Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, February 27, 2009

Berpesan-pesan..kriuk~

Assalamualaikum

Kenapa la akhir2 ni rasa nak menulis je..sedangkan exam makin hampir..4 days more =) insyaALLAH doakan kami disini. Penat + letih..hari ni ada PBL (Program Based-Learning) about Papillary Carcinoma of Thyroid Gland..hehe, penin2 banyak fakta..insyaALLAH akan dihadam2kan. Alhamdulillah tadi ada usrah seperti biasa bagi muslimat disini. Tajuk tazkirah hari ini tentang persaudaraan dan persahabatan disampaikan oleh seorang muslimat =)

"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali-tali(agama) ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu disatukanNya hatimu, sehingga kamu menjadi orang-orang Islam yang bersaudara dengan nikmatnya.." (surah al-Imran ayat 103)

Persaudaraan (fokus dalam konteks persahabatan) adalah nikmat ALLAH yang tidak terhingga. Sampaikan dalam satu hadis ada mengatakan mereka yang bersaudara dengan seseorang itu kerana ALLAH akan dinaikkan satu darjat di syurga. Subhanallah, betapa besar yang ALLAH akan kurniakan dengan hanya bersudara keranaNya. Tetapi persaudaraan ini perlu dijaga, bukan disia-siakan begitu sahaja.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Manusia itu mengikuti kebiasaan temannya, maka hendaklah seseorang dari kamu melihat siapa yang akan dijadikan temannya." Kita adalah sahabat kita, sahabat kita adalah kita =) renung2kan. Jika ALLAH mengehendaki kebaikan terhadap diri kita, maka ALLAH akan kurniakan teman yang soleh/solehah. Jika kita terlupa, dia akan ingatkan. Bahkan jika kita ingat dia akan membantu. Ini juga merupakan salah satu sabda Rasulullah. Demikian menunjukkan Rasulullah amat menitik beratkan persaudaraan dalam kehiupan ummat baginda. Baginda adalah sebaik2 contoh..qudwatul hasanah. Kami rindumu, ya Rasulullah.

Kalau ikutkan panjang lagi. Tapi insyaALLAH cukup setakat ini dulu. Yang baik itu datangnya dari ALLAH. Semoga bersama kita mengekalkan keharmonian ukhwah sesama kita untuk perkembangan ummah yang cemerlang dunia dan akhirat dahulu, kini dan selamanya. InsyaALLAH.

Ni ada gambar bersama kakak2 USM, UNIMAS semasa di Cultural Village (Rumah Melayu Sarawak ni..aok..hehe) Ukhwah fillah wa lillah abadan abadaa..Ilalliqa'!

** kriuk tu hanya sound effect semata-semata,tidak bermaksud apa2 =)

Waallahu'alam~

1 Buah fikiran:

fahana_ann said...

saya link blog ni:)..salam ziarah:)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates