Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, September 3, 2010

Y 324 : Senang

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Alhamdulillah minggu peperiksaan tamat di sini untuk posting medicine. Apabila segalanya telah berlalu, baru tersedar tanggungjawab yang digalas semakin berat. Mana mungkin seorang doktor itu hanya baik hatinya tetapi tiada ilmu untuk memberi rawatan kepada pesakitnya. Kesedaran ini membuat diri memasang azam untuk menjadi 'bukan doktor biasa', dengan erti kata lain 'doktor luar biasa'. Mungkinkah? InsyaAllah, semoga Allah permudahkan.



Ya, manusia itu mudah alpa, lalai dengan permainan dunia yang tidak akan pernah henti. Hentinya apabila jasad dan ruh dipisahkan, menanti di alam barzakh, menunggu setia akan hari kebangkitan dan penentuan akhirnya.

Ya, manusia itu kadangkala menganggap perbuatannya itu betul, sedangkan ianya salah malah bertentangan dengan perintah Allah.

Ya, manusia itu sering ambil mudah, sedangkan hakikat hidup ini tiada yang indah kecuali nikmat hidup berTuhan yang ada adalah doa, usaha dan berserah.

Ya, manusia itu adalah hambaNya yang sentiasa bergantung dan berharap padaNya cuma seringkali lupa dari apa diri ini dicipta dan di mana tempat akhirnya.

Buat diri, juga teman yang sudi membaca tulisan insan biasa ini.

Kita SENANG untuk mengaku diri sebagai Islam tetapi jarang sekali mempraktikkan Islam sebagai cara hidup kita. Peringatan khas buat diri sendiri yang masih merangkak untuk membaiki diri. Ya, kita juga SENANG untuk katakan 'saya mahu berubah'. Hakikatnya tanpa usaha, doa dan izinNya, segalanya hanya sekadar kata-kata.

Kita SENANG untuk berkata-kata tetapi yang terlaksana hanya sedikit cuma. Itulah hakikat lemahnya hamba, perlu sentiasa sedar bahawa izin dan redha Allah itu adalah prioriti sepanjang masa.

Kita SENANG untuk bergerak ke sana-sini tetapi adakah kita sedar bahawa kudrat itu pinjaman Ilahi yang boleh ditarik balik bila-bila masa. Adakah gerak-geri kita itu keranaNya atau bersandarkan tipu daya dunia? Ya, masa semakin singkat, akhirnya kelak akan kembali bertemu Pencipta Yang Maha Kuasa. Bagaimana keadaan kita kelak 'disana'?

Ya, bukan SENANG untuk menjadi SENANG
Bukan SENANG untuk berasa SENANG
Kerana hakikatnya keSENANGan itu terletak pada akhirnya
Bukan pada awalnya, tiada pada permulaan
Untuk SENANG, perlu ada pengorbanan [kata Mama]

Untuk SENANG perlu ada usaha
"Tetapi kenapa masih kecewa selepas berusaha?"

Itulah hikmah hidup berTuhan
Segala yang terbaik diaturNya buat hambaNya
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar
Berbaik sangka itu sentiasa yang terbaik!

"Kenapa masih gundah gulana selepas berusaha?"
Kerana sesuatu itu bukan terletak pada hasilnya tetapi bagaimana perjalanan untuk menjadikan sesuatu itu berhasil. Walaupun PAHIT bagaimana sekalipun, jangan biarkan kesedihan mengalih arah matlamat asal hidup kita.

Kerana kepadaNya segala pengharapan diletakkan.
Serahkan segala..

Ya, redha Allah itu yang dicari. Hidup bermatlamatkan SATU, teruskan berjuang kerana Yang SATU. Kecewa tidak SENANG di dunia bukan alasan untuk melupakan matlamat hidup.

Waallahu'alam.

3/9/2010 Nak taip SENANG, moga diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan dan mencari keSENANGan di dunia dan akhirat :) InsyaAllah.



Apakah itu keSENANGan di dunia? Fikir-fikirkan..

Buat syuhada dan hidayah, kuatkan semangat kalian. Semoga Allah pertemukan kita dalam keadaan yang lebih baik, InsyaAllah. Suka tengok manusia gembira :) suka3..Moga Allah kekalkan wajah gembira kalian, sebab sedih bila tengok orang sedih. Maka bergembiralah dengan nikmat hidup kurniaan Allah.

Maka, bersyukurlah sentiasa..

Mama, suka gembirakan hati dia. Jumpa esok..jemput Amal di airport ya!

:) Jom rebut malam-malam terakhir..

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates