Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, January 26, 2010

Panadol

Assalamualaikum,

Very sleepy right now. My eyes opening become narrower :) Study..study..Panadol? Siapa pula yang tidak sihat ni. Alhamdulillah sihat, baik-baik sahaja di bumi Sarawak ini.

Just want to relate between mujahadah and panadol. Quite weird but there's some similarity between these two things. Panadol? What is it taste? Sweet? :) Penulis blog ini agak anti kepada ubat-ubatan [kerana sejarah lama agaknya] tetapi akhirnya, Insya-Allah dengan izin ALLAH akan memberikan kesihatan kepada kita [asbabnya].

Ya! Sama juga seperti MUJAHADAH [bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai HAMBA] Pahit bukan? Tetapi Insya-Allah hasilnya manis :)

"MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS"

Bersungguh menghabiskan makanan..mujahadahkah? :)

Seperti kanak-kanak kecil, hendak belajar jalan. Mesti ada jatuh-jatuh dahulu, habis luka-luka dengan parut-parut lukanya :) Kasihan..Tetapi hasilnya? Ya! "Saya berjaya jalan" [walaupun selangkah]

Seperti belajar kereta juga, tekan pedal minyak itu kena bersungguh-sungguh supaya kerana bergerak dan tidak berhenti di tengah jalan. Perlu belajar memandu dahulu :) [bila agaknya ada keyakinan hendak memandu ni, sudah hampir 3 tahun tidak memandu..]

Penulis sedar, dia perlu lebih bersungguh-sungguh. Sebab dia rasa dia belum betul-betul bermujahadah dalam menuntut ilmu. Ilmu perubatan juga merupakan ilmu Allah. Dia tidak pernah rasa baca sehingga hendak muntah sepertimana yang teman-teman lain rasa :)

Bermujahadahlah dengan peluang diberi Tuhan!

Ingin juga penulis rasa muntah-muntah kerana tepu kepala dengan ilmu :) Bagaimana rasanya ya..Hehe [Study sehingga rasa muntah-muntah, ini mungkin sebab tekanan] Penulis tidak dapat study dengan tekanan.

Mama selalu kata, "Belajar jangan sampai stress, belajar je..kalau penat rehat kejap. Kalau mengantuk, pergi bawa berjalan, atau makan ke.." Setuju! Nonsense, study with stress.
"Sesiapa yang menempuh perjalanan kerana mencari ilmu, maka kelak Tuhan akan permudahkan jalan baginya ke syurga" [Riwayat Muslim]
Kepada teman-teman, teruskan mujahadah kita. Tiada kemudahan datang daripada kesenangan. Jika ada sekalipun, diharapkan agar kita mahasabah diri semula dan bersyukurlah dengan kemudahan yang diberikan-Nya.
Karana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

[94:5-8]
27/1/2010 Utamakanlah yang terpenting daripada yang penting kerana sudah pastinya yang terpenting itu lebih penting daripada yang penting :) Tongue twister..Hehe, credit to saudara Hafiz dari Universiti Malaysia Perlis atas tazkirah di surau hari ini. Jazakallahu khairan katheera..

6 Buah fikiran:

Sirr said...

Amal...:D
panadol, kalau berlebihan memudaratkan badan, tapi mujahadah sangat di anjurkan untuk berlebihan agar menjadi istiqamah...

Amal Athirah Zarzilah said...

sila patuhi dos yang ditetapkan :D
betul juga..itu kehebatan Islam berbanding ubat ciptaan manusia :)

Semuanya dengan izin-Nya, ubat itu hanya asbab kepada kesembuhan.

Maryam, raya cina nnt jmpa ye :)

Sirr said...

Insya Allah..kita bley rancang utk jumpe :D

Cakap pasal panadol nih..belum tentu semua org sesuai makan panadol, tp mujahadah sesuai utk semua lapisan masyarakat :D..hehe sebab kita tak boleh makan panadol...~

Amal Athirah Zarzilah said...

u're right!
hehe..allergic eh :)
mujahadah memerlukan kemahuan dan kesungguhan mencapai matlamat yang diredha-Nya.
Semoga kita memperolehinya :)

ok, insya-Allah, dalam perancangan :)

SF said...

assalamu'alaikum...

indah!! analOgi yang indah...~ *-*

ana takut makan panadOl & juga takut untuk memandu kereta...hee~
takut kerana TIDAK BIASA...kalau dah biasa telan panadOl & memandu,insyaALLAH ana x takut lg~ =]

mujahadah...
jika tidak biasa untuk mujahadah,mungkin pada mulanya akan merasa takut utk mujahadah...
mungkin TAKUT @ TIDAK BIASA inila yg menjadi salah satu faktOr penting yg menyumbang ke arah IslamophObia dlm masyarakat kita...

shOw me the right path!~ =]

Wassalam~ *-*

Amal Athirah Zarzilah said...

Islamophobia :)
Istilah generasi Y kah?
Tapi yang pasti itu yang berlaku zi zaman ini..dunia akhir zaman, Islam itu dipandang asing.

Semoga terus istiqamah dijalan-Nya.
Minggu depan amal balik..nnt jumpa d airport, insyaAllah :)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates