Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, April 26, 2008

1 Perkara O_O

Assalamualaikum..

Aktiviti best hari ni : Buat kek batik (yeye..menjadi! Kalau x, sure kene perli dgn mama) Bilik dah 80% kemas..kena tukar posisi katil plk (tarik...tolak) esok jela =)

'SOLAT itu adalah tiang agama'..tanpa tiang? runtuh? definitely..ISLAM runtuh? definitely NOT..never! ISLAM sentiasa gemilang dimata dunia..Sudahkah kalian lupa? Suatu ketika dulu ISLAM pernah takluki dunia, kuasa besar. Cuma Umat Muhammad..anda yang menentukan turun naiknya agama kita..Ya Umat Muhammad, bangkitlah, usah tunggu hari esok.



Disini ada 1 perkara, yang kadangkala menjadi persoalan dalam benak kita :

  1. Adakah lutut atau tangan yang perlu mencecah tanah terlebih dahulu semasa turun sujud?
  • Banyak pendapat mengenai perkara ini. Lain mazhab, lain pendapat. Imam Malik, Imam al-Awza'ie, Imam Ahmad dan ramai ahli hadis menyokong tangan diletakkan dahulu sebelum lutut. Berdasarkan hadis :

"Nabi S.A.W meletakkan kedua2 tangannya ke bumi sebelum dua lututnya"

(Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Dar Qutni)

  • Manakala, Imam Syafi'e dan mazhab syafi'e mengutamakan lutut dahulu sebelum tangan. Ibn Munzir berkata ia juga pandangan Umar al-Khattab, Sufyan al-Thawry, Ahmad, Ishak Rahawaih dan mazhab Hanafi.
  • Ibn Qayyim menguatkan hujahnya dengan menjelaskan bahawa unta apabila ingin turun, ia meletakkan tangannya dahulu, dan kakinya kekal berdiri dan apabila ia bangkit, ia akan bangkit dengan kakinya dahulu. Inilah yang dilarang oleh Rasulullah dan kita diperintahkan untuk menyalahi (melakukan sebaliknya..) unta tadi.

Majoriti mazhab berfatwa untuk mendahulukan lutut adalah sunah, kemudian tangan, dahi dan hidung. Apabila ingin bangkit, tangan dahulu kemudian lutut. (sumber: Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu - Dr. Wahbah Az-Zuhayli)

Waallahu'alam --(@)-- Sumber : Formula Solat Sempurna (Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates