Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, June 30, 2008

Ingat Janji Kita..Khaira Ummatin

Assalamualaikum~

Dahulu agamaISLAM merupakan agama yang asing diperkenalkan oleh Rasul junjungan, Muhammad SAW secara terang-terangan. Adakah ia kembali asing? Anasir luar senantiasa mencari peluang mengembangkan sayap mereka. Sedangkan kita, masih alpa dengan kenikmatan dunia.

"ISLAM bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegang dengan ISLAM ketika ia dagang" -Riwayat Muslim-

Hidup hanya sekali~ Tak tahan..tiga patah perkataan yang penuh makna. Adakah hidup kita hanya sekali? Hidup kita ada EMPAT KALI (ada yang b'pendapat tiga kerana kehidupan di alam barzakh dan akhirat disatukan) :
  • Kehidupan di Alam Roh

Dimana kita telah berjanji atas nama ALLAH yang Maha Esa untuk patuh kepada segala perintahNya dan meninggalkan segala apa jua laranganNya. Adakah janji itu tinggal janji? (Peringatan buat diri ini juga) Bersama muhasabah diri. Masihkah kita diatas landasanNya~

  • Kehidupan Dunia

Dunia yang fana. Hanya sementara. Dihiasi dengan kemewahan untuk menguji manusia Ingatkah kita terhadap janji2 kita? Dihias juga dengan wanita-wanita, yang kadang kala menghadirkan fitnah dunia. Kesenangan dan kesusahan itu lumrah yang perlu kita tempuhi. Kerana janji2 ALLAH itu pasti~

  • Kehidupan Alam Barzakh

Dunia dimana manusia yang roh telah meninggalkan jasadnya disoal. Persoalannya? Mampukah kita menjawab soalan itu dengan bekalan kita pada hari ini?

  • Kehidupan Hari Pembalasan (Kiamat-Kebangkitan)

Sekalian manusia dari setiap pelosok dunia dikumpulkan dari setiap abad dan kurun. Menunggu amalan masing2 dihisab. Kepanasan bagi mereka yang sedikit amalan kebajikannya. Sanggupkah kita menanggungnya? Sedangkan panas di dunia ini sudah dikeluhkan. Renungkanlah~

"Hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku sempurnakan nikmatmu, Aku redha bagi kamu ISLAM sebagai agamamu" (Surah al-Maidah : 3)

Maka, apa tunggu lagi. Selamat beramal! Kerana insyaALLAH kita adalah sebaik-baik umat ciptaanNya sekiranya amalan amar ma'ruf nahi mungkar terlaksana.

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman dengan ALLAH" (Surah al-Imran : 110)

KHAIRA UMMATIN yang dilahirkan dengan punya tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Pertama : Amar ma'ruf, Kedua : Nahi munkar dan Ketiga : Beriman. Hadzrat Umar RA pernah berkata : Kebaikan mana yang ingin kamu sebarkan, hendaklah kamu perkatakan dan keburukan mana yang ingin kamu lenyapkan, hendaklah kamu diamkan.

Waallahua'lam ~~(@)

Setapak Kaki Melangkah

Assalamualaikum~

Tiba saat menghitung hari untuk menjejakkan kaki ke universiti. Kebanyakan kawan2 yang telah pun menjejakkan kaki mereka ke universiti ahad lepas. SEMOGA AZAM DAN TEKAD SENTIASA TERSEMAT DALAM DIRI! Wpun adalah sesetengahnya x sempat bersua, tapi insyaALLAH ikatan itu tidak akan putus. Buat pengetahuan kawan2, ini keputusan terakhir amal selepas fikir sepanjang2nya, untuk kebaikan semua insyaALLAH :

University Name : University Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Course : Doctor of Medicine (MD)
Duration : 5 Years
Location : Kota Samarahan, Sarawak

Sesiapa tersesat ke sarawak, singgah la ye =) Datang jangan tak datang!

Doakan kejayaan bersama. Moga diri kita istiqamah menuntut ilmu kerana ALLAH demi redhaNya, insyaALLAH. Usaha bersungguh-sungguh insyaALLAH akan membuahkan hasil yang baik sekiranya niat kita ikhlas dan matlamat kita juga jelas. Jangan diabaikan restu kedua ibu bapa. Itulah azimat kejayaan kerana redha ALLAH terletak pada restu kedua ibu bapa. Waallahua'alam. Ini pula sajak khas buat sahabat baikku (siapa? Sesiapa sahaja yang bergelar sahabat baik)


Teman,

Allah mempertemukan kita hari ini,
Untuk kita telusuri hidup bersahabat,

Allah keluarkan air mata tangisan,
Untuk kita syukuri nikmat Tuhan,

Allah hiasi bibir kita dengan senyuman,
Untuk membibitkan sebuah penghargaan,

Allah turunkan musibah buat insan,
Untuk hamba kesayangan,
Supaya dapati darinya pengajaran,

Allah kurniakan nikmat rahmatNya,
Untuk hamba yang dikasihiNya,
Agar bertambah utuh iman,
Istiqamah dalam menagih cinta Tuhan,

Teman,

Allah jalinkan ukhwah sesama kita,
Untuk dihiasi kelemahan dengan satu kebaikan,
Yang mambawa kepada halawatul iman,

Allah pisahkan kita berjauhan,
Agar hubungan kita bertambah erat ikatan,
Dengan doa tulus yang berpanjangan,

Terima kasih teman atas segalanya huluran tangan,
Atas segala buah fikiran,
Tidak lupa akan kesetiaan,

Maafkanlah wahai teman atas segala kekhilafan,
Sengaja atau tidak disengajakan,
Sesungguhnya diriku ini lemah,
Bukan maksum seperti Rasul junjungan,

Bertemu dan berpisah kita keranaNya,
Salam mahabbah buatmu,
Sahabat, teman sejati..

Sajak ni dicoretkan khas. Bukanlah copy and paste. Buatmu sahabat, sukar bagi diri ini melupakan detik bersama =) Amal bukan pelajar sastera yang dpt meluahkan dengan segala maksud tersirat. Pelajar sains, mcm ni lah ayatnya..He3 =D

"Wahai, orang2 yang beriman, masuklah kamu ke dalam ISLAM secara keseluruhannya, jangan kamu ikut jalan2 syaitan" (Surah al-Baqarah : 208)

Friday, June 27, 2008

New Offered! M.A.R.A

University name : Universitas Trisakti
Duration : 6 Year (August 2008-July 2014)

Alhamdulillah..tajaan mara under SPC akhirnya ku terima. Mamaku menangis..dan itu dapat ku fahami. Sebagai petanda keberatan hatinya. Terima kasih MARA kerana memberiku peluang ini. Amat kuhargai. Keputusanku..tetap di uniKL yang dharapkan tidak mengundang resah gelisah mana2 pihak. Tenang dalam pembelajaran, menuntut ilmu. Itu sahaja yang ku pinta. Kerana ALLAH ku lakukan semua ini. Permudahkanlah, ya ALLAH~

Wednesday, June 25, 2008

MPPB PDT 2008 [KMM214~in da memory]

Assalamualaikum~

Entry ini khas buat mengimbas sekali kenangan semasa MPPB pelajar PDT (Program 2 Tahun) di Kolej Matrikulasi Perak pada 16-20 Jun 2008. Alhamdulillah 13 Jun 2008 jam 1.00pm jejaklah kaki ini semula ke KMPk. Datang awal supaya dapat mmbuat persiapan yang sepatutnya.

Tugas semasa Hari Pendaftaran - JK Cenderamata
Tugas selepas Hari Pendaftaran - JK Dokumentasi dan Fasilitator Kump Mentor Mentee(KMM)


Dua tugasan dalam satu masa mmg agak mencabar. Tapi syukur alhamdulillah, ada kebaikan juga adanya 2 facy dalam satu KMM. Seorang lagi, Khairol Nur Adli (juga mendapat tawaran universiti- upu yang sama : UNIMAS)


Gelagat adik-adik semasa aktiviti hari terakhir bersama =)
"Ada seekor monyet2x..goyang2.."

KMM214. KMM yang bertuah sebab dapat facy yang best..hehe. Betul tak, dik? Best sangat la tuh..At first, mmg adik2 pasif lagi. Maybe sebab baru lagi dan baru nak menyesuaikan diri dengan kehidupan disini. Asyik kena marah tegur je dengan Abg Iqbal. Salah siapa? huhu, siapa makan cili..ehem2 =D

Pada awalnya, kami banyak berteka-teki. Kelakar la adik2 ni. Teka-teki mantap! Huhu..Lain kali jangan lupa bagi teka-teki lagi tau. Akak cuba jawab =) Nak senaraikan teka-teki dekat sini mmg banyak.

Lelaki (dari kiri) : Wajdi, Naem, Akmal(K), Faiz, Akram dan Hanif
Perempuan (dari kiri) : Ain, Syue, Hani, Hajar, Yasmin

Setelah beberapa hari, baru nampak mereka mula berani tapi masih ada sikit2 yang x ngam lagi. Perlu lebih masa, mungkin..Gambar2 ni diambil pada hari terakhir bersama. Mesra kan? Teman tapi mesra. Akhirnya, boleh dianggap berjaya menyatukan mereka. Adik2 mmg best! Belajar rajin2, buang sikap humble tu. PST dan PDT tiada bezanya, cuma huruf 'S' dan 'D' sahaja kan..Adik2 sama dengan mereka. Boleh pergi jauh jika istiqamah dalam berusaha. InsyaALLAH akak akan sentiasa doakan adik2 akak ni. Al-maklumlah, akak takde adik.


Semoga berjaya menggapai impian yang masih lagi khayalan. YAKIN BOLEH!

Senyum sokmo =D

Pada hari terakhir bersama, mcm2 permainan mmg telah kami aturkan buat adik. Majoriti adik2 ini berasal daripada kelantan dan perak. Boleh la belajar loghat bahasa kelantan & perak. bertuah adik2 =)

Gambar dibawah ini, gambar adik2 bersama facy =D Sayang sangat nk tinggalkan adik2, tapi apakan daya. Dimana ada pertemuan, akan ada perpisahan. Jaga diri, jaga iman dan ingat selalu pesanan mak ayah. InsyaALLAH kita akan bertemu lagi MPPB PST 2009. Semoga dapat melepasi tahap yang pertama untuk melangkah ke tahun kedua. SELAMAT MENGHARUNGI LIKU2 HIDUP DI MATRIKULASI~

SEMOGA BERJAYA. MA'AT TAUFIQ WAN NAJJAH BUAT ADIK2 KMM214!

Wahai manusia! Sesungguhnya Engkau berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) Dengan sedaya upayamu hinggalah kembali kepada Tuhanmu, kemudian Engkau tetap menemui balasan apa Yang Engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
(Surah Al-Insyiqaaq : 6)

Monday, June 23, 2008

Kata Imam Al-Ghazali I

Kebahagiaan akhirat merupakan kekekalan yang tidak bertepi,
Kenikmatan tanpa kesengsaraan,
Kebahagiaan tanpa kesedihan,
Kecukupan tanpa kekurangan,
Kesempurnaan tanpa kecacatan,
Kemuliaan tanpa kehinaan.

Kebahagiaan akhirat tidak pernah berkurang,
Tidak dipengaruhi masa dan zaman,
Bahkan,
Seandainya dunia ini dipenuhi mutiara,
Maka berkurang ia jika disambar burung satu persatu selama seribu tahun,
Sementara kekekalan yang sejati,
Tidak berkurang oleh keberadaannya.

Ayuh kita mengejar kehidupan akhirat yang kelak lebih membahagiakan, insya-ALLAH didalam syurga yang kekal abadi. Sedangkan cintakan mati itu lebih mulia daripada idamkan kehidupan sempurna didunia. Kesusahan dan kesenangan merupakan ujian dariNYA yang melambangkan kasih dan sayangNYA yang tidak pernah berbelah bahagi terhadap hambaNYA. Lebih indah lagi akhirat sana sekiranya ganjaran syurga yang hakiki, tambahan pula dengan dunia yang dihiasi dengan seruan syiar Islam yang harmoni. Kan lebih indah..Mampukah umat Islam mengecapi kegemilangan dahulu kala? YA! BOLEH jika diusahakan. Jika itu yang dinawaitukan.


Surah Al-Anbiyaa' : 35
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan kebsusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan.


Waallahua'alam~~(@)

Di kesempatan ini, saya ingin merafa'kan seinfiniti kesyukuran kepada Yang Maha Esa diatas segala nikmat, ujian, dugaan yang telah dikurniakan kepada insan bergelar manusia ini yang diuliti dengan kelemahan yang membawa kepada kerendahan hati, Insya-ALLAH. Juga kerana telah mengurniakan rakan2 dan teman2 yang banyak memberi semangat dan dorongan sama ada yang baru mengenali atau sudah lama mengenali diri ini. TERIMA KASIH SEMUA ATAS SEGALA BANTUAN YANG KALIAN HULURKAN. InsyaALLAH saya tidak akan lupakan. Moga ukhwah terus terjalin dan tiada pemutusnya. Uhibbukum fillah wa lillah jiddan2~ Buat rakan2 sekalian :

Insya-ALLAH berangkat saya ke RMCP-UniKL pada 6 Julai..tempoh pengajian 5 tahun, Insya-ALLAH. Doakan ilmu yang kita pelajari mendapat keberkatan daripadaNYA. Moga impian dan matlamat akan terlaksana, InsyaALLAH. Ya ALLAH permudahkanlah urusan hambaMU ini menuju redhaMU~

Ma'at taufiq wan najjah buat semua! Ilalliqa'~~(@)

MD or MBBS ??

Assalamualaikum

Maklumat ini sebagai penambah pengetahuan sedia ada, insyaALLAH. Harap dapat dimanfaatkan bersama. Entry MPPB PDT 2008, insyaALLAH akan di post kemudian. Gambar blum upload lagi. MD or MBBS?? MD stand 4 Doctor of Medicine manakala MBBS stand 4 Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery. Di sini ada sedikit maklumat mngenainya.



Sumber : Wikipedia.org

Doctor of Medicine (M.D. or MD, from the
Latin Medicinae Doctor meaning "Teacher of Medicine,") is a doctoral degree for physicians.

How the term MD is applied varies between countries - it is a first professional degree in some countries, for example in the USA and Canada, while in some countries it is a higher doctoral academic research degree resembling a PhD, for example in the United Kingdom and Australia. In the UK and countries following the British model, the equivalent for professional purposes of the American MD degree is the MBChB or MBBS ("Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery")

Sunday, June 22, 2008

UNIMAS vs RMCP-UniKL

Assalamualaikum

Lama dah meninggalkan blog ni. Ada hampir seminggu. Akhirnya ku menjejakkan kaki ke rumah semula selepas seminggu berada di KMPk bagi mengurus Minggu Pengurusan Pelajar Baru PDT 2008. Adik2 mmg best..lebih2 lagi KMM214 =) Adik akmal, akram, hanif, naim, wajdi, faiz, ain, syue, yasmin, hajar dan hani. SEMOGA BERJAYA menghadapi liku2 hidup di matrik yang semestinya mncabar. Best of luck! Penulisan bagi MPPB PDT 2008 akan dikeluarkan kemudian setelah gambar2 telah di edit. Alhamdulillah selain melayan kerenah adik2 di matrik, ada dua berita gembira diterima.

Pada 17 Jun 2008 - Menerima panggilan daripada pihak RCMP-UniKL. Pemberitahuan kejayaan temuduga yang telah dihadiri sebelum ini. Alhamdulillah~

Universiti : Royal Medicine College of Perak - University of Kuala Lumpur
Kursus : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS)


Pada 18 Jun 2008 - Result UPU muncul jua akhirnya. Selama sebulan lebih menunggu.

Universiti : Universiti Malaysia Sarawak
Kursus : Doctor of Medicine (MD)


Pada mulanya, mmg agak dalam dilema. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Dua2 ada kelebihan masing. Selepas 2, 3 hari berfikir, akhirnya keputusan dibuat. UniKL menjadi pilihan atas sebab2 yang telah dikenal pasti. Ramai kwn bkata, "UniKL kan IPTS..mahal!" Bagi diri ini, IPTS or IPTA semua sama. Mengenai duit, ilmu itu lebih berharga dan lagi satu, family is my priority. 5tahun? Lebih molek kiranya amal berdekatan dgn mama amal, selepas pemergian babah, alhamdulillah amal lebih banyak memahami. It's da time! Tugas anak terhadap ibunya.

UniKL, wait for me! SELAMAT MENJEJAKKAN KAKI KE U buat semua rakan2 samada lepasan matrik ataupun tidak. Menuntut ilmu itu satu kewajipan dan tiada nilai tandingnya. Carilah ilmu walau dimana kalian berada. Ilmu itu bukan sahaja berada di IPT atau sekolah2 tetapi ada dimana2 sahaja. Sambil duduk2 pun kita boleh peroleh ilmu. Betul ke? Ya, asalkan kita rajin berfikir. Sesungguhnya, berfikir sesaat itu lebih baik daripada solat sunat sepanjang malam. Waallahua'lam~


"YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBAMU INI"

Wednesday, June 11, 2008

Hati-hati..Wahai Umat Muhammad!

Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. To prove it, boleh layari laman web ni http://www.carlsberg.com.my/products/jolly.htm

Maklumat daripada Asyuhada Nordin. Syukran'alaik.

Daripada laman web berkenaan..energetic & youthful looking?? Is't? Mybe this msg is dedicate to non-muslim. Look trendy? Kandungan alkohol kurang drpd 1%? Tiada maknanya, kalau minum bertin2, content pun btambah..Also ONLY for non-muslim..MATLAMAT TIDAK SESEKALI MENGHALALKAN CARA. Think..think and think before you do something. See..see and see. Read the ingredient first k. Keep your eyes ON!



Waallahua'alam~~(@)

Interview RMCP-UniKL qo_op

Assalamualaikum~~(@)

Alhamdulillah akhirnya berakhirnya temuduga tu. Now, juz wait 4 da result..I had applied many course around biology field including medic..Moga dipermudahkan urusan menuju redhaNya, InsyaALLAH~ Jam 5 pagi tadi berangkatlah kami ke RMCP-UniKL at Perak. Sampai di Perak kul 8 pagi. Awal lagi! Butterfly get into my stomach..Al-maklumlah this is my second time to be interviewed (x byk pngalaman lg, mgkin inilah masanya to gain experience, insyaALLAH) First time with mara (not really prepared..juz a lil bit) Tawakkaltu 'ala ALLAH kerana Dia jua yang mengetahui segala yang terbaik buat kita.

Angka giliran : Room 9, no 5 =) remember it forever! There's 3 to 1 interview..quite tough, like wanna test me. Introduce myself? hm, no need..huu~ lega satu hal..tapi ada lagi banyak hal =) hnya mampu tsenyum. Interviewer tu terdiri daripada 2 chinese (man & woman) and 1 indian man (mybe the indian is da leader in that room) Ni antara soalan2nya :

Q1 : Where are you come from?
Q2 : Are you also born there?
Q3 : How's your life at matriculation?
Q4 : What's your favourite subject?
Q5 : Why you wanna be a doc?
Q6 : Do you know about cardiac disease? What's it?
Q7 : What's your opinion about smoking?
Q8 : Why you wanna be a oncologist? Is't mean to you?
Q9 : You said that Dr. Jemilah Mahmood inspire you to do the voluntary work. What work you had done before this?
Q10 : What countary need the voluntary service that you know?
Q11 :...............................Q12...Q13...~

Agak banyak soalan kena tnya tp soalan Q6 tu mmg 'blank'..huu~ x dapat nk bfikir..what the causes..main redah nnt, payah pulak. Mybe the indian interviewer is a cardiologist. Misi 10 thn pun terkeluar sekali. Mmg friendly..mula seram sejuk juga =D

The important thing is..bacalah surat khabar! huu~ Banyak soalan general knowledge..byk betul soalan..mcm bborak2 pulak. Lastly, this is the time for me to ask : As we all know, Malaysia had sent many student to overC study but still we had a problem. Still had not enough doc? What's your opinion? Jwpn mereka biarlah rahsia. Nak tahu tanya mereka..Pendapat kami berbeza =) but still in da same field. Skrg, berserah segalanya pada ALLAH. Inilah usahaku..pengorbanan keluargaku, Moga ditunjukkan jalan yang haq. DaripadaNya, hanyalah yang terbaik. Tak boleh di sangkal lagi. Sedangkan kita hambaNya hanya mampu berusaha, berdoa dan seterusnya bertawakkal. Sesungguhnya, tawakkal itu indah. Semoga matlamat, impianku 10 tahun akan datang akan terlaksana dengan izinNya. Jadilah seperti biji benih yang apabila dicampakkan ke laut menjadi pulau, dibuang ke daratan menjadi gunung. credit to cikgu shehdi KMPk..lecturer kimia yang best!

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

Friday, June 6, 2008

Interview Dunia 6_6

Assalamualaikum~

InsyaALLAH rabu depan ada interview dekat RCMP UniKL Perak..Perak lagi? Nampaknya, Perak ni mcm dh sebati dalam hidup. Sebelum ni, nak jenguk Perak pun setahun sekali je =) InsyaALLAH, do the best! Ada rezeki x kemana tapi ingat! perlu ada usaha, doa..at last, tawakkaltu a'la ALLAH. InsyaALLAH jumaatnya pula akan berangkat kembali ke Kolej Matrikulasi Perak - KMPk utk Majlis Pengurusan Pelajar PDT. Perak lagi? Hee~

Interview selalu soalannya leh dijangka dan mungkin tidak. Dah pernah kena interview ke? Saya ni kali ke-2. Tak berpengalaman sangat..Ada sahabat tu, mmg dah banyak kali interview. Banyak pengalaman dia dapat. Mantap! Takpe..start from the ground floor. Interview? Mesti ade introduction, why..why..and why? If..if..and if? Abaikan taknak cerita ttg ni sangat. Just prepare for da next wednesday~

Tapi kan, itu baru interview dunia. Alam barzakh? Di sana kelak? Sure ada juga..dan kalian pasti dah tau semua soalan tu dan jawapannya kan? Tapi adakah mampu kita menjawabnya ketika malaikat munkar dan nakir mengajukan soalan-soalan? Siapa tuhan kamu? Apa agama kamu? Apa ikutan kamu? Siapa saudara kamu? Cuma amalan yang akan menentukan. Baik amalan, Masya-ALLAH! mudahlah kita di akhirat kelak, insyaALLAH~ Ingat-ingatlah selalu siapa kita di dunia ini. Mari bersama-sama kita istiqamah dalam zikrullah!


Monday, June 2, 2008

Kita Bakal Menyusul (",)

Innalillah wa inna ilahi rajiuun~

Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah Pak Anjang. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di IJN pada kira-kira jam 1.30pm hari ini, 2 Jun 2008. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh, InsyaALLAH. Mak Cik Yah, Kak Nawwar, Kak Sakinah, dan lain2 diharapkan tabahkan hati. Sesungguhnya daripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

Salam Takziah juga buat Pak Uda atas pemergian Mak Uda minggu lepas. Moga ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan teguh imannya terhadap ALLAH. Kesabaran diuji, kerana di sana jualah letakkan kelunakkan hati hambaNya yang akan lebih akrab denganNya, InsyaALLAH.

Di kesempatan ini juga, Salam Takziah buat keluarga Mak Long atas pemergian Pak Long pada awal Januari 2008. Moga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang2 yang beriman kepadaNya, InsyaALLAH. Sesungguhnya kita jua akan kembali kepadaNya, cuma masa yang tidak diketahui bila. Lebih indah apabila cinta mati daripada cintakan dunia.

"Kita bakal menyusul, bersediakah kita?"

Pemberitahuan. Email utama amal telah bertukar ke amalathirah@yahoo.com. Sesiapa yang nak add amal ke dalam YM kalian. Gunalah ID ini : amalathirah. Email lama masih digunakan tetapi bukan untuk YM dan bukan lagi yang utama. Make a revolution..mybe =)

Ingatkan mati ini kadangkala menghidupkan jiwa yang gersang. Membuatkan kita lebih mengenal Pencipta kita Yang Maha Berkuasa. Menambah azam dan tekad bagi menempuh saki-baki hidup ini untuk berbakti pada agama, tidak dilupakan kedua ibu bapa walaupun babah dah tiada lagi tapi pasti dia sentiasa ada di hati (dekat di hati..) Mission still incompleted..So, need to push harder! Push..push..push..InsyaALLAH, I'l do my very best! Ya ALLAH, permudahkanlah urusan dan jalan kami menuju redhaMu, kejayaan di dunia dan akhirat~

Waallahua'lam ~~(@)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates