Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, June 15, 2012

Forward

Looking FORWARD
doesn't means
there's no need to look BACKWARD

Alhamdulillah. Setelah sekian lama meninggalkan laman ini menyepi tanpa sebarang penulisan, kini kembali menulis. Setelah 6 tahun lebih menulis, moga lebih banyak manfaat berbanding hanya coretan yang tidak punya makna.

Mata. Mata fungsinya untuk melihat, memandang, memerhati. Pancaindea yang unik dan anugerah yang Maha Hebat daripadaNya. Tetapi bukanlah perihal mata itu yang hendak diperkatakan.

Melihat ke hadapan.
Apa kita nampak?
Kita akan lihat apa yang kita mahu lihat bukan?

Masa hadapan.
Dapat kita lihat?
Itu adalah diluar kuasa kita.
Sesungguhnya hanya Dia Maha Tahu apa yang bakal kita lalui.
Yang akan kita tempuh, hanya Dia yang tahu.

Kenapa?
Kerana Dia yang aturkan semua.

Apabila berkata, "Kita perlulah melihat ke hadapan untuk lebih maju."

Apabila berkata, "Kita perlulah pandang terus ke hadapan untuk berjaya."


Betul!
Kita akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Ada kah mundur maju ke belakang?
Tidak ada kan.

Namun!

Lihatlah ke hadapan untuk MAJU,
Tetapi,
Jangan lupa untuk lihat ke belakang,
Untuk timbulkan rasa SYUKUR.


Lihatlah ke atas untuk KEJAR KEJAYAAN,
Tetapi,
Jangan lupa untuk lihat ke bawah,
Untuk timbulkan rasa KEHAMBAAN.


Bagaimana tu?

Apabila kita lihat ke hadapan dan ke atas, kita akan nampak orang-orang yang hebat,jauh lebih baik daripada kita, jauh lebih cemerlang daripada kita. Sehingga timbul rasa mahu bersaing, pastinya secara sihat. Insya Allah. Kita akan berusaha untuk perbaiki diri, untuk menjadi insan yang lebih baik, dan berguna untuk agama khasnya.

Namun, terlalu lama memandang ke hadapan dan atas akan buat kita SAKIT KEPALA kan. Akan buat kita lalai dan lupa. Sehingga lupa tempat pergantungan yang sepatutnya, iaitu 100% kepada Allah.

Sekali sekala, tolehlah ke belakang dan tunduklah ke bawah untuk terbitkan rasa SYUKUR dan KEHAMBAAN. Apabila kita toleh ke belakang, kita akan nampak masa silam kita, masa untuk muhasabah siapa diri kita, daripada masa asal kita. Maka, moga-moga timbullah rasa KEHAMBAAN. Apabila kita pandang ke bawah, kita akan nampak insan-insan yang susah hidupnya, insan-insan yang tabah hadapi liku hidup yang punya banyak rintangan. Maka timbullah rasa SYUKUR.

Ya, BERSYUKURLAH, kita sebenarnya tidak susah,
Cuma kita diuji sedikit untuk tahu rasa CUKUP.



Rindu dengan wajah-wajah ceria ni. Awesome, pergh!

Jom tingkatkan SYUKUR!
Kurangkan EGO!

:)

Awesome kan? [Penangan MPPB ni]
Jom muhasabah diri, siapa tidak mahu jadi baik kan.
Tidak pernah wujud istilah 'terlambat'.
Insya Allah.

Waallahu'alam.

14/6/2012 Alhamdulillah. Selepas lebih dari 5 tahun, akhirnya...

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates