about time? He wants us, his servants to be alert with time because He gives us 24 hours per day to manage everything in our life including praying to Him. If we neglect the value of time, then we are like those who are mentioned by God in this chapter. For example, we live in Arab and we are able to see how these people who are intelligent, rich with raw materials and understand the Koran fail to be a great race because why? `Bukkroh` and `Maa`lish.` Even in Koran also there is a verse about this;

'Nor say of anything, "I shall be sure to do so and so tomorrow"'
(18:23)

We as Muslims, we should avoid this kind of attitude because we have so many things to learn and discover about the wonders of God`s creations. We must prove those verses in the Koran to verify that we are on the right path. How to do this? Just convert procrastination to PROGRESSION. Through progression, we are able to know at what level we are and does that level is sufficient for us to be the khalifah, the title that we are always proud of. Progression can help us to gain more knowledge to make us a fair person either in intelligent quotient (IQ), emotional quotient (EQ) or spiritual quotient (SQ). By becoming a progressive person, we can be a role model to the others to prove that we can also be extraordinary person just by a progressive or continuous effort. In other words, we can just simplify the above point as the following equations:

Ordinary + 0 = failure
Genius + 0 =pass
Ordinary + effort =pass
Genius + effort = excellent
Ordinary + extra effort = Genius + effort


Align Center

D: DISTRACTION is actually a poison in our triumph and this is the big trouble that we must solve because it involves our attention. When we are distracted, we lose our 100% attention causing us fail to see the big picture of everything. Nowadays distractions are advanced especially songs and sports. Moreover, virtual games and social networking also play an important role to distract us from our right path or objective. Distraction can disturb the light of our future to achieve what we always want. If we look into the history of Islam, those successful Muslim scholars, they focused not only 100% of their attention but more because the harder we focus on something, the greater the effort or energy we use to gain what we want. What I am trying to tell you is that we need to change distraction to DESIRE. Desire can be described as follow;

'The first principle of success is desire; knowing what you want. Desire is the planting of your seed for your success.'
Robert Collier

This desire can help us to overcome our weaknesses, to face tension and depression. This can help us gain extra strength to push ourselves out of the limit. We are what we desire because man is creature of desire not the creature of need. According to `The Secret`, the stronger our desire towards something, the more positive energy is channelled to gain it. But if this energy is distracted by something else, then it is just a waste to channel that energy because we will not gain it.

As a conclusion, we must change laziness, procrastination and distraction to love, progression and desire because these will help us to be a true khalifah who can fulfil the needs of the ummah. If we feel lazy, love to procrastinate and distracted, just close our eyes for a moment and think about God and our aims in this life. This can help us to calm down and gain new strength to struggle and strive for ourselves as well as the ummah.

'Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah. for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction.'
(13:28)

Lastly, remember that if we struggle for God`s path then God will make ours easier...

Waallahua'lam.

Source:
Prepared by:
Mohamad Suaidi Bin Mohamad Sazali
First year Faculty of Medicine
Cairo University

Monday, April 25, 2011

Kisah HambaMu Kini 22

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Dengan namaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Hari ini selangkah lagi kita ke pintu kematian. Semoga pagi ini Allah tetap sudi melimpahkan rezekiNya kepada kita-kita, insan yang sering lupa dan leka. InsyaAllah.

Hari ini 25 April 2011, hanyalah tarikh masihi, kerana asalnya seorang insan ini dilahirkan pada 18 Ramadhan 1409H. Tepat jam 3.57 petang, lahir seorang hamba Allah, insan biasa yang diizinkan untuk menghuni dunia yang digelar Bumi ini.

Alhamdulillah insan ini dilahirkan secara caesarean section, iaitu melalui pembedahan, atau orang-orang lama kata melalui 'tingkap' disebabkan keadaan pada masa itu, placenta praevia, iaitu uri berada di bawah, dan juga keadaan insan ini yang duduk selesa (breech, songsang) di dalam rahim ibunya. Insan ini perlu sedar bahawa hidup di dunia nanti, tidak seselesa itu.

Insan ini juga seperti kanak-kanak lain. Suka bermain, pernah jatuh tersungkur, luka sana sini. Itu zaman kanak-kanak dia tetapi tidaklah selincah teman-teman sepermainan yang lain. Mungkin mengikut abang-abangnya, stay cool, duduk dekat-dekat dengan ayahnya dikala teman yang lain berlari ke sana sini.

Insan ini pernah menuntut ilmu di;
  1. Tadika Islam, Rejang
  2. SRK Taman Seri Rampai
  3. SMK Wangsa Maju Seksyen 2
  4. SMK Sungai Pusu, Gombak
  5. Kolej Matrikulasi Perak,Gopeng
  6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Insan ini berbangga dengan insan bergelar guru/ustaz/ustazah/pensyarah/doktor, kerana mereka sangat dedikasi dalam mendidik, mengajar anak bangsa. Walaupun cuma belajar di sekolah biasa-biasa, yang penting, semangat itu biar luar biasa. InsyaAllah.

Tingkatan 1 Ibnu Khaldun

Di zaman persekolahan, pelajar biasa, pengawas pusat sumber, pengawas sekolah, itu pernah dilalui dahulu. Apa pun jawatan yang dipegang, pastinya amanah asalnya tetap dipegang. Seorang pelajar itu punya tanggungjawab untuk menuntut ilmu, ilmu Allah agar Islam itu tidak mundur.

Rasulullah S.A.W bersabda, 'Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan.'

Di dalam Al-Qur`an surah Al-Mujaadilah ayat 11, Allah berfirman yang bermaksud : "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat".

Tingkatan 5 Ibnu Sina

Ya, di zaman persekolahan menengahnya, insan ini pernah 2 kali dimasukkan ke dalam wad Ortopedik atas sebab penyakit yang tidak tahu akan puncanya, tetapi ia punya nama saintifik. Rawatannya memakan masa setahun lebih. Di situ, insan ini mula belajar, hargai nikmat sihat itu sebelum datangnya waktu sakit. Betullah, Allah itu Maha berkehendak lagi berkuasa.

'Kun Fayakun' Jadi, maka jadilah.

Itu kisah, lebih kurang 5-6 tahun yang lalu. Insan ini hanyalah seorang hamba, dia sedar perjalanan hidup yang bakal ditempuh tidak semudah yang disangka. Insan ini, hanyalah insan biasa, dia pernah menangis. Itu fitrah manusia.

Alhamdulillah dengan keputusan peperiksaan yang barangkali boleh dikata baik. Insan ini mengambil keputusan untuk meneruskan kegiatan menuntut ilmunya ke matrikulasi walaupun tawaran daripada asasi pengajian Islam dan sains, Nilam Puri juga menarik minatnya.

Matrikulasi Perak, TB 22

Di zaman matrikulasi, Allah mengambil kembali pinjaman sementaraNya daripada insan ini. Insan bergelar ayah tiada lagi disisi. Insan ini tidak putus harapan kerana harapan itu hanya padaNya, juga insan ini ingat yang Allah pernah mengajarnya dahulu, ketika dia terlantar di atas katil hospital. Insan ini suka belajar dengan Tuhannya.

Di zaman universiti, insan ini menangis lagi kerana ayahandanya tidak sempat tahu akan dia bakal bergelar doktor. Namun, insan ini tahu ayahandanya sentiasa dekat di hati dengan izinNya. Allahyarham ayahandanya meletakkan nama itu dihadapan sempena nama saudaranya di Mekah, seorang doktor. Ya, nama itu memberi semangat pada insan ini tiap-tiap hari, hanya dengan izinNya.

Batch insan ini di UNIMAS

Insan ini suka berkawan, tetapi sehingga kita tidak seramai mana pun kawannya. Aku sudah lama mengenali insan ini. Insan ini menyangka hidupnya penuh dengan tangisan, tetapi aku pasti, dengan rahmatNya, insan ini akan bahagia. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti, InsyaAllah. Aku suka ketuk insan ini, supaya dia sedar tujuan sebenar kewujudannya di atas muka bumi ini.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku. [Surah al-Dzariyaat : 56]

Insan ini merupakan seorang manusia. Ya, cuma manusia biasa. Di UNIMAS, insan ini punya seorang teman yang dilahirkan pada tarikh yang sama. Dahulu, selalu bersama raikannya, tetapi kini, masa itu berakhir. Jalan perjuangan kita berbeza, namun, matlmat kita tetap sama. InsyaAllah. Perjalanan yang diambil insan ini lebih jauh, itu jalan dia.

Ya, insan ini gemar tersenyum, tersenyum kepada nikmat Allah.

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Redha Allah itu matlamatnya.

Bila akan tamat zaman bujang insan ini? Insan ini terus berdoa akan kehadiran teman hidupnya sehingga tiba masa itu. Bukanlah yang berharta, atau berkedudukan tinggi menjadi pilihan. Biarlah tidak dikenali, cukup mempunyai matlamat dalam beragama.

Namun, insan ini perlu sedar.

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah an-Nur : ayat 26]

Bukan insan ini sahaja perlu sedar tetapi kita-kita perlu sedar dan berusaha untuk menjadi orang yang baik-baik. Namun, bukan sakedar baik tetapi soleh, solehah, yang taat pada perintahNya dan jauhi segala laranganNya. Ayuh! Tunggu apa lagi, itulah fitrah manusia. Mahukan yang baik-baik.

'Susah nak jadi baik ni. Ada je halangan.'

Susah tetapi tidak mustahil. Mari jadi baik :)

Cukup soal jodoh. Kerana itu sudah Allah tetapkan, kenapa perlu gundah, gelisah lagi. Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada.


Berakhir disini kisah seorang insan. Kisahnya tidak menarik seperti insan-insan lain. Sekadar atau penceritaan buat ingatan insan ini. Dia tidak boleh lupa matlamat asalnya di Bumi. Saat detik kematian itu bila-bila masa sahaja bakal menjengah di hadapan mata, bahkan semakin hampir dengan meningkat umurnya.

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang

Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah

Terimalahku
hambaMu Allah

Insan ini hanya seorang hamba Allah.


Muhasabah diri.
Kejayaan hakiki hanya ada di syurga Ilahi. InsyaAllah.

Alhamdulillah,
Insan ini 22 tahun,
Meningkat usia, meningkat juga amanah Tuhan,
Dengan matlamat jangka panjang dan pendek yang tersusun rapi,
InsyaAllah bakal terlaksana dengan izin Allah.

Allahumma amin..

Waallahua'lam.

Saturday, April 23, 2011

Biarpun Kecil

Biar kecil,
Tiada yang kecil,
Maka tiada yang besar,
Apatah lagi lebih besar.

Dari konsep kehidupan, kita yang baru sahaja melihat bumi, yang tidak pandai lagi berkata-kata, apatah lagi berjalan, hanya mampu melihat alam sekeliling ini, pada perkembangannya akan bermula dengan latihan untuk berjalan dan bercakap. Daripada tubuh yang kecil molek sehingga kini meningkat dewasa.

Jika dahulu ketinggiannya hanya 60cm, sekarang telah mencecah 160cm. Jika dahulu beratnya cuma 30kg, sekarang melebihi 50kg. Ya, berat boleh diturunkan jika mahu, tetapi average tetap meningkat.

Dari kecil, kini besar.

Dari perspektif ilmu, sejak lahir kita dilatih, diajar membaca, mengira dan menulis. Melukis juga tidak terkecuali dimana imaginasi dilatih supaya hidup kelak lebih kreatif. Ya, hidup mesti kreatif.

Jika dahulunya hanya mampu menulis A-Z, huruf besar, huruf kecil, sekarang sudah mampu mengarang sebuah penulisan yang panjang. Jika dahulu hanya tahu mengira 1-10, baca sifir 2 sambil bernyanyi-nyanyi, sekarang mahu kira EDD (Expected Date of Delivery; kiraan bagi jangkaan tarikh untuk bersalin/melahirkan) pun tidak menjadi masalah.

Dari kelebihan yang kecil, kini ia besar.

Dari perspektif alam, sejak lahir kita telah pun dibawa bersiar-siar, beriadah menikmati udara segar, melihat keindahan alam. Diajar untuk mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan yang melimpah-ruah.

Bermula diajar, objek-objek alam yang kecil seperti daun, bunga, kayu dan akhirnya diajar secara menyeluruh seperti nama spesis pokok-pokok liar, nama saintifik bunga-bungaan dan sebagainya. Begitu juga dengan haiwan jinak dan liar, yang kini InsyaAllah lebih memahami akan fungsinya.

Dari kefahaman yang kecil, kini lebih luas, besar.



Di atas adalah pendahuluan yang dikira mampu membuka minda kita untuk menjadi lebih besar, dewasa untuk memikirkan hal yang lebih besar, lebih bermanfaat. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk agama kita kerana Allah, InsyaAllah.

Untuk memikirkan perkara yang besar tidaklah memerlukan usia yang juga 'besar' tetapi keazaman yang cukup besar untuk lebih membesar, menjadi manusia yang benar-benar manusia

Ayuh memanusiakan manusia,
Untuk kita menjadi manusia yang benar-benar manusia.
(Ayat yang mengelirukan, tetapi fikirlah, tentu ada jawapan)

Tidak perlu memanusiakan orang lain, manusiakan diri kita dahulu. (Manusia itu satu kata nama, bagaimana pula boleh menjadi kata perbuatan) Ini hanyalah metafora, atau mungkin personifikasi.

Baik, kita lupakan segala ayat yang mengelirukan.
Mari berkongsi cerita, kisah insan kecil yang mempunyai semangat dan azam yang besar. Semangat dan azam yang besar atas nama apa? Tentunya Islam. Moga-moga satu hari nanti, kita juga mempunyai semangat dan azam yang besar seperti insan kecil yang istimewa ini. InsyaAllah.

Biar bertubuh kecil,
Namun jangan disangka yang kecil ini hanya si kecil,
Tetapi si kecil belajar untuk membesar,
Besarkan semangat dan azamnya,
Yang belum tentu dipunyai pemuda dewasa.

Dalam perang Badar, ada 2 orang remaja ansar, iaitu Muaz bin Afra' dan Auf bin Afra' masing-masing berumur 15 dan 16 tahun. Tidaklah umur mereka ini boleh digelar 'si kecil' tetapi di dalam peperangan, ya, mereka adalah si kecil yang sungguh luar biasa. Mereka berdua berada bersama Abdul Rahman bin Auf. Abdul Rahman pernah berkata dalam hatinya,

"Kalau boleh, biarlah orang yang berada di kiri dan kananku adalah orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dalam berperang"

Namun keraguan dalam hatinya hilang dengan melihat semangat yang ada pada dua orang remaja ini. Seorang daripada remaja ini bersuara, "Wahai Pak Cik, adakah Pak Cik kenal Abu Jahal? Aku dengar dia adalah orang yang banyak menyakiti Muhammad. Tunjukkan dia kepada aku. Aku ingin membunuhnya."

Abdul Rahman bin Auf terkejut dengan soalan itu. Soalan yang sama turut diajukan oleh remaja yang kedua itu. Abu Jahal dikawal ketat oleh orang-orangnya. Abdul Rahman akhirnya menunjukkan kepada mereka yang mana satu Abu Jahal. Belum sempat dia habis berkata-kata, dua orang remaja telah pun tangkas melompat menuju ke arah Abu Jahal.

Mereka merempuh barisan pertahanan yang mengawal Abu Jahal sehingga mereka berada betul-betul dihadapan Abu Jahal. Mereka memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga pukulan itu berjaya menjatuhkan Abu Jahal.

Abu Jahal yang cedera parah itu jatuh tetapi masih bernyawa.

Ikrimah, anak kepada Abu Jahal yang berada berdekatan dengan ayahnya berjaya membunuh Auf bin Afra'. Maka tamat riwayat seorang remaja, si kecil perang Badar yang gagah berani.

Muaz bin Afra' tidak patah semangat, dia segera berundur sambil memerangi tentera bukan Islam. Akhirnya, tangannya terpotong tetapi masih tergantung di badan. Segeralah dia berundur ke tempat tentera Islam.

Berundurnya Muaz bukan bererti kalah, tetapi pembakar semangatnya untuk terus berjuang di medan perang. Selepas membalut tangannya, dia kembali lagi berperang. Tangannya yang hampir putus itu mengganggu pergerakan. Akhirnya, Muaz terus memijak tangannya itu dengan kakinya sendiri supaya memudahkannya bergerak.

Muaz terus berperang sehingga syahid dalam peperangan. Syahid si kecil kedua yang gagah berani perang Badar.

Pergi si kecil tiada ganti,
Moga semangat besar berperang kerana Ilahi,
Mulai tersemai dalam hati muda mudi kini,
InsyaAllah.

Berita kecederaan Abu Jahal diketahui tentera Islam. Akhirnya, Abdullah bin Mas'ud menjumpai Abu Jahal dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Namun si Abu Jahal tetap membesarkan diri (besar yang ini yang perlu dijauhi) dengan berkata,

"Engkau (Abdullah, penjaga kambing-kambing di Mekah) sedang melakukan sesuatu yang bukan kedudukan kamu, wahai tukang jaga kambing." (kata-kata besar lagi sia-sia ini jangan kita contohi, tetapi pelajari untuk menjauhi) Pada masa itu, Abdullah bin Mas'ud memenggal kepala Abu Jahal dan membawa kepalanya kepada Muhammad.

Kemudian, setelah mengenalpasti tuan punya kepala itu, Nabi Muhammad berkata kepada para sahabat yang bermaksud, "Inilah dia Firaun umat Muhammad."

Tamatlah riwayat si pekata besar,
Besarnya hanya pada kata-kata yang tidak punya makna,
Yang diketahuinya adalah kejian dan kutukan,
Hayati pengajaran kisah,
Moga kita-kita tergolong dalam golongan yang beriman.

InsyaAllah.
Cukup sekadar satu perkongsian yang tidak seberapa. Tinggalan bagi mereka yang mahu menjadi besar (buat diri sendiri terutamanya).



Kita tidak sedar diri kita-kita membesar. Siapa yang sedarkan kita? Adakah saudara-mara, "Eh, dah besar anak Mak Ani." Sampai bila mahu disedarkan, kenapa tidak kita sedar sendiri? Tepuk dada, tanya iman (Ya, Amal sila ketuk diri anda).

Muhasabah diri.
Selamat membesar, InsyaAllah.

Waallahua'lam.

23/4/2011 Dari yang sependek-pendeknya, kini menjadi panjang sepanjang-panjangnya. Hanya mahu menulis untuk diri, yang rasa diri masih kecil.

Segala yang baik itu hanya daripada Allah, pemilik segala isi antara langit dan bumi.

Friday, April 22, 2011

Pesta Ilmu

Segelintir daripada kita-kita gemar ke pesta, ke sana, ke mari. Maka, apa salahnya jika kita ke pesta ini. Bermanfaat? Ya, sangat-sangat bermanfaat. Ilmu? Setiap langkah punya ilmu. Makan-makan, minum-minum yang menyegarkan juga ada, adanya adalah dengan ilmu. Seronok bukan? Oleh itu, apa tunggu lagi, mari pakat-pakat serbu ke sana.



Membaca,
Bukan hanya sekadar baca,
Faham,
Bukan sekadar mengerti maknanya,





Baca, fahami dan hayatilah,
Moga itu lebih bermanfaat,

Manfaat dengan berilmu,
Lebih berguna sambil memberi.



Ya, memberi manfaat pada orang lain.
Hidup dengan memberi, moga itu diredhai Ilahi.
InsyaAllah.

Allahumma amin :)

Waallahua'lam.

22/4/2011 Tiada siapa mampu menghalang jika kita mahu melangkah, tetapi kita tidak boleh melangkah hanya dalam 'dunia kita' kerana sejauh mana kita mampu melangkah, sejauh itu juga kita perlu tahu untuk melangkah dan yang paling penting adalah restu/izin Allah itu perlu dahului setiap langkahan kita.

InsyaAllah ahad ini, langkahan ke pesta buku :)

Wednesday, April 20, 2011

Perfect!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah, hari ini mampu menulis lagi walaupun kepala rasa semacam. Namun itu bukan penghalang untuk menulis, cuma menaip apa yang hendak dikongsikan bersama.

Perfect. Sempurna.

Setiap apa yang kita lakukan, mestinya mahukan kesemprnaan. Tidak kiralah samada pekerjaan yang kita lakukan itu besar atau kecil. Mesti cuba sedaya upaya untuk jadikannya perfect bukan? Bagaimana kita mahu laksanakannya agar hasilnya perfect? Pastinya kita akan melakukannya dengan bersungguh hati, sanggup bertungkus lumus, zaman study kata 'pulun habis' untuk mencapai matlamat yang diinginkan.


Situasi 1

Seminar 'Cemerlang Ibadah Cemerlang Hidup' akan diadakan 2 minggu daripada sekarang. Semua persiapan perlu disediakan lebih awal. Gerak kerja perlu bergerak seiring dengan agenda dan matlamat yang hendak kita capai.

So, remember guys, let's make it perfect!
InsyaAllah.

Semua bekerja keras dalam organisasi bagi memberikan yang terbaik dengan mengharapkan hasil atau impak yang benar-benar memberi kesan yang baik. InsyaAllah. Kerja dan terus bekerja, sampai ke lewat malam, terus juga bekerja menyiapkan apa yang telah dirancang.

Tiba hari yang dinanti-nantikan, masih juga bekerja keras kerana mahukan yang terbaik. Ya, segala yang terbaik untuk semua yang hadir.

Sanggup, asalkan perfect!


Situasi 2

Peperiksaan sudah semakin hampir. Persiapan perlu juga dibuat, istiqamah dalam belajar itu penting. Ya, paling penting adalah niat yang lurus kerana Allah. Maka, berusahalah dengan sebaik mungkin, InsyaAllah kejayaan memperoleh redha Allah itu akan tercapai.

Buat sehabis baik, perfectkan yang sebelum ini tidak.

Mula berusaha keras. Mata lebam-lebam tidak dihiraukan, tidur satu dua jam pun tidak menjadi masalah (alangkah baiknya jika penulis juga boleh begini, inilah masanya untuk lakukannya). Tekad menggunung tinggi mahukan yang terbaik untuk hidup. Namun, hati tetap serendah mutiara berkilau di lautan.

Examination day:
Monolog hati, 'Wahai diri, ayuh lakukan sehabis baik, moga hasilnya juga baik. InsyaAllah.'

Wahai diri,
Moga redha Allah menjadi impian,
Kejayaan beriringan redhaNya.


Situasi 3

Si adam masih mencari-cari teman hidup di sana-sini (metafora atau apa ini). Namun, masih belum dijumpai. Berusaha pebagai cara, merujuk kepada ustaz-ustaz, ahli-ahli usrah, ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang dipercayai. Diiringi juga dengan solat hajat, istikharah dan doa yang tidak putus-putus.

Terus bersabar dalam pencarian.

Ya, si adam mengharapkan si hawa yang perfect. Namun, si adam sedar bahawa dia dahulu perlu berusaha untuk menjadi perfect, hamba yang patuh dan taat pada perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Si adam juga sedar bahawa perfect si hawa yang di cari itu bukan pada rupa, harta atau kedudukan tetapi pada agamanya. Ya, si adam juga sedar bahawa masjid yang akan dibina itu bukan sekadar binaan kosong, bukan juga sekadar indah pada hiasannya. Tetapi lebih daripada itu, masjid yang harmoni pada pengamalannya, istiqamah dalam pengabdian menuju Ilahi.

Perfect, bukan sekadar perfect!


Situasi 4

Makan malam hari ini mahu masak apa ya?

Berkata sendirian, pusing kepala mahu fikirkan apa yang bakal dimasak, dihidangkan malam ini. Pastinya masakan yang sedap dan enak bagi seisi keluarga.

Masak dan masak. Sekarang masa untuk makan, si anak memandang si ibu dan berkata dengan wajah tersenyum, 'Alhamdulillah, mama, perfect dinner!'


Situasi 5



Pemilihan pengawas di sekolah. Pemilihan ini berdasarkan beberapa kriteria, termasuklah akademik, ko-kurikulum, dan sahsiah. Dalam taklimat pemilihan pengawas sekolah yang dibuat secara temuduga ini, guru penasihat berkata,

Kami bukan melantik pengawas ini suka-suka. Not just a prefect but also perfect.

Berkelip-kelip mata yang mendengarnya. Gerun, tegasnya berat, amanah yang dipikul juga bukan calang-calang. Perlu juga ikhlas dan jujur dalam pelaksanaan tugas yang diberi.


**********************


Ya, itulah 5 situasi yang sempat dicoretkan di sini buat tatapan dan renungan semua. Sebenarnya jika difikirkan dengan sewajarnya, situasi ini boleh kita aplikasikan dalam konteks seorang hamba. Hamba Allah, yang hidupnya di dunia ini bukan untuk suka-suka dengan 'dunia sendiri'.

Jika semuanya mahukan kesempurnaan, kenapa tidak bersungguh dalam menjadi hamba yang perfect. Bukan perfect di mata manusia tetapi pada pandangan Pencipta.

Ya, kita bukan mahukan diri kita seorang yang perfect, kita tidak akan perfect kecuali dengan mempraktikkan amalan persaudaraan sesama kita. Apabila ada rasa untuk berjaya seorang-seorang itu, mulalah akan datang riak, takabbur, dan sombong. Tidak dilupakan hasad dengki yang akan turut serta.

Maka, perbaiki persaudaraan yang selama ini sememangnya sudah lama terjalin, cuma tidak disuburi dengan kasih sayang. Ya, susah mahu mencapai tahap perfect jika berseorangan, ayuh jadi umat yang perfect, perfect dari segi akhlaknya, imannya dan ibadahnya.

Cerita hidup ini semua berkait antara satu sama lain jika kita duduk diam-diam dan cuba kaitkannya dalam konteks agama. Ya, jangan pisahkan agama dengan kehidupan kita. Jangan jadikan agama itu hanya ada dalam masjid-masjid, surau-surau dan sekolah agama.

Islam itu adalah cara hidup.
Perfect, Islam is a way of our life.

Berusaha jadi umat yang perfect,
Bukan sekadar hamba yang perfect.

Renung-renungkan, dan selamat beramal.
Ya, entri kali ini berat untuk dilaksanakan tetapi cubalah untuk rasai hasilnya nanti. Walaupun bukan sekarang hasilnya terlihat, tetapi moga usaha itu diiringi izin dan redha Allah. InsyaAllah.

Usaha ya! (pujuk diri sendiri dulu)
InsyaAllah.

Waallahua'lam.

20/4/2011 Entri ini untuk ingatkan diri, jangan sibuk cari kesempurnaan yang lain sebelum mencari kesempurnaan sebagai hamba Allah dan umat Muhammad S.A.W.

Lima hari lagi bakal jadi lebih tua daripada biasa, makin dekat hari bertemu Pencipta :) Bakal dapat teman untuk jalan-jalan, belajar untuk sayang dia. Kuda jinakku! InsyaAllah.

Thursday, April 14, 2011

Langkah

Sekali melangkah, jangan pernah menyerah,
Selagi melangkah, andai rebah itu bukan bermakna kalah.
Langkahan manusia itu kadangkala sumbang, kemudian diatur semula. Hari dimulai dengan pagi dan berakhir dengan malam, begitulah aturanNya. Tiada siapa yang mampu mengubah setiap apa yang telah ditetapkan, 'kun fayakun' andai dengan perintahNya, 'Jadi, maka jadilah ia'. Maka itulah yang perlu kita-kita terima.

Ya, kata orang, Allah akan menguji kita dengan apa yang kita katakan. Maka, sekiranya begitu, maka sunyi sepinya dunia ini daripada amar ma'ruf dan nahi munkarnya. Kerana masing-masing takut untuk bersuara, mengingatkan dan menasihati antara satu sama lain. Dek kerana takut-takut diuji dengan apa yang diperkatakan.

Misalnya, berkata mengenai KEKUATAN, risau-risau diujinya kekuatan diri.
Berkata mengenai KEMATIAN, takut-takut diuji kita-kita dengan kematian.
Berkata mengenai KESABARAN, ragu-ragu andai nanti diuji kesabaran diri. Mampukah nanti?

Andai diam mulut-mulut ini,
Andai kaku tangan-tangan ini,
Andai layu, mati hati-hati ini,

Maka, fikirlah nikmat yang manakah daripadaNya yang telah kita dustakan.

Usah khuatir..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Ma'afkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [Surah al-Baqarah : 286]

Ya, bukan kerana apa yang kita kata tetapi ujian Allah itu sentiasa bersesuaian dengan kesanggupan hambaNya.

"Tetapi aku tidak sanggup, tidak pernah meminta ujian seperti ini" Getus hati-hati kita.

Usah khuatir..

Sudah lupakah kita terhadap firman-firman Allah bahawa .."
Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." [Surah al-Baqarah : 246]

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. [Surah al-Anfaal : 66]

Ya, kita tidak pernah meminta untuk diuji, apatah lagi musibah yang berat-berat. Tetapi disitulah Allah mahu melihat sejauh mana hambaNya bersabar, bergantung, juga berserah hanya kepadaNya.

"Tetapi Allah tahu yang aku tidak kuat. Aku tidak mampu." Hati-hati kita terus meronta-ronta mahukan jawapan.
Persoalan demi persoalan, "Sampai bila aku mahu diuji sebegini."

Kita-kita tidak pernah puas. Hanya mahukan jawapan, berterusan keluh kesah. Sedangkan kebahagiaan itu telah Allah janjikan. Tiada kegusaran, itulah kenyataan. Sedarkanlah diri yang yang telah lama terlena, tersengguk-sengguk di siang hari.

Allah itu Tuhan alam ini, alam ini adalah dibawah pentadbiranNya. Dia Maha Mengetahui, Dia ketahui apa yang kita tidak ketahui. Dia Tuhan semesta alam, merangkumi antara langit dan bumi, juga segala isinya. Masa kan Allah tidak tahu akan kemampuan dan segala apa yang terkandung dalam isi hati kita-kita? Fikirlah, gunakan akal itu untuk muhasabah diri, bukan berfikir berpandukan nafsu.

Andai berfikir berpandukan nafsu,
Kelak nanti tiada jalan yang akan ditemui kecuali buntu.

Cuba fikir. Tidak semestinya Allah menurunkan sesuatu ujian itu hanya kepada hambaNya yang kuat. Bagaimana dengan hamba-hambaNya yang lemah? Adakah akan selamanya lemah?

Ya, inilah aturan pentarbiyyahan daripada Allah, istimewa buat hamba-hambaNya. Yang lemah, diajarNya untuk menjadi kuat menghadapi liku-liku hidup mendatang. Yang panas baran, diajarNya untuk menjadi manusia yang sejuk hatinya penuh dengan kesabaran. Tidakkah itu istimewa? Ya, paling isimewa!

Itulah kasih sayang Allah yang tidak berbelah bahagi. Cuma kita yang tidak pandai mahu bersyukur, malah bermalas-malasan [Penulis, sila ketuk diri anda] Kita mudah leka, apatah lagi apabila 'disorongkan dengan bantal' iaitu bantal yang berbentuk hiburan, harta dan kedudukan. Bantal ini bukan sebarang bantal, empuk..Maka, berwaspadalah.

Wahai diri-diri hamba yang lemah,
Tenanglah dalam pentarbiyyahan Ilahi kerana tiba saat ia pergi,
Maka rugi hati-hati yang tidak pernah mengerti.

Muhasabah diri,
Ingati mati kerana itu janji Ilahi.

Teruskan melangkah!



Andai tapak langkahan itu pudar,
Maka kuatkan hentakan pada langkahan atas pasir itu,
Moga-moga tetap ada kesan daripada hasil usaha yang berterusan.



Waallahua'lam.

14/4/2011 Penulisan ini untuk ingatkan aku dan kamu-kamu.

Andai cinta, sayang Allah, maka buktilah kerana cinta itu memerlukan pembuktian.
:)

Sampai bila mahu menulis? Yang baik itu hanya dariNya. Mahu tulis sampai bila-bila, selagi diizinkanNya. InsyaAllah.

Tuesday, April 12, 2011

Mana Milik Kita

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita,
Semua yang ada, Allah yang punya.

Tidak ada kita punya,
Kita hanya mengusahakan saja,
Apa yang kita dapat, Allah sudah sediakannya.

Berfikir beserta zikir akan menjadikan kita hamba yang bergelar manusia yang unik. Dua dalam satu, 2 in 1. Cuma dalam pilihan hanya 1 jawapan, bukan dua-dua, atau bukan juga antara kedua-duanya.

Andai berjaya,
Kejayaan itu hanya milik Allah,

Andai kaya dan mewah,
Harta itu hanya milik Allah.

Andai gembira,
Perasaan itu hanya daripada Allah.

Apa milik kita?
Tiada apa milik kita,
Hanya bekalan amal yang akan menemani kita,
Bersaksi di hadapan Tuhan Yang Maha Esa.


Seperti mana masa itu berlalu,
Selagi itu kita perlu melangkah,
Biarpun langkahannya kecil,
Asalkan jangan berhenti,
InsyaAllah akan sampai ke destinasi yang dituju.


However, one things that you have to remember is LIFE IS A JOURNEY, NOT A DESTINATION.

Waallahua'lam.

12/4/2011 InsyaAllah memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri menempuh tahun 3 kali ke-2 :) New strength from Allah, beneficial for all. InsyaAllah.

Di rumah, ada aktiviti baru :)

Monday, April 11, 2011

Terima Kasih

Alhamdulillah, bernyawa lagi blog ini yang kian usang :) Terima kasih pada ramai yang bertanya,

"Amal ok ke?"

InsyaAllah, tiada apa yang dapat buat diri ini lemah kecuali dengan izinNya jua. Apabila duduk muhasabah diri. Ya, punya banyak kelemahan dan ini peluang dari Allah untuk diri ini memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

Bak kata Dr. Asri, mentor yang hebat, "Sebagai pelajar perubatan ni, bukan sekadar lulus gagal saja. Tetapi bagaimana kita mahu jadi doktor yang lebih baik. You'll do better."

Setuju! Ya, redha Allah lebih utama.
InsyaAllah.

Dr. Kyi Kyi Win dan Dr Thaung Thike banyak membantu kami sepanjang 2 minggu study week for remedial exam. Seperti ibu dan bapa :) Banyak beri nasihat untuk menjadi doktor yang hebat, bukan sahaja dari segi rawatan. Tetapi juga attitude yang benar-benar kukuh.

Terima kasih doktor-doktor semua.
:)



Diri ini tidak akan pernah putus asa. InsyaAllah, kerana aku punya Allah. Walaupun seberat mana bahu yang memikul, hakikatnya diri ini perlu banyak-banyak bersyukur kerana masih bernyawa dan diberi peluang untuk mendalami ilmu Allah. Aku punya tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan. Ramai insan di luar sana yang tidak punya peluang untuk merasai nikmat untuk menuntut ilmuNya, diuji dengan hebat, mereka tetap tabah.

Buat sahabat-sahabat perjuangan,
Selamat melangkah ke tahun 4 :) Ingat, perjuangan ini bukan mudah kerana hanya Allah yang memudahkan segala urusan. Jika ia mudah tanpa mengingati Allah, hati-hati ya. Ya, kita punya jalan hidup masing-masing. Selamat berjuang!

Ayuh telusuri jalan taqwa :)

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud : "Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya." [Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha.]

Kadangkala, dalam kita mejejaki ke arah pintu kejayaan, kita lupa apa yang perlu kita bawa untuk sampai ke pintu itu dan seterusnya membuka pintu tersebut. Kerana kelupaan itu, kita berjalan dengan megah.

Lalu berkata, "Kejayaan ini adalah daripada hasil usahaku."

Terus berjalan tanpa membetulkan niat yang kian terpesong hari demi hari. Namun, ada juga yang ditimpa kegagalan dan berhenti ditengah-tengah jalan.

Lalu mengatakan, "Kegagalan ini semua sebab kamu. Kamu yang menyebabkan aku gagal."
Ataupun, "Dia tu gagal sebab dia malas, banyak buang masa."

Wahai makhluk bumi, sandarkanlah segalanya kepadaNya. Kerana hanya dengan itu akan membuatkan dirimu tenang setenang-tenangnya. InsyaAllah, Allah itu lebih mengenali hamba-hambaNya. Cuma kita, manusia, lebih gemar mengenali makhlukNya daripada berkejaran mengenaliNya. Kita manusia yang pelupa.

Jalan hidup kita-kita, telah Allah tetapkan secara terperinci. Laluilah dengan tenang.

Ayuh telusuri jalan taqwa :)

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?"

Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati." Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa."

Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya."

Moga kita-kita menjadi hamba-hambaNya yang bersyukur.
InsyaAllah.

Usah gelisah andai ditarik nikmat dunia,
Kerana InsyaAllah nikmat akhirat itu (syurga) menjanjikan segala yang bahagia.
Usah mengharapkan ganjaran dan janji Allah jika janji kita padaNya belum terlaksana.

Waallahua'lam.

11/4/2011 Ya, aku masih di tahun 3, InsyaAllah tidak akan sia-siakan peluang ini. Terima kasih atas semangat dan sokongan kalian.

Terima kasih Allah kerana masih meminjamkanku kekuatan ini.

:) Senyumlah, ummat Islam tidak akan kalah, apatah lagi rebah dan menyerah.

Wednesday, April 6, 2011

Y 398 : Model Alam

Segala puji bagi Allah yang memberi kudrat buat diri untuk terus menaip dalam keadaan yang pastinya berkehendakkan diri ini untuk 100% berserah padaNya untuk setiap keputusan aturan hidup ini selepas usaha yang merupakan jalan ikhtiar bagi seorang hamba.

Yang paling penting adalah kita belajar daripada apa yang kita lalui. Ya, itu sangat penting, jangan sia-siakan tarbiyyah daripada Tuhan. Moga dengan keyakinan yang teguh terhadap janji-janji Allah, menjadikan hati-hati ini sentiasa tenang menelusuri jalan-jalan menuju redhaNya. InsyaAllah. Janji-janji Allah, adakah kita ingat janji-janji kita padaNya? Kita lupa, hanya mempersoalkan janji-janji Allah. Tiada kesangsian, kerana JANJI ALLAH ITU PASTI.

********
Manusia itu hidup atas ihsan Allah. Kita tidak pernah menandatangani kontrak untuk hidup di dunia ini. Kita diberi peluang untuk melihat alam ciptaan Allah ini, namun berapa di kalangan kita yang bersyukur dengan anugerahNya. Ya, manusia itu lebih melihat perkara yang ada dihadapan mata mereka, perkara yang jelas. Matlamat juga diletakkan selaras dengan apa yang mahu dicapai.

Sebagai contoh, dalam satu situasi, kita diterima kerja selepas temuduga dan telah menandatangani kontrak dengan syarikat berkenaan. Dengan itu, kita berkerja dengan bersungguh-sungguh demi matlamat yang telah ditetapkan. Dengan target, mahu naik pangkat, atau dapat bonus, atau dinaikkan gaji. Segalanya jelas apabila kita tahu apa yang kita lakukan.

Betul atau tidak?

Dalam konteks seorang hamba, apakah matlamat kita? Sudah jelaskah? Ataupun masih kabur-kabur, tanpa hala tuju. Hanya mampu mengikut arus yang belum tentu arah tujunya, sama ada akan berhenti dipertengahan jalan, sesat dalam perjalanan atau menuju ke arah yang betul.

Adakah kita mahu menjadi seorang hamba yang hebat, tetapi kehebatan itu tidak boleh dibawa ke mana-mana?

Kita adalah model alam. Universal model. Yang sentiasa dilihat dan dinilai. Baik atau buruk penilaian seseorang itu bergantung pada perspektif mana mereka melihat. Jika model itu sememangnya mantap, daripada sudut mana sekalipun, dia tetap hebat.

Siapa model yang terbaik?

Seperti dalam firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan senang).” [Surah al-Ahzab, ayat 21]



Ya, Rasulullah adalah model yang terbaik alam ini. Menjadi ikutan sepanjang zaman. Namun, semakin tua alam ini, semakin lupa, keliru kita siapa yang sepatutnya menjadi ikutan.

Tidak perlu berangan ingin menjadi seorang model suatu hari nanti kerana pada saat ini juga, kita-kita adalah model alam bertaraf universal. InsyaAllah. Cuma untuk merealisasikan impian ini ada sedikit kesukaran yang perlu ditempuhi. Tiada perkara yang mudah di dalam dunia ini, sedangkan mahu makan sekalipun memerlukan usaha kita yang menyuap makanan itu ke dalam mulut.

Model alam, apakah kriteria yang perlu ada? Cukup syarat 5 + 6.

Apakah dia?

Kita perlulah..
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
4. Membayar zakat
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Selain itu, kita perlulah..
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab
4. Percaya kepada nabi dan rasul
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qada' dan qadar

Apabila cukup syarat-syarat ini, dengan cara pelaksanaan yang betul, maka lahirlah seorang model yang hebat. InsyaAllah. Berbekalkan akhlak islami yang benar-benar diperhalusi dengan iman yang sentiasa mekar dalam diri, InsyaAllah, model yang hebat itu akan bersedia untuk menjalankan tugas sebagai seorang hambaNya yang patuh dan taat.

Yang merisaukan kini adalah kita lupa siapa kita, kita lupa Allah yang menganugerahkan segala nikmat buat kita-kita. Ya, kita lupa. Ya, susahnya mahu berubah, apatah lagi apabila mahu berubah menjadi lebih baik. Kerana mungkin sehingga satu tahap, kita akan lemah, putus asa kerana tidak mampu lagi menjadi yang lebih baik. Maka, terus leka di bawa arus dunia yang sering melekakan hamba-hambaNya.

Maka, model alam mana yang perlu dijadikan ikutan?

Tepuk dada, tanya iman.

Wahai ummah,
Sudah sampai masanya untuk bersatu,
Kerana ancaman demi ancaman makin mendekati,
Sehingga bila kita akan mendiamkan diri.

Adakah model yang hebat itu hanya duduk diam tanpa melakukan tugasannya? Iaitu memperagakan akhlak islami yang diperturunkan daripada Rasulullah. Dengan luhur tutur kata dan baik budi pekerti. Jom praktik :) InsyaAllah.

Muhasabah diri.
Sebelum mengharapkan yang terbaik, cuba jadi yang terbaik dahulu.

Wallahua'lam.



6/4/2011 April, bulan yang membawa diri menjadi lebih tua, mendekatkan diri pada mati.

Kini, diri hanya mampu berserah. Perjuangan itu akan tetap manjadi perjuangan :)
Tawakkaltu 'ala Allah.

Tidak akan pernah rebah, apatah lagi mahu berubah (kepada perkara yang tidak baik)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates