Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, April 22, 2008

Kembali hari ini~

Assalamualaikum..

Akhirnya sempat juga tangan ni utk menaip entry dkt sini. Lama dah x update & upgrade blog nih. Sekarang, inilah masanya..he3 (semangat nih..) tapi takdelah sehebat mana nk upgrade blog ni. Matriks baru shj ditamatkan pada 18/4/2007..(masa ni birthday kawan..hu3, sempat la jugak wish) Now, full-time dkt rumah. Plan?? Tengah susun atur lagi. Rasa macam nak cerita tentang 'SETAHUN DI MATRIKULASI PERAK' tapi rasanya bukan sekarang. Nantikan entry akan datang. Teringin nak kongsi suasana dkt matriks, suka dan suka dekat sana =D

Hari ni, cadang nak sambung kemas bilik. Tak abih2 lagi sejak sabtu haritu..he3. Sabtu ni nak hangout dengan kawan2 lama (haliza, zati, mcdah, hazy, shafini, izyan......) InsyaALLAH jika tiada halangan..Nak gi mana? =) in process...rancangan seharian bersama. InsyaALLAH, sahabat2 lain yang nk join, bgthu ya.

Hari tu..bila? tak ingat la..termenung dekat, tak jauh pun..tengok belon yang saya dapat sms PROGRAM TAUTAN HATI..Hari berganti hari, belon tu semakin mengecut, makin kecik. Pastu, terfikirlah satu perkara :

"Cuba kita ibaratkan belon itu sebagai iman kita. Jika kita tidak tambah angin kedalam belon tu, nescaya belon itu akan mengecut dan terus mengecut. Itulah diibaratkan iman, jika kita tidak tambah dari sehari ke sehari dengan ibadah dan amal kebajikan, nescaya iman kita turut mengecut seperti belon tu" (juz pendapat peribadi, everybody has their own opinion..try 2 think bout it)

Iman manusia seperti kita2 ni x serupa seperti iman para anbiya' dan para malaikat. Iman para anbiya' sentiasa meningkat, taat dengan segala perintah ALLAH, pemilik mutlak alam semesta. Sedar atau tidak iman kita sentiasa turun naik. Maka sentiasalah kita awasi gerak geri kita, moga hari2 ini dapat mendekatkan kita dengan pencipta. InsyaALLAH.

Semua datang dari hati kita. Jika bersih, maka eloklah kelakuan dan begitulah sebaliknya. Jagalah hati kalian agar tidak mudah dipengaruhi perkara-perkara yang tidak sepatutnya. HATI(nafsu) ibarat nakhoda yang mengawal gerak geri anak kapalnya(anggota). Jika kuat hati itu, maka kuatlah kecenderungannya(tend to do sumthing increasing....hu3) but when anak kapalnya lemah, maka nakhoda tidak dapat berbuat apa2. Arahan takde makna! Yes! orang bawahan menang! (paham x nih..cam mengarut eh) Anak kapal(anggota) boleh dilemahkan dengan berpuasa. Peraya ke tak?? Sesungguhnya dengan berpuasa itu dapat mengalahkan hawa nafsu. Cuba dulu baru tahu! =)

Disini ada nasihat imam al-ghazali perihal pintu-pintu yang mendorong syaitan masuk ke dalam hati:
  • Pintu marah dan syahwat.
  • Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
  • Kekenyangan makanan.
  • Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
  • Keinginan mengampu.
  • Gopoh dan tidk menyelidiki terlebih dahulu.
  • Harta dan wang ringgit.
  • Lokek dan takutkan kemiskinan.
  • Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
  • Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan di luar aqal fikiran.
  • Sangkaan buruk sesama kaum muslimin.

sumber: Himpunan Nasihat Tokoh2 Islam Sedunia oleh Zabidi Hj. Nawawi

Waallahu'alam.

1 Buah fikiran:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Livros e Revistas, I hope you enjoy. The address is http://livros-e-revistas.blogspot.com. A hug.

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates