Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, January 21, 2010

Sabar Itu

Sabar itu
Menguji tahap keimanan manusia
Sama ada mampu bertahan atau sebaliknya
Bergantung kepada benteng yang selama ini dibina
Dibina dengan kukuh atau hanya rapuh, terbang ditiup angin
Sabar itu begitu
Mengiringi hidup berTUHAN

"Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu" [Surah Luqman, 31:17]

Sabar itu milik Dia
Mahukan ia?
Tidak perlukan sebarang surat permohonan
Permohonan percuma
Terbuka kepada mereka yang memerlukan
Ya! Kita semua memerlukan itu
Untuk melayari hidup sebagai HAMBA
HAMBA pada YANG SATU!
Sifat seorang da'i yang benar-benar faham dengan kerja dakwahnya, mengenali duri-duri jalanan dan bersabar dengan keliaran nafsu, pertembungan keinginan dan tarikan syahwat yang berpunca daripada pengaruh semasa, adat yang diwarisi dan arus jahiliah [Muhadarah Takwim al-Syakhsiah]



Hidup ini untuk ke SANA
Tanpa SANA tiadalah ada hidup ini
Hidup yang sementara, mampu melalaikan HAMBA
Alpakan HAMBA yang LUPA

Ya! Hidup dengan izin YANG SATU
Kepastian pada MATI bertemu DIA
PERTEMUAN yang dinanti

"Dan sederhanakanlah langkah perjalananmu" [Surah Luqman, 31:19]

23/1/2010 Sayangku, bersabarlah dengan perjalanan hidup ini :) Pujukku pada insan bernama AMAL ATHIRAH ZARZILAH, insyaAllah. Aturan yang terbaik!

4 Buah fikiran:

Sirr said...

dan seringkali kita tewas mengharungi ujian yang diberi. Jarang sekali kita berjaya..
peringatan itu penting buat insan yang lupa. Sahabat yang sentiasa ingat-mengingatkan adalah sahabat yang terbaik.

terima kasih kerana sentiasa mengingatkan kita..melalui penulisan amal..kita hampir tewas..:)

Amal Athirah Zarzilah said...

Maryam kuat!
Jangan sesekali tewas dengan ujian hidup ini, ujian untuk kita..

Buat mudah untuk diberi ujian semua dengan kehendak-Nya. Maka bersyukurlah dengan ujian itu. Sudah pasti akan ada hikmah yang tersembunyi :)

Sayang maryam!
:)

munirah said...

insyaAllah Amal...daku melihat kamu seorg yg amat sabar,kebaikan yg besar yg diberikan Allah kepada kamu...

benar ujian itu pahit pada awalnya, namun terasa manis pada akhirnya. tersedar betapa Allah itu teramat indah :)

terima kaseh ukht..

Amal Athirah Zarzilah said...

Munirah,
Semoga kita sama-sama sabar melalui liku-liku hidup aturan-Nya. Walaupun pahit, itu ujian buat hamba-Nya, laluilah dengan tenang.

Ketenangan dan sabar itu kurniaan-Nya. Bersama kita syukuri nikmat :)

"Jiwa mu'min itu tenang"

:)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates