Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, June 7, 2012

Terbang

 

Bakal terbang semula. 

Wahai diri,
Sentiasa perbaiki niat walau dimana dikau berada,
Sentiasa sedar akan amanah dan tanggungjawab yang dipikul setiap masa,
Sentiasa bergerak ke arah matlamat tanpa putus asa.

Wahai diri,
Hidup ini tidak selamanya suram, tidak selamanya indah.
Hidup ini bukan selamanya di dunia, tetapi akhirat yang kekal menanti di sana,
Hidup ini adalah sebuah perjalanan, kitalah musafirnya.

Wahai diri,
Insan-insan menanti kepulangan sebuah kejayaan,
Kejayaan menjadi insan yang kenal Tuhan,
Kejayaan yang tidak membawa alpa, sebaliknya kesyukuran,
Kejayaan yang membawa diri dekat, bukan menjauh dariNya.

Wahai diri,
Ingat akan kekerdilanmu,
Ingat siapa dirimu,
Ingat siapa penciptamu.

Wahai diri,
Selamat terbang ke sana :)

Insya Allah mohon doa sahabat-sahabat untuk kejayaan bersama. Insya Allah sama-sama berazam untuk membina generasi rabbani yang tinggi dengan kesyukuran dan rendah hati sebagai hambaNya. Insya Allah. Insan yang menulis ini bukanlah siapa-siapa, melainkan hambaNya jua yang masih belajar peroleh hidup yang punya redhaNya. Insya Allah.

Sama-sama kita usahakan.
Insya Allah.

Waallahu'alam.

7/6/2012 3 hari lagi sebelum terbang :)

Mohon doa semua. Insya Allah, bakal terbang balik raya nanti :)
Planning on going. Allahu yusahhil.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates