Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, January 8, 2010

Sedar Diri



Aku Sedar,
Hidup ini tidak lama,
Aku menanti saat itu,
Entahkan bila akan tiba..
Saat bertemu Pencipta,

Aku rindu,
Dia yang ku rindu,
Yang menghubungkanku..
Dengan manusia yang ku sayangi,
Amat ku sayangi,
Dia cintaku,
Hanya SATU..

Leka, alpa, lupa. Itu sifat manusia yang melihat dunia daripada cermin kebendaan, kemewahan, kecantikan. Rindu manusia selalu dituju pada manusia. Di mana akhirnya nanti? Biarkan aku dengan cintaku. Muhasabahlah diri kita kerana hanya SATU cinta, cinta Yang SATU!


Puisi hiasan. Ya! Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya.

Lagu ini amat memberi kesan dalam diri walaupun pertama kali mendengarnya. Bukan suara atau alunan rentak irama yang menjadikannya sedap didengar tetapi lirik yang mendekatkan diri pada-Nya menjadi taruhan buat hamba-Nya yang berfikir dan betul-betul menghayati dengan penilaian iman. Wallahu'alam.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [2:186]
8/1/2010 Puisi buatan manusia tiada indahnya, tidak tertanding kalamullah yang utama. Profesional exam. Semoga kejayaan bersama kita! :) Insya-Allah.

Monday, January 4, 2010

Usah Angan-angan


AL-FATIHAH buat Saudara Muhammad Faizul Nawi

Beliau merupakan seniorku, 3rd year medical student di Sibu yang telah kembali kepada Pencipta dengan jemputan-Nya yang tidak ternilai dek kita. Allahyarham menghidap leukemia semenjak tahun 2007 jika tidak silap. Setelah 2 tahun bertahan dalam bidang ini dengan penyakit yang dialami, akhirnya allahyarham dijemput Ilahi. Walaupun kami tidak pernah bersua, suasana sedih menyelubungi kami di Kuching ini.

Ketabahan itu mampu melebihi segala-galanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Dan bagiku, allahyarham peroleh itu. Bukan mudah untuk menjadi hamba pilihan-Nya bagi diuji sedemikian rupa. Dia bertuah!

Buat hamba yang masih bernyawa,

Masa itu sering engkau pandang sebelah mata,
Sedangkan ia terus berlalu walaupun engkau terus berdiri,
Berdiri tanpa berbuat apa-apa,

Bila datangnya ujian,
Akan engkau kata, "peritnya hidup di dunia"
Tika itu, barulah nama-Nya menjadi sebutanmu,
Tetapi tika kesenangan datang,
Engkau letakkan nama-Nya jauh daripada dirimu,
Mungkin engkau lupa,
Engkau hamba yang tidak miliki kuasa,

Bila berita kematian engkau dengar,
Penyesalan hadir dalam hati,
Jiwa menangis, hidup ini bukanlah lama,
Engkau sedar,
Tetapi adakah sedaran sementara?

Usah lena dengan angan-angan,
Usah dibuai impian dalam mimpi nan indah,
Sedangkan esok itu belum tentu engkau miliki,
KEMATIAN ITU PASTI MENEMUI KITA!
"Sebijak-bijak ummat adalah mereka yang mengingati MATI. Mudah kan hendak menjadi bijak? Tetapi mengapa kita lupa sedangkan mengingati MATI itu lebih mudah daripada subjek-subjek lain. Manusia itu pelupa sifatnya."
Waallahu'alam.

5/1/2010 Aku simpan segalanya kerana itu semua belumnya pasti. Aku terus berdoa, semoga ia menjadi kenyataan. Kenyataan bagi agamaku bukan dunia semata-semata. Aku tidak pandai meminta, lebih senang bagiku memberi. Aku akan sentiasa bermatlamatkan SATU!

Saturday, January 2, 2010

Ubahan Waktu


Gambar hiasan

Assalamualaikum,

"Nyum..nyum.." Sedap kek yang akak buat.

Walaupun semalam rasa sedih, hari ini ku gembira dengan kek ini. Terima kasih akak dan orang yang menghantarkan kek ini ke rumah.

"Amal jangan makan banyak-banyak. Abang nak bagi tunang abang rasa. Ni kan kek tunang abang." Memuncung sahaja adik yang seorang ini. Terimalah hakikat, kek itu bukan untukku walaupun diberi oleh sahabatku :)

"Terima kasih, sahabat kerana kek itu."

Esok pulanglah hamba Allah ini ke medan pertempuran semula. Pulangku ke Kuala Lumpur bukan bermakna ku lari daripada medan pertempuran itu. Tidak akan undur ke belakang! (Perlu undur andai kata ada yang tertinggal dan perlu diambil semula)




"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." [Surah Al-Baqarah, 2:148]
Sedangkan pokok yang subur itu boleh layu dengan fitrah alamnya. Apatah lagi manusia yang akhirnya akan pergi menemui Pencipta apabila masa itu telah berakhir (masa melakukan amal di dunia fana ini). Ayuh kita berlumba, bukan berlumba siapa tiba awal di garisan penamat tetapi berdasarkan timbangan amalan.

Ya! Kita tidak berhak menilai sesiapa, oleh itu senantiasalah kita memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Insya-ALLAH, semoga ALLAH permudahkan :)


Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam
moga-moga begitulah seterusnya :)


2/1/2010 Waktu itu pasti akan terhenti akhirnya. Jangan kita sia-siakan waktu kurniaan-Nya. Insya-ALLAH akan bersatu walaupun masa berubah. Maafkan segala kesalahanku jika pernah menyakiti hati-hati insan tidak berdosa.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates