Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Diberi kesihatan yang baik untuk terus memberi dan merasai nikmat memberi. Juga berlapang dada untuk menerima pemberian orang lain yang turut memberi. Menarik kan? Semua saling melengkapi antara satu sama lain.
Alhamdulillah sudah 2 minggu lebih di Sibu dengan pelbagai pengalaman yang juga merupakan pengajaran buat diri untuk menjadi insan yang sedar dan tidak leka ataupun lena. Pengajaran supaya lebih bersyukur dan memanjatkan kesyukuran hanya padaNya dalam segala hal. Insya Allah.
Di rumah itu,
Anak-anak kecil berlari ke sana-sini tidak berkasut,
Anak-anak kecil bermain bola di padang berlumpur,
Anak-anak kecil mampu berjalan jauh tanpa mengeluh.
Di rumah kita,
Anak-anak kecil sudah mula duduk menghadap laptop dan computer,
Anak-anak kecil bermain game perisian telefon mudah alih,
Anak-anak kecil dibawa menaiki kereta walaupun dekat,
Membuatkan mereka lelah berjalan walaupun selangkah.
Di rumah itu,
Mereka terima segalanya seadanya,
Kekurangan tidak dirasai sebagai suatu yang membebankan,
Mereka kental dalam luar!
Di rumah kita,
Mengeluh tidak kira masa dengan segala kekurangan,
Kekurangan dianggap suatu yang sangat membebankan jiwa raga,
Kita mula layu sebelum tiba masanya!
Tingkatkan SYUKUR, lunturkan EGO!
JOM jadi insan hebat luar dalam, kental jasmani dan rohaninya.
Insya Allah.
***************
Islam itu hikmah.
Islam itu cara hidup yang praktikal dan universal.
Rumah panjang. Moden kan?
Alhamdulillah ke rumah panjang hari ini dengan rasa tenang dan berazam untuk memperbaiki yang selama ini banyak lubang sana-sini.
Sebelum ini,
Tangan dihulur, tangan ini menyambut dalam paksaan,
Tangan tidak berlapik menjadikan diri rasa bersalah,
Bukan bersalah pada diri, tetapi kepada Allah!
Hari ini,
Insya Allah mampu melapik tangan dengan tudung,
Setelah pencarian sarung tangan menemui jalan buntu,
Alhamdulillah kian dipermudahkan.
Tidaklah rasa seperti alien rupanya :)
Rasa lebih tenang!
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
***************
Alhamdulillah solat di rumah panjang ini, Tuai Rumah sangat berbesar hati memberi kami ruang solat di dalam rumahnya. Alhamdulillah. Terima kasih!
Keluar daripada ruang solat, alamak!
Tuak sudah tersedia terhidang di dalam satu bulatan. Isteri Tuai Rumah menjemput dengan mesra untuk minum bersama, “Mari minum tuak…”
“Kami tidak minum tuak…” mulut tersenyum memanjang menolak pelawaan. Alhamdulillah mereka faham. Hikmah senyuman, hadiah kepada kebaikan mereka yang sudi memberikan kerjasama dalam soal selidik bagi kajian kami di rumah-rumah panjang.
Terima kasih ya Allah atas kemudahan ini! Alhamdulillah!
Sempat beramah mesra, belajar bahasa iban :)
Kenangan!
“Udah makai empai?” (Sudah makan belum?)
“Bertamu baru” (Jumpa lagi)
“Nama berita?” (Apa khabar?)
“Ndak nemu aku” (Aku tak tahu)
“Dini kampong nuan?” (Kampung dimana kamu?)
Bahasa melayu Sarawak pun belum lagi dikuasai, inikan pula bahasa Iban. Maka bercampur baurlah bahasa melayu Sarawak dan Iban. Geli hati penduduk rumah panjang mendengar kami bercakap dengan bahasa Iban. Memang luar biasa!
Luar biasa pelik bunyinya! :D
Tak salah belajar kan? Belajar benda baru. Alhamdulillah. Moga Allah teruskan memudahkan perjalanan ini. Insya Allah.
Muhasabah 24 hours :)
Insya Allah.
K.A.M.I yang keletihan :)
Seronok bila dapat pegang kamera :D
5/7/2012 Sudah dalam bulan ke-4, Alhamdulillah. Allahu yusahhil, 1234 :)
Tulis-tulis, lama-lama jadi panjang. Catatan biar diri selalu beringat, hidup ini banyak hala, bukan SATU HALA. Maka pilihlah hala yang punya redha Allah.
Kita ada Islam, pertahankan seadanya.
Kekalkan keindahannya, Insya Allah.
0 Buah fikiran:
Post a Comment