Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, September 6, 2010

Y 326 : AJL

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Semalam tukar line telefon mudah alih.
Semalam minta orang tengok-tengokkan broadband [simcard rosak].
Semalam jalan-jalan cari tudung dengan sahabat baikku.
Semalam AJL -- bukan Anugerah Juara Lagu

AJL -- Aku Jalan dan Lihat

Ramadhan semakin melabuhkan tirainya. Adakah pentarbiyyahannya akan berterusan pada bulan-bulan mendatang? Semalam sewaktu jalan-jalan, berseorangan menaiki putra LRT, perhatikan orang sekeliling. Ya, penulis seorang pemerhati, bukan sekadar melihat itu sudah pasti. Macam-macam berlegar di fikiran.


Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai rupa, bermacam pula ragamnya. Baik buruk, semuanya diciptaNya dengan penuh hikmah. Segala macam ragam manusia dipersaksikan kepada kita supaya kita berfikir dan memberi peluang kepada kita untuk memilih di mana letaknya kebenaran hidup beragama. Hikmah penciptaan, juga merupakan nikmat hidup di dunia. Kenapa masih ingkar? Hati merintih, tahu tetapi tidak mahu.

Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Surah al-Hujurat : 13]
Berkenal-kenal juga ada caranya, semuanya telah termaktub. Cuma kadangkala cara kita sedikit terpesong, lebih mengikut laluan hawa nafsu yang membinasakan. Walaupun pada asalnya kita tahu Tuhan lebih utama.

Aku jalan-jalan lagi bersama sahabat.

Pertemuan dan perpisahan sentiasa bergandingan. Maka, selepas berjalan bersama, bercerita bersama, tidak lupa membeli-belah bersama, sekali lagi kami berpisah untuk kesekian kali. Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat. Kejayaan dunia bukan menjamin kejayaan di akhirat sana tetapi kejayaan di akhirat kelak merupakan lambang kemenangan di dunia. Mampukah kita? Masakan Allah menciptakan manusia itu dengan kudrat yang seadanya. Untuk apa?

Dalam perjalanan pulang, aku berjalan lagi.

Alhamdulillah kali ini dapat tempat duduk yang selama ini memang tempat duduk itu sering penuh. Bardiri lebih baik sekiranya ada orang yang lebih berhak untuk duduk. Yang utama itu perlu diutamakan walaupun terpaksa melupakan keutamaan diri sendiri.

Aku lihat manusia itu muda-mudi berpasang-pasangan. Semoga mereka adalah pasangan yang halal dan cinta yang berputik dalam hati-hati mereka ada dalam redhaNya. Jika sebaliknya, berilah sinar petunjuk hidayahMu, ya Rabb.

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. [Surah Adz-Zariyat : 49]
Muda-mudi KL sudah terkenal dengan perwatakannya. Apa ada dengan KL? Dalam banyak-banyak kebaikan, yang lemah itu juga yang akan terserlah. Maka, berfikirlah wahai manusia, lihatlah kepada kebaikan untuk menghapuskan keburukan.

Aku duduk dalam train sambil pandangan dilontarkan jauh ke luar.

Pokok-pokok tenang melambai, mengingatkan manusia akan kebesaran Allah dalam setiap penciptaanNya. Langit penuh dengan awan, berarak mengikut arah angin, mengingatkan manusia untuk bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNya. Yang pasti langit yang tersergam indah ini bakal runtuh dengan perintahNya tatkala sangkala ditiup.


Next station, WANGSA MAJU. Turun dan berjalan lagi.

Tanah kulihat, kekal kedudukannya dibawah. Ku sedar, hinanya diri yang diciptakan daripada tanah. Tetapi mengapa masih mahu bermegah dengan kemewahan dunia? Ya, hidayah itu milik Allah.

Berjalan laju menuju rumah, berjalan kaki semalam. Drive? Mungkin memerlukan pemandu pada masa akan datang :)

Sampai dirumah, senyum pada dia. Amal dah balik!
Alhamdulillah.

Waallahu'alam.



7/9/2010 Mengitung hari pulang ke sana. Gembirakah dia dengan kepulangan ini? :)

Makin lari, semakin dekat pula. Aduh, macam kena kembali berjalan je..Amal, berjalanlah seperti macam engkau berjalan dulu. Berlari hanya mendatangkan lelah.


Ya, Dia Maha Mengetahui.

Macam tak nak raya, puasa lama-lama :) sebab raya ke 3 dah balik sana. Tetapi umat Islam perlu meraih kemenangan mereka selepas bermujahadah :)

Y 325 : KDK

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Bermatlamatkan yang sama, kini blog ini berwajah baru. InsyaAllah impian membesarkan ruang legar blog ini berjaya direalisasikan. Alhamdulillah :) Biru dekat di hati. Semoga memberi inspirasi pada diri sendiri untuk terus menulis, peringatan buat diri sendiri terutamanya. InsyaAllah.

Wajah baru dengan azam baru.
Cat baru :)



Ramadhan kelak akan meninggalkan hambaNya yang masih mencari-cari kekuatan diri. Ya, aku banyak belajar. Bukan sekadar ilmu perubatan, tetapi juga ilmu kehidupan. Kehidupan pun ada ilmunya? Mana mungkin kita menetap di dunia ini tanpa apa-apa ilmu untuk mencari redha dan cintaNya. Ramadhan, adakah masih ada peluang untukku bertemu kembali denganmu pada tahun hadapan, sedangkan saki-baki hidup ini semakin hampir ke penghujungnya.

Semoga Ramadhan kali ini banyak mengajar diri untuk menjadi hamba yang lebih bersyukur dengan segala apa pemberianMu. Kita bergembira, sedangkan masih ada mereka yang duduk termenung, menangis memikirkan nasib hari-hari mendatang yang bakal ditempuhi. Ya, rezeki manusia itu masing-masing telah Allah tetapkan, kenapa perlu dipersoalkan?

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. [Surah al-Imran :145]
Sesuatu kejadian itu adalah segala dengan izin Allah, maka tempuhi dengan hati terbuka. Ya, kadangkala manusia itu tahu, cuma seringkali terlupa dan dengan itu, ingatkanlah. Saling ingat-mengingati demi redha Allah, tiada apa yang merugikan. InsyaAllah. Terkenang peristiwa petang tadi.

"Amal, ganti minyak panas tu, nanti nak mula tumis bawang."

Yes mama, Amal menurut perintah. "O.K"

Dengan senang hati tolong-tolong hulur tangan di dapur, kuali diangkat, lalu minyak yang panas dicurah ke dalam bekas lain. Alamak! minyak panas bukan masuk terus ke dalam bekas tu. Tumpah! Kaki jadi sasaran. Bergema jeritan orang yang menurut perintah tu.

"Kenapa di angkat kuali tu?? Kan selalu masukkan sikit-sikit pakai senduk" Risau dia.

"Lupa ma.."

Ya, manusia itu memang pelupa walaupun hakikatnya dia tahu. Belajar lagi. Akan terus belajar demi redhaNya.

Hari ini, masuk hari kedua diri ini di rumah. Menggembirakan hati dia :) nakal, sikap ini masih kekal walaupun sudah melepasi angka 20, kini berusia 21 tahun. 21 tahun hidup di dunia, belajar dan masih belajar untuk hidup. Untuk hidup itu hanya dengan izinNya, maka dengan izinNyajuga aku belajar.

Belajar hidup sebagai penuntut ilmu Allah.
Belajar hidup berhati mulia.
Belajar hidup mensyukuri nikmat kurniaanNya.
Belajar hidup berTuhan.
Belajar hidup untuk MATI.

Waallahu'alam.

6/9/2010 KDK??

KDK -- Kan Dah Kena! :) Peristiwa di dapur bersama mama dan kakak-kakak ipar. Colgate!

Semakin jauh dan jauh, patutkah berpatah balik atau berhenti dan lihat. Keyakinanku tetap pada Dia :) Sebab Dia Maha Mengetahui.

Friday, September 3, 2010

Y 324 : Senang

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Alhamdulillah minggu peperiksaan tamat di sini untuk posting medicine. Apabila segalanya telah berlalu, baru tersedar tanggungjawab yang digalas semakin berat. Mana mungkin seorang doktor itu hanya baik hatinya tetapi tiada ilmu untuk memberi rawatan kepada pesakitnya. Kesedaran ini membuat diri memasang azam untuk menjadi 'bukan doktor biasa', dengan erti kata lain 'doktor luar biasa'. Mungkinkah? InsyaAllah, semoga Allah permudahkan.



Ya, manusia itu mudah alpa, lalai dengan permainan dunia yang tidak akan pernah henti. Hentinya apabila jasad dan ruh dipisahkan, menanti di alam barzakh, menunggu setia akan hari kebangkitan dan penentuan akhirnya.

Ya, manusia itu kadangkala menganggap perbuatannya itu betul, sedangkan ianya salah malah bertentangan dengan perintah Allah.

Ya, manusia itu sering ambil mudah, sedangkan hakikat hidup ini tiada yang indah kecuali nikmat hidup berTuhan yang ada adalah doa, usaha dan berserah.

Ya, manusia itu adalah hambaNya yang sentiasa bergantung dan berharap padaNya cuma seringkali lupa dari apa diri ini dicipta dan di mana tempat akhirnya.

Buat diri, juga teman yang sudi membaca tulisan insan biasa ini.

Kita SENANG untuk mengaku diri sebagai Islam tetapi jarang sekali mempraktikkan Islam sebagai cara hidup kita. Peringatan khas buat diri sendiri yang masih merangkak untuk membaiki diri. Ya, kita juga SENANG untuk katakan 'saya mahu berubah'. Hakikatnya tanpa usaha, doa dan izinNya, segalanya hanya sekadar kata-kata.

Kita SENANG untuk berkata-kata tetapi yang terlaksana hanya sedikit cuma. Itulah hakikat lemahnya hamba, perlu sentiasa sedar bahawa izin dan redha Allah itu adalah prioriti sepanjang masa.

Kita SENANG untuk bergerak ke sana-sini tetapi adakah kita sedar bahawa kudrat itu pinjaman Ilahi yang boleh ditarik balik bila-bila masa. Adakah gerak-geri kita itu keranaNya atau bersandarkan tipu daya dunia? Ya, masa semakin singkat, akhirnya kelak akan kembali bertemu Pencipta Yang Maha Kuasa. Bagaimana keadaan kita kelak 'disana'?

Ya, bukan SENANG untuk menjadi SENANG
Bukan SENANG untuk berasa SENANG
Kerana hakikatnya keSENANGan itu terletak pada akhirnya
Bukan pada awalnya, tiada pada permulaan
Untuk SENANG, perlu ada pengorbanan [kata Mama]

Untuk SENANG perlu ada usaha
"Tetapi kenapa masih kecewa selepas berusaha?"

Itulah hikmah hidup berTuhan
Segala yang terbaik diaturNya buat hambaNya
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar
Berbaik sangka itu sentiasa yang terbaik!

"Kenapa masih gundah gulana selepas berusaha?"
Kerana sesuatu itu bukan terletak pada hasilnya tetapi bagaimana perjalanan untuk menjadikan sesuatu itu berhasil. Walaupun PAHIT bagaimana sekalipun, jangan biarkan kesedihan mengalih arah matlamat asal hidup kita.

Kerana kepadaNya segala pengharapan diletakkan.
Serahkan segala..

Ya, redha Allah itu yang dicari. Hidup bermatlamatkan SATU, teruskan berjuang kerana Yang SATU. Kecewa tidak SENANG di dunia bukan alasan untuk melupakan matlamat hidup.

Waallahu'alam.

3/9/2010 Nak taip SENANG, moga diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan dan mencari keSENANGan di dunia dan akhirat :) InsyaAllah.



Apakah itu keSENANGan di dunia? Fikir-fikirkan..

Buat syuhada dan hidayah, kuatkan semangat kalian. Semoga Allah pertemukan kita dalam keadaan yang lebih baik, InsyaAllah. Suka tengok manusia gembira :) suka3..Moga Allah kekalkan wajah gembira kalian, sebab sedih bila tengok orang sedih. Maka bergembiralah dengan nikmat hidup kurniaan Allah.

Maka, bersyukurlah sentiasa..

Mama, suka gembirakan hati dia. Jumpa esok..jemput Amal di airport ya!

:) Jom rebut malam-malam terakhir..
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates