Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Showing posts with label Hadith 40. Show all posts
Showing posts with label Hadith 40. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Koleksi Hadith 40 - Ketiga

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dikurniakan udara dan pernafasan yang baik untuk kita terus hidup menempuh segala onak ranjau kehidupan yang kian mencabar. Melalui setiap ujian yang telah ALLAH sediakan bagi hamba-hambaNya yang terpilih.

Hari ini hendak diteruskan hadith yang ketiga daripada himpunan 40 hadith oleh Imam Nawawi. InsyaALLAH semoga bertambah ilmu pengetahuan dan dapat dimanfaatkan bersama.

عَÙ†ْ Ø£َبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْÙ†ِ عُÙ…َرَ بْÙ†ِ الخطابِ رضي الله عَÙ†ْÙ‡ُÙ…َا Ù‚َالَ: سَÙ…ِعْتُ رَسُÙˆْÙ„َ ا للهِ
صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَليهِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ ÛŒَÙ‚ُولُ: بُÙ†ِÙŠَ الإِسْلاَÙ…ُ عَÙ„َÙ‰ Ø®َÙ…ْسٍ: شهادَØ©ِ Ø£َÙ†ْ لاَ Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ الله ÙˆَØ£َÙ†َّ Ù…ُحمدً ا
رَسُولُ الله، ÙˆَØ¥ِÙ‚َامِ الصَّلاةِ، ÙˆَØ¥ِÛŒْتَاءِ الزَّØ¢َاةِ، ÙˆَØ­َجِّ الْبَÙŠْتِ، ÙˆَصَÙˆْÙ…ِ رَÙ…َضَانَ

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim)
Pengajaran hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Wahai pembaca yang diredhai ALLAH,

Islam tidak tertegak dengan sendiri. Dengan itu ALLAH mengutuskan Nabi Muhammad, Rasulullah bagi menyampaikan risalah dan peringatan kepada umat akhir zaman. Dimukjizatkan Al-Quranul Karim sebagai panduan buat manusia sejagat. Islam itu mudah lagi sempurna. Usah gusar atau mempertikaikan kesyumulan Islam.

Tiang? Tiang-tiang itu perlu kita jaga agar ia tidak tumbang, jagai ia supaya senantiasa tegak berdiri. Jika runtuh tiang itu, sudah pastinya tiang itu akan menimpa diri kita. Untuk menjadikan tiang itu tegak dan teguh, pasti ada cara. Itulah sebabnya kita diwajibkan menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ilmu agama. Tidak ketinggalan ilmu akhirat.

Pelihara Islam sebaiknya, sehabis kudratmu. Semoga ALLAH membalasi dengan yang lebih baik daripada itu. InsyaALLAH. Yakin pada ALLAH, perbetulkan niat berjuang dijalan ALLAH, sudah pasti niat, amal perbuatanmu tidak sia-sia. InsyaALLAH. 'Mu' disini terutama dituju buat diri sendiri yang kadang-kala alpa, lupa tujuan hidup didunia.

Semoga diberikan hidayah buat diri ini dan pembaca sekalian. InsyaALLAH. Segala yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Esa. Wallahu'alam.



**Sejak akhir-akhir ni teringat arwah babah. Pertemuan dengan Pencipta adalah janji temu yang paling berharga. Walaupun dia tidak lagi berada dihadapan mataku, tetapi dia bersama Penciptaku, itu lebih bahagia buat hambaNya yang merindui bertemu dengan Pencipta. Setahun lebih dia pergi, tidak bermakna hidup ini berakhir. Walaupun perit dan sayu, ia banyak mengajarku. Semoga ruhnya ditempatkan dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh, amin. AL-FATIHAH..
"Try till SUCCEED" - Babah
**Study time. No more play-play =) Sometimes play make we more success!

Monday, May 25, 2009

Hadith 40 - Kedua (con't)

Assalamualaikum

Entry ini adalah sambungan entry yang lepas. Ini adalah pengajaran hadith yang ke-2. Sebelum itu, =) nak cerita, petang tadi sempatlah pergi ke Jaya Jusco Keramat (agak baru la juga) alhamdulillah, buku yang dicari-cari akhirnya ditemui tapi dalam versi bahasa Indonesia. Beli juga. Bila baca, bahasanya boleh difahami, tidak seperti yang dijangka. Ni buku yang dibeli di sana:
  • Syamail Muhammad, penerbitan Jahabersa (Imam Tarmizi)
  • Siapa Khadijah binti Khuwailid, PTS (Nabilah Hasan)
  • Tatatertib Solat dan Kuasa Solat Tahajjud (Ethics of Prayers & The Power of Night Prayers)
InsyaALLAH nak habiskan buku-buku yang dah beli sebelum ni. 2 minggu cuti, sempat ke? Baca mana termampu. InsyaALLAH akan dikongsikan bersama, moga berkesempatan berbuat demikian. Teruskan dengan agenda utama entry kali ini. Pengajaran Hadith ke-2.


Pengajaran Hadith

Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawi atau bersifat Rabbani, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata.

Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya. llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.

Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusia pun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.

Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.
Sehari cuti berlalu. Semoga lebih baik pada hari-hari mendatang, InsyaALLAH. InsyaALLAH 'Warkah Kehidupan' akan ditatapi oleh kalian dalam masa terdekat ini. Bukan senang mood menulis nak datang. Jam menunjukkan jam 0430, mata dah tak boleh lelap mungkin sebab dah tidur tadi. Tunggu subuh dulu, tidur sekarang, for sure tak boleh bangun subuh. Amal..amal =D Bersama memperbaiki diri, baiki kelemahan dan kekurangan. Kesempurnaan ISLAM terletak pada unity of ummah, tegurlah diri ini kerana kurangnya ilmu, salah pentafsiran..Cuma MANUSIA BIASA. Waallahu'alam.



Solat tiang agama,
Why is it 'tiang'?
Di dalam solat adanya kepercayaan,
Dalamnya juga ada zakat,
Pembersihan diri,
Penyucian jiwa,
Adanya puasa,
Batalnya solat jika makan, minum,
Seperti batalnya puasa,
Haji?
Adanya takbir,
Menghadaplah hambaNya,
Ke Kaa'bah,
Di Makkah al-Mukarramah,
Runtuh tiang ini,
Runtuhlah agama yang selama ini dibina..

Sunday, May 24, 2009

Koleksi Hadith 40 - Kedua

Assalamualaikum

InsyaALLAH hari hendak buat huraian sedikit mengenai hadith kedua daripada himpunan 40 hadith karangan Imam Nawawi. Sebelum dahulu, alhamdulillah telah selamat sampai ke rumah dengan menaiki Malaysia Airlines MH2597 pada jam 2215. Cuti bermula, insyaALLAH akan diisi sebaik mungkin. Sambung...semoga hadith yang dibincangkan kali ini, dapat diambil pengajarannya dan disampaikan kepada sahabat2 lain.

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, tarafnya adalah sahih. InsyaALLAH huraiannya dan pengajarannya akan disambung dalam post akan datang. 'Warkah Kehidupan' ditunda, perlu jana mood dulu =)

Di kesempatan ini nak ucap semoga maju jaya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan akhir walaupun ramai dah mula cuti sekarang. Semoga ALLAH berkati usaha kalian, insyaALLAH. Waallahu'alam.


Wednesday, May 20, 2009

Koleksi Hadith 40 - Pertama

Assalamualaikum

InsyaALLAH dari semasa ke semasa, akan diselitkan entry hadith 40 karangan Imam Nawawi. Diharapkan dapat diabil iktibar dan pengajaran yang terkandung dalam hadith-hadith ini. InsyaALLAH. Bersama kita hayati sabda Junjungan kita, Nabi Muhammad, Kekasih ALLAH.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.
Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.


Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.


Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.





Niat
Umpama tiang,
Dipasak nan teguh,
Berdiri tegak tanpa gundah,
Tetapi kadangkala,
Tatkala angin bertiup,
Tatkala hujan lebat membasahi bumi,
Ia condong ke tepi,
Disebabkan itu, ia perlu senantiasa dibetulkan,
Supaya ia tetap teguh berdiri..

Waallahu'alam
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates