Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, June 6, 2012

Amanah

 

Amanah dan tanggungjawab. Setiap daripada kita punya amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, tidak kira kecil mahupun besar. Itu adalah apa yang kita akan usahakan. Tidak kira susah atau senang, jika itu adalah amanah, jangan sesekali ia dibiarkan terabai. Jika itu adalah tanggungjawab, jangan sesekali kita hanya pandang mudah.

Amanah dan tanggungjawab.

Salah satu tarbiyyah daripada Allah jua. Kerana apa? Kerana amanah dan tanggungjawab itu sebenarnya datang daripada Allah, bukan direct daripada manusia atau makhluk Allah yang lain.

Jangan dilihat jawatan itu daripada sudut kedudukannya tetapi lihatlah pada amanah dan tanggungjawab yang ada pada jawatan itu. Nescaya akan kecut hati apabila ada rasa tanggungjawab dalam diri dan mencari jalan bagaimana ingin dilaksanakan tanggungjawab tersebut.

Tahniah dan takziah!

Moga dengan itu kita lebih waspada dan tidak leka dengan apa yang kita ada. Sebaliknya hadirkan rasa rendah diri kerana banyak lagi perkara yang perlu kita pelajari sebagai hambaNya. Ilmu Allah itu Maha Luas, ambillah peluang untuk kita kutip mutiara-mutiara di atas mua bumi ini untuk kita persembahkan di alam sana kelak. Insya Allah.

Amanah bakal bertambah. Namun, jangan kita lupa amanah Allah kepada kita, yang telah kita pikul sejak lahir lagi, malah sejak di alam rahim. Amanah untuk mengabdikan diri kepadaNya dan memelihara agama ini sebaiknya. Insya Allah. Berat bukan?

Rasa tidak mampu, tetapi percayalah manusia itu punyai kudrat daripadaNya untuk menjadi mampu. Insya Allah. Rasa berat, mungkin perlu ditukar sudut pandangan itu ke arah yang lebih positif untuk rasa senang dengan memberi, berkhidmat demi agama. Insya Allah.

Setelah lama tidak menulis, kini menulis soal amanah dan tanggungjawab. Ia tidak lain hanyalah untuk memperingatkan diri supaya sedar dan lebih fokus pada apa yang diusahakan. Insya Allah. Belajar tetap menjadi fokus utama, kerana apa? Kerana nilai ilmu itu yang tiada tandingannya, kerana dengan ilmu itu juga kita selalu beringat bahawa kita punya Pencipta yang Maha Kuasa.

Kuasa yang meliputi langit dan bumi!
SubhanAllah.

Betullah kata As-syahid Imam Hasan Al-Banna bahawa, "Tanggungjawab itu melebihi masa yang ada"

As-syahid Imam Hasan Al-Banna juga pernah menyatakan ada empat asas penting, lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa, iaitu;
  1. Keimanan
  2. Keikhlasan
  3. Semangat 
  4. Usaha
Asas keimanan ialah hati yang bersih. 
Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci. 
Asas semangat ialah keinginan yang kuat. 
Asas usaha ialah keazaman yang membara. 
Bersama kita sedar akan amanah dan tanggungjawab.

Bersama muhasabah diri!
Masih belum terlambat, kerana 'sudah terlambat' itu hanya ada tanda putus asa yang sia-sia.

Waallahu'alam.

6/6/13 Insya Allah moga hari-hari mendatang dipermudahkan.

Azra Imani :) moga jadi anak solehah ya.

Saifullah :) moga jadi anak soleh ya.

Insya Allah. Alhamdulillah selangkah lagi ke hadapan mengejar impian dalam redha Allah.
:)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates