Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, April 23, 2008

Buatmu kenalan~


Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama



Bait-bait lirik lagu ini ditujukan kepada teman-teman di KOLEJ MATRIKULASI PERAK. Walaupun hanya sedetik cuma mengenali kalian tetapi kenangan tetap tersemat diingatan. Sahabat, sudah tentunya kenangan ini akan berhenti disini, tetapi jalinan ukhwah yg terjalin akan terus berkekalan. InsyaALLAH.

Perjuangan masih belum selesai. Selalu ingatkan pada teman-teman, jangan sesekali mengalah, usah tambah keluh kesah, usah lemas dengan kelemahan yang kalian alami. Tiada siapa dapat mengubah diri kta melainkan dengan kehendak kita sendiri juga dengan izinNya. Teruskan perjuangan kita k..doakan juga misi 10tahun amal tu. InsyaALLAH, biar amal tinggalkan sesuatu di dunia ni sebelum ke dunia sana.


"Kepayahan dan kesulitan yang ALLAH turunkan kepada hamba-hambaNYA bukan untuk mematahkan semangat tetapi sebagai penyuntik iltizam dan kesungguhan yang berterusan bagi hamba-hambaNYA yang berfikir. InsyaALLAH."

"Dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang" Surah Ar-Raad:28.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates