Cuba nyanyi..
Bangun pagi,
Gosok gigi,
Cuci muka,
Ambil wudhuk,
Bentang sejadah,
Berdiri betul,
Niat solat Subuh.
Dapat nyanyi?
:)
Sejak masuk posting paediatrics (masalah kesihatan perihal kanak-kanak), perangai jadi macam budak-budak pula. Suka beli mainan, pergi shopping complex, beli mainan :) Beli coklat, gula-gula untuk bagi pada mereka. Mereka sakit, tidak sihat, suka tengok mereka gembira.
"Nak gula-gula tak. Kakak ada gula-gula." :)
Ada mereka yang malu-malu. Senyum-senyum :)
Bukan itu yang mahu diperkatakan tetapi hakikatnya ada kaitan. Segala apa yang berlaku pastinya suka tercatat di luh mahfuz untuk ia berlaku dengan izin Allah. Segalanya termaktub dalam perancangan Ilahi buat hamba-hambaNya.
Bangun pagi,
Semua dengan kasih sayangNya,
Ada kita ucapkan kata syukur kita?
Jika tidak ucapkan, ada kita buktikan dengan tingkah laku?
Gosok gigi,
Cuci muka,
Kudrat anugerah Ilahi,
Juga dengan rahmat kasih sayangNya,
Yang tidak ada belah bahagi,
Dia Maha Adil, Pengasih lagi Penyayang.
SubhanAllah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.
Untuk pergi ke hospital tiap-tiap hari juga dengan izin Allah. Tidak perlu pergi terlalu jauh. Hendak bernafas juga dengan izin Allah. Oksigen, karbon dioksida dan segala mcam jenis gas juga milik Allah.
Dalam solat kita, seringkali kita bacakan, moga-moga kita tahu maksudnya. Itu ikrar kita dan jangan kita lupa. Ingat Allah bukan hanya di dalam solat tetapi dalam setiap helaan nafas kita.
Ingat tak?
Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semuanya bagi Allah,Tuhan semesta alam. [ Surah al-An'aam:162]Allah sediakan segala kemudahan. Untuk kita beribahdah kepadaNya, taat dan patuh pada segala perintahNya. Malam dihiasi bulan dan bintang, pagi dihiasi awan putih, langit membiru. Kadangkala selepas hujan, Allah hadiahkan kita pelangi.
Dalam mengekspresikan rasa syukur itu perlu disertai sabar. Bukan untuk berasa riak mahupun takabbur. AKULAH HAMBA YANG BERSYUKUR! Bukan begitu, kerendahan hati yang dipraktikkan dalam Islam sungguh indah. Maka, pratikkan ia dengan cara yang betul.
"Perfect practice makes perfect"
Sebelum ingatkan diri orang lain,
Apa yang di sisimu akan habis dan apa yang di sisi Allah akan kekal. Demi, nanti Kami akan balasi orang-orang yang bersabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka amalkan. [Surah an-Nahl:96]
Diri sendiri kena ingat dahulu,
Bersyukur bukan hanya pada lisan,
Ia termasuk pada hati dan perbuatan.
Hak cipta Allah terpelihara. Allah jua yang memeliharanya.
Hak milik Allah kekal. Berfikirlah wahai manusia yang berakal.
Tiada penciptaanNya yang sia-sia.
Waallahua'lam.
Di awal pagi semasa hendak ke hospital.
Bersyukurlah wahai diri,
Jangan jadi manusia yang kufur nikmat.
Na'uzubillah min zalik.
4 Buah fikiran:
Selalu saja kita mengeluh akan kekurangan, namun kita sering terlupa akan nikmat yang Allah beri... Moga kita semua tergolong dlm kalangan mereka yang sentiasa bersyukur! nice entry ukht!
Amin..semoga kita tergolong dalam golongan yg bersyukur..Jauhi kufur akan nikmatNya :)
Salam ukhwah noomiey :)
Semoga bermanfaat, InsyaAllah.
salam ukuwwah juga ya.(^__^) ana suka blog ni ukt! makasih kerananya!
moga ukhwah kita tidak sampai di sini sahaja..kelak bersua InsyaAllah :)
moga bermanfaat, beramal keranaNya :)
Post a Comment