Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, February 27, 2009

Berpesan-pesan..kriuk~

Assalamualaikum

Kenapa la akhir2 ni rasa nak menulis je..sedangkan exam makin hampir..4 days more =) insyaALLAH doakan kami disini. Penat + letih..hari ni ada PBL (Program Based-Learning) about Papillary Carcinoma of Thyroid Gland..hehe, penin2 banyak fakta..insyaALLAH akan dihadam2kan. Alhamdulillah tadi ada usrah seperti biasa bagi muslimat disini. Tajuk tazkirah hari ini tentang persaudaraan dan persahabatan disampaikan oleh seorang muslimat =)

"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali-tali(agama) ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu disatukanNya hatimu, sehingga kamu menjadi orang-orang Islam yang bersaudara dengan nikmatnya.." (surah al-Imran ayat 103)

Persaudaraan (fokus dalam konteks persahabatan) adalah nikmat ALLAH yang tidak terhingga. Sampaikan dalam satu hadis ada mengatakan mereka yang bersaudara dengan seseorang itu kerana ALLAH akan dinaikkan satu darjat di syurga. Subhanallah, betapa besar yang ALLAH akan kurniakan dengan hanya bersudara keranaNya. Tetapi persaudaraan ini perlu dijaga, bukan disia-siakan begitu sahaja.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Manusia itu mengikuti kebiasaan temannya, maka hendaklah seseorang dari kamu melihat siapa yang akan dijadikan temannya." Kita adalah sahabat kita, sahabat kita adalah kita =) renung2kan. Jika ALLAH mengehendaki kebaikan terhadap diri kita, maka ALLAH akan kurniakan teman yang soleh/solehah. Jika kita terlupa, dia akan ingatkan. Bahkan jika kita ingat dia akan membantu. Ini juga merupakan salah satu sabda Rasulullah. Demikian menunjukkan Rasulullah amat menitik beratkan persaudaraan dalam kehiupan ummat baginda. Baginda adalah sebaik2 contoh..qudwatul hasanah. Kami rindumu, ya Rasulullah.

Kalau ikutkan panjang lagi. Tapi insyaALLAH cukup setakat ini dulu. Yang baik itu datangnya dari ALLAH. Semoga bersama kita mengekalkan keharmonian ukhwah sesama kita untuk perkembangan ummah yang cemerlang dunia dan akhirat dahulu, kini dan selamanya. InsyaALLAH.

Ni ada gambar bersama kakak2 USM, UNIMAS semasa di Cultural Village (Rumah Melayu Sarawak ni..aok..hehe) Ukhwah fillah wa lillah abadan abadaa..Ilalliqa'!

** kriuk tu hanya sound effect semata-semata,tidak bermaksud apa2 =)

Waallahu'alam~

Sunday, February 22, 2009

Mata lesu..BANGUN!

Assalamualaikum

7.54 am mula menulis..tiba2 rasa nak menaip pagi ni nak hilangkan mengantuk. Exam just around da corner..pendek kata as medical student, exam @ every corner =) hakikatnya, kehidupan dunia ada senang dan susahnya dimana keduanya adalah ujian kepada manusia. Jika manusia itu leka dan alpa, maka hanyutlah entah ke mana. Sedangkan janji ALLAH itu pasti dan kelak tlaksana. Maka beringatlah sebelum ajal yang bakal datang tanpa diduga (peringatan buat diri sendiri juga) Improve..improve then approve! Ya ALLAH, bimbinglah hambaMu ini menelusuri liku-liku dunia ini agar kelak menggapai kebahagiaan yang hakiki di syurga firdausi. Aminn..Alhamdulillah dh hilang rasa mengantuk..hehe. Buat sahabat, kenalan, pengunjung blog ni =) ukhwah fillah abadan abadaa~


Thursday, February 19, 2009

Indahnya C.I.P.T.A.A.N - NYA

Assalamualaikum

Subhanallah..Maha suci ALLAH, Pentadbir sekalian alam..Penakluk langit dan bumi yang mutlak. Siapa kita? Hanya hambaNya, khalifah dimuka bumi yang menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, insya-ALLAH. Alhamdulillah, baru-baru ini program pertukaran pelajar UNIMAS-USM berlangsung dengan jayanya selama seminggu. Walaupun x terlibat dalam program ni, cuma AJK di UNIMAS sahaja tapi alhamdulillah dalam mengeratkan ukhwah dgn kakak-kakak dari USM..best! Walaupun sik dapat masuk USM, dapat berkenalan dengan kakak-kakak USM pun dah kira bertuah =) (act, x apply USM..mmg saja apply UNIMAS as 1st choice) Rezeki ada dimana-mana. Bukantempat yang mengubah kita tetapi kita yang mengubah keadaan tempat berkenaan. Insya-ALLAH. Antara aktiviti2 yang turut terlibat :


  • Majlis Pembukaan dan Perasmian Program Pertukaran Pelajar
  • Rehlah di Pantai Puteri (berdekatan dgn Santubong)

  • Melawat Cultural Village

  • Slot Kerohanian Bersama Pelajar USM - MAIN

  • Majlis Penutupan Program Pertukaran Pelajar


Subhanallah..Maha Suci ALLAH

Act, banyak lagi aktiviti lain tapi xdapat sertai..jadual pack minggu ni. Lagi seminggu lebih nak EOB..Exam!! Insya-ALLAH..persediaan in progressing =) Doakan kmek, mmg letih tapi apakan daya..Layakkah kita mengeluh keletihan sedangkan saudara se-ISLAM kita di Palestin dan tempat-tempat lain dizalimi dan ditindas. Bagaimana dengan keletihan mereka?? Letih kita hanya sedikit cuma. ALLAH sahajalah tempat pergantungan.


Indahnya BUMI ciptaanNYA..alangkah indahnya syurga yang menanti di akhirat sana. Tidak terjangkau pemikiran utk menggambarkannya, waallahua'lam. Ni gambar suasana di pantai puteri..tempat persinggahan bersama pelajar USM tempoh hari. Pemandangan...Subhanallah, Maha Suci ALLAH..Kalian boleh tgk sendiri.

Exam dah dekat ni..Lagi seminggu je tapi sempat lagi menulis (study..study) Mayam, maaf lama x update blog ni..Idea, cerita banyak cuma x sempat nk coretkan dekat cni..Insya-ALLAH amal akan aktif menulis semula..Doakan kejayaan bersama k. Semoga berjaya semua! Biarkan dunia hanya di genggaman, jangan sesekali biarkan akhirat hilang dari pendangan. Renung2kan.

"APABILA DIKEJAR BINATANG BUAS, MAKA LARILAH KITA. TETAPI, SEMAKIN KITA MENGEJAR (TAQARRUB-MENDEKATKAN DIRI) ALLAH, SEMAKIN ALLAH DEKAT KEPADA KITA"

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates