Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, February 29, 2012

Ada Cara

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Minggu ke-2 di rumah. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik, untuk teruskan perjalanan sebuah kehidupan yang tidak kita tahu bagaimana akhirnya. Dan yang pasti, kita semua mendambakan pengakhiran yang terbaik, moga-moga persembahan kita diterima olehNya. InsyaAllah.

Sebelum ini, di Sarawak jarang-jarang tengok TV, sekarang selalu sangat! TV AlHijrah, sangat-sangat banyak manfaat yang dapat diambil daripadanya, daripada tidak tahu kepada tahu. Semua itu ilmuNya jua.

Maka tidak salah menontot televisyen andai cuba-cuba mencari manfaat daripadanya. Cari-cari, carilah!

Kita selalu berdoa, selepas solat tidak pernah tinggal untuk berdoa kerana sedar doa itu adalah senjata yang up-to-date! Melangkah keluar rumah, dalam hati berkata, 'moga-moga perjalanan selamat dan dipermudahkan'. Itu juga adalah doa! Allah jua yang punya kuasa untuk memakbulkan doa itu atau sebaliknya.

Ini perlu selalu kita ingat.
Semua yang berlaku dengan izin Allah.

Dengan ini kita dapat menjauhi berburuk sangka kepadaNya, juga kepada makhlukNya.



Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman; 'Sesiapa yang mahu berdoa kepada-Ku nescaya Aku menerima doanya. Sesiapa yang mahu meminta kepada-Ku , nescaya Aku berikan kemahuannya. Sesiapa yang mohon ampun kepada-Ku, nescaya aku mengampunkannya.'"

Bagaimana Allah memakbulkan doa kita-kita ini?
Ya! ada 3 cara!

SATU
Diperkenankan doa itu ketika didunia dengan diberikan apa-apa sahaja hajati.

Direct! Allah beri apa yang kita hajatkan itu, semua dengan izinNya jua. Namun, apabila hajat kita dipenuhi, jangan lupa untuk kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran padaNya.

Kita peroleh kejayaan cemerlang! Tahniah! Mabruk! Congratulations!

Tetapi ingat, jangan lupa untuk sujud syukur, kerana daripadaNya kecemerlangan itu. Andai kata Allah tidak izinkannya untuk berlaku, maka ia TIDAK AKAN berlaku. Namun jangan bersedih, Allah tetap akan kabulkan doamu tetapi dengan cara yang berbeza.

DUA
Doa telah diperkenankan namun hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.

Kadangkala ini mengundang rasa buruk sangka pada Pencipta kerana kita tidak dapat melihat ganjarannya di dunia. Awas!

Ya, kita tidak nampak yang Allah telah makbulkan doa kita. Lalu kita persoalkan kenapa? Lalu kita persoalkan kenapa aku? Sedangkan soalan itu sudah terjawab sejak awal lagi, kerana itu adalah salah satu aturan Allah, yang Allah telah persiapkan dalam perjalanan hidup kita. Cuma tinggal KITA, untuk laluinya dengan sebaiknya sebagai hamba.

Ya, memang sedih. Hajat terasa tidak termakbul. Terasa diri dalam kegagalan, terasa diri kecundang, terasa diri tidak mampu untuk lalui semua ini.

Janji Allah itu pasti!

Ujian itu berdasarkan kemampuan hambaNya, tidak pernah lebih.
Ujian itu berkadar dengan ketahanan hambaNya, tidak melebihi itu.

Moga kita terus kuat!
Kemanisan itu ada, walaupun bukan sekarang, andai terus bersabar, pasti ada.
InsyaAllah.

TIGA
Doa telah diperkenankan namun bukan diberikan apa yang diminta tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Allah tidak memberi apa yang kita hajati,
Tetapi Allah sentiasa mencukupkan!

Allah punya cara untuk memakbulkan doa/hajat hamba-hambaNya. Dia Maha Mengetahui, setiap apa yang tersembunyi di dalam hati hambaNya, Dia tahu. Kuat atau lemah, Dia tahu.

'Aku dah tak tahan lagi, dah tak mampu..'

Allah lebih tahu kita mampu!

'Aku dah usahakan semua, tapi tetap begini..'

Allah lebih tahu kita kuat!

Dia lebih tahu apa yang kita tidak tahu. Adakah dengan hajat yang dimakbulkan itu akan mendekatkan diri kita kepadaNya? Adakah dengan termakbulnya doa itu akan menjadikan kita hamba yang dekat denganNya? Dia lebih tahu, jauhi berburuk sangka, lebih tahu baik buruk pemberianNya.

'Kau memang baik, sangat faham aku. Kau je yang faham aku..'

Tidak! Allah lebih faham kamu.
Tidak! Allah lebih tahu siapa kamu.

Kerana apa?

Kerana kamu adalah makhluk ciptaanNya.
Maka, pergantungan dan pengharapan itu hanya denganNya.

Allah punya cara.
MakhlukNya sepatutnya mencari cara untuk berusaha menjadi lebih baik.

InsyaAllah muhasabah diri.
Jadi insan cemerlang dan gemilang di sisi Allah.
Dengan JALAN PULANG yang TERBAIK!

InsyaAllah.
Waallhu'alam.

29/2/2012 Hari-hari mengajar untuk menjadi lebih matang.

1234 --> angka yang punya maksud tersendiri, amanah dipikul. InsyaAllah.

Moga hidup terus terpelihara. InsyaAllah.
Aku jaga hak kamu, kamu jaga hak aku. Kita jaga hak Allah. InsyaAllah.

Wednesday, February 22, 2012

Sakit

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit yang menimpa umat terdahulu. Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah penyakit umat dahulu itu?"

Lalu Rasulullah menjawab: "Terlalu banyak berseronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta dunia, saling memarahi, saling dengki mendengki sehingga timbulnya zalim-menzalimi" [Riwayat Al-Hakim]

Hati-hati!
Walaupun mudah dikesan, tetapi bukan semua sedar.
Walaupun kita mudah nampak, tetapi bukan mudah untuk ditegur.
Walaupun senang ditegur, tetapi bukan mudah untuk terima.
Walaupun mudah untuk menerima, tetapi kadangkala susah untuk berubah.

Maka, berhati-hatilah!

Penyakit-penyakit dunia seperti sakit jantung, sakit urat saraf atau sebagainya. Itu semua ada ubatnya, ada cara rawatannya. InsyaAllah. Kini, pilihan untuk rawatan ini semakin luas, samada perubatan tradisional Islam, ataupun rawatan moden iaitu melalui rawatan di mana-mana hospital. Melalui rawatan ini, kita dapat melihat bagaimana proses penyembuhannya kan? Di mana keadaan pesakit akan bertambah baik.

Tetapi!
Apabila terlalu banyak seronok, leka dengan kemewahan.
Apabila mula terpesona dalam harta dunia.

Bermacam-macam penyakit boleh datang.
Datangnya tanpa diundang, tanpa dijemput.

Apa penyakit yang datang?
Penyakit dengki-mendengki!
Penyakit zalim-menzalimi!
Penyakit tipu-menipu!



Biarlah dunia hanya dalam genggaman, bukan di dalam hati. Kerana bila mana dunia itu ada dalam hati, ia menjadi sebahagian daripada diri kita. Dan apabila kita lalai dan leka, maka dunia itu akan mengalih pandangan kita kepada cintakan dunia, melihat dunia itu punya segala-segalanya. Sehingga sampai satu tahap, kita lupa dunia ini hanyalah ciptaan sementara.

Hati-hati!

Sebagai manusia,
Kita mula pasang angan-angan yang BESAR untuk masa depan kita.
Kita mula meletakkan harapan dan impian yang BESAR untuk hidup.

Tidak salah!
Tidak salah, asalkan seBESAR itu juga harapan dan pergantungan padaNya.
Tidak salah, jika seBESAR itu juga rasa ingin dekat denganNya.
Tidak salah, andai seBESAR itu juga kesyukuran padaNya.

Tidak salah!


Besar atau kecil, punya nilaian tersendiri!

Kenapa dunia ini dicipta begitu indah?
Kenapa ia dicipta begitu indah?

Kerana INI adalah ujian buat kita-kita.
Kerana INI adalah perhentian sementara buat manusia.

Perhentian R & R --> rebut & raih

Ya, kita rebut-rebut buat amal di dunia ini.
Ya, kita rebut-rebut buat baik, cari bekalan.
Ya, kita rebut-rebut buat perkara yang Allah suka.

Kemudian,
Di SANA, kita raih semua!

InsyaAllah.

Semoga kita sama-sama berusaha bergerak ke arah kebaikan. Bergerak untuk mencipta jalan pulang yang terbaik, jalan-jalan yang punya redha Allah.

"Nak cakap/tulis nak berubah tu senanglah, tak buat susahlah..."

Siapa kata senang?
Kalau senang, tidaklah kita guna perkataan USAHA itu kan.
Kalau senang, tidaklah kita perlu berGERAK kan.

Perlu USAHA, perlu GERAK!
InsyaAllah.

Saya dan anda juga manusia.
Saya dan anda juga punya kelemahan.

Jom USAHA.
Jom GERAK.

InsyaAllah.
Perbanyakkan muhasabah diri.

Waallahu'alam.

22/2/2012 Alhamdulillah berada di samping keluarga, sangat-sangat tenang.

'Babah, mohon restu.'
Allahu yusahhil..awwaluhu wa akhiruhu, InsyaAllah.

Saturday, February 18, 2012

Bukan Alasan

Sampaikanlah walaupun satu ayat, moga bermanfaat.
InsyaAllah.

Masa kini, ikhilat antara lelaki dan perempuan mula dipandang sebelah mata. Couple? Bukan lagi suatu perkara asing, malah ada yang menjadikannya suatu kemestian. 'Aku ada, kau ada?'

Apakah?

InsyaAllah, baca-baca, lalu terbaca satu artikel yang dikira sangat berguna untuk remaja masa kini tetapi perlu beringat bahawa bila mana berkata dengan tentang perkahwinan itu, ia hadir bersama satu tanggungjawab yang dipikul bersama. InsyaAllah. Bukan kerana nafsu, tetapi kerana SATU matlamat yang sama.

Mari kongsikan.
Moga-moga bermanfaat.

***************



SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. [H.R. Tirmidzi]

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan itu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?

Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Diketahui bahawa ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ.

Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. [An-Nur:32]

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.

Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. [H.R. Thabrani]

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai.

Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. [H.R. Tirmidzi dan Ahmad]

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?

Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.

Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. [Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa]

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. [H.R. Bukhari dan Muslim]


***************

Renung-renungkan, jangan kita berbangga dengan kemurkaan Allah. Jangan terlalu mengejar dunia, takut-takut akhirat kita terabai. Sebaliknya kejarlah akhirat, InsyaAllah dunia itu akan kita dapat.

Waallahu'alam.

18/2/2012 Sekadar perkongsian, bimbang melihat situasi disekeliling. Bila hati leka dengan hiburan dunia, keselesaan dunia, takut-takut kita lupa itu cuma tipuan semata. Sedarlah!

Sahabat-sahabat pantang lihat diri ini perkata soal ni, ada saja nak diusiknya. Tetapi tak salah kan mengingatkan andai ada yang terlupa?

Moga Allah lindungi aku dan kamu. InsyaAllah.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates