Insya Allah moga kita dapat bersama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun 2012 ini bersamaan 1433H. Namun begitu, apabila kita sebut perihal PUASA, sudah pasti RAYA juga menjadi perbualan hangat.
'RAYA tahun ni nak pakai baju warna apa?'
'RAYA tahun ni nak beli atau buat sendiri kuih raya?'
Antara soalan yang popular,
'RAYA tahun ni nak beraya di mana?'
Antara soalan hangat bagi pelajar luar negara,
'RAYA tahun ni nak balik beraya bersama keluarga atau beraya di perantauan?'
'RAYA tahun ni agak-agak tiket mahal tak?'
Sehingga terlupa untuk mempersiapkan diri untuk menjalani ibadah puasa, mempersiapkan diri untuk dididik dan menjadi insan yang terdidik, di mana didikan Ramadhan itu bukan sekadar dalam masa sebulan sahaja tetapi berlanjutan ke bulan-bulan seterusnya. JOM ISTIQAMAH!
Fenomena Ramadhan :)
Dalam bulan-bulan lain,
'Subuh habis pukul berapa ye?'
Maka Subuh itu dilambat-lambatkan,
Sehingga ada istilah 'Subuh Gajah'.
Dalam bulan Ramadhan,
'Subuh masuk pukul berapa ye?'
Mahu lambat-lambatkan sahur katanya,
Namun kadangkala tertidur juga selepas sahur.
Dalam bulan-bulan lain,
Beli makan petang, cukup nasi berlauk dan air,
Makan juga cukup-cukup sahaja.
Dalam bulan Ramadhan,
Beli makanan berbuka, bermacam jenis lauk,
Siap dengan kuih-muih, kek, rojak dan sebagainya,
Tetapi selepas berbuka...erk!
Maka berlaku pembaziran.
Pelbagai azam dan matlamat jangka pendek serta panjang dirangka agar Ramadhan kali ini tidak sia-sia. Diisi sepenuhnya dengan amalan-amalan yang mendekatkan hambaNya kepada Pencipta yang menguasai segala apa yang ada di antara langit dan bumi.
Bulan Ramadhan,
Ramai berpusu-pusu beli kurma,
Tidak kurang juga yang beli telekung baru,
Tidak kurang juga yang beli kopiah, songkok baru,
Meriah Ramadhan kali ini!
Bulan Ramadhan,
Ramai berpusu-pusu ke masjid untuk solat tarawikh,
Tidak kurang juga yang berazam untuk baca al-Quran 30 juzuk,
Tidak kurang juga yang berazam untuk laksanakan amalan-amalan sunat,
Meriah Ramadhan kali ini!
Bulan Ramadhan,
Ramai berpusu-pusu memberi sumbangan sana-sini,
Tidak kurang juga yang ziarah ke rumah anak yatim dan orang-orang tua,
Tidak kurang juga yang ziarah ibu bapa di kampung untuk berbuka puasa bersama,
Meriah Ramadhan kali ini!
Lebih meriah Ramadhan kali ini jikalau amalannya dibawa ke bulan-bulan seterusnya kan?
JOM ISTIQAMAH!
Jika fenomena sebelum ini negatif, namun itu adalah sebagai pembuka mata supaya kita melihat semula diri kita, muhasabah diri kita di mana jasad dan ruh yang sebelum ini kita abaikan mengikut acuan dunia. Ya, manusia itu yang sering menzalimi diri mereka sendiri.
JOM ISTIQAMAH dengan amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan ini! :)
JOM kita jadikan fenomena Ramadhan ini suatu fenomena umat Islam akhir zaman yang AWESOME!
Insya Allah, tidak mustahil kan?
Apa jua fenomena dalam bulan Ramadhan ini, perlu kita sedar bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan tarbiyyah yang sangat-sangat istimewa. Segala peluang, ganjaran berlipat kali ganda perlu kita rebut. Insya Allah peluang itu sentiasa ada, cuma kita pilih, NAK ke TAK NAK?
Persiapkan diri untuk berlapang dada ditarbiyyah oleh Ramadhan,
Juga ISTIQAMAH dalam pentarbiyyahan.
26/7/2012 Isinya sama dengan satu blog rasmi ni, kerana sama penulis. Maka tidak salah untuk sebarkannya :)
Jalani Ramadhan sebaiknya! :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment