Baca-baca blog.
Semasa membaca blog Dr Muna, isteri kepada Ustaz Hazrizal, terdetik pula kerisauan kecil dalam diri. Bagi diri, kerjaya sebagai seorang Dr bukan mudah untuk difahami kerana amanah ini lebih mudah difahami oleh mereka yang berada dalam bidang yang sama.
Ini sedutan blog beliau,
Sesungguhnya inilah berita yang paling gembira dan bahagia buat kami sekeluarga pada tahun 2011 ini.
Tiada lagi pengabaian suami dan anak-anak.Klik sini untuk baca full entry.
Tiada lagi homework anak-anak yang tidak dilihat.
Tiada lagi kesedihan…
Dan pada Sabtu tanggal 24 September 2011, saya dengan rasminya menerima ijazah Sarjana Perubatan Kecemasan atau Masters in Emergency Medicine (MEmMed) daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz selaku Canselor UKM.
Walaupun masih belum berumah tangga, namun mungkin perlu difikirkan cara untuk atasi 'pengabaian' ini secara total sebagai langkah persediaan. Langkah Dr Muna adalah dengan melanjutkan dalam bidang Master, kerana dengan itu Insya Allah beliau punya lebih masa bersama keluarga.
Cabaran memberi kefahaman.
Cabaran dalam persediaan.
Cabaran demi redha dan kualiti.
Insya Allah.
Apa jua keadaan, kembalilah kepada Allah dalam setiap urusan. Allah sudah aturkan semua, tinggal masukkan nilai usaha, doa dan tawakkal untuk merasai hasil aturanNya itu. Insya Allah manis! Jangan sesekali meletakkan harapan itu pada usaha kita.
"Aku dah usaha dah..."
Takut-takut nanti, kita lupa Pemberi Rezeki yang Maha Kuasa. Kita usahakan sahaja, outcome nya itu hanya dengan izin Allah. Hanya dengan izin Allah.
"Ketika dua golongan dari pihak kamu ingin mundur kerana takut, padahal Allah adalah Penolong mereka. Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal." [3:122]
Maka, tidak perlu risau. Persediaan bermula dengan niat keranaNya jua, andaikata niat kerana ingin berbaitul muslim semata-mata, itu hanyalah sia-sia. Mungkin juga ia tidak kekal lama. Anggap ia suatu cabaran yang sihat, dapat kita dekat-dekat denganNya. Insya Allah.
Jangan bermimpi untuk peroleh cinta manusia sekiranya cinta Allah dan Rasul itu terabai.
Jangan bermimpi untuk mencintai manusia sekiranya cinta Allah dan Rasul masih belum digapai.
Susah kan?
Sebab itu perlu ada usaha, doa dan tawakkal.
Insya Allah.
Siapa pun kita, bidang apa pun yang kita ceburi. Kita masih bergelar manusia yang punya Pencipta. So, sila berpijak di bumi yang nyata. Hidup di dunia ini bukan mimpi, tetapi ia serupa mimpi iaitu punya pengakhiran dan singkat. Maka, kerisauan tentang amalan perlu diutamakan. Perihal tangungjawab dan amanah selepas pernikahan itu, mohon padaNya untuk dipermudahkan, Allah sentiasa ada cara!
Insya Allah.
Kematian itu punyai nilai peringatan yang sangat baik.
Bila ingat mati, kita lupa agenda hidup kita yang lain.
Jadi lebih fokus, Insya Allah.
Menulis untuk diri,
Moga punya manfaat pada yang lain.
Matlamat hidup itu SATU!
Insya Allah.
:)
Waallhu'alam.
16/5/2012 Minggu hadapan ke Sibu! :) Bakal jumpa wajah-wajah ceria!
34 days..countdown! Ramadhan, kena buat list ni.
Moga baik-baik sahaja di sana, Insya Allah. Planning on going :)
4 Buah fikiran:
bila plak amal nk ke bintulu??;-)
Insya Allah bakal ke sana andai berkesempatan dengan izinNya :)
semoga perjalanan adik akak dipermudahkan..insyAllah...
Insya Allah kak :)
Perjalanan masih jauh ni..doakan sama-sama ye
Post a Comment