Betul! Bukan main-main.
Betul! Tak tipu.
Betul. Apa yang orang faham dengan BETUL? Sangat subjektif. Cuma ingin menconteng blog ni dengan kisah yang BETUL. Insya Allah bermanfaat untuk diri ini yang mudah leka dan alpa.
BETUL #1
Berjalan di pasaraya, berjalan-jalan sambil menunggu sahabat sedang membeli barang. Ada seorang anak kecil, lelaki. Menangis, meraung sakan, berlari sana sini tidak menentu arahnya.
Makkkkkk...!!!
Makkkkkkkkk.....!!!
Anak kecil itu berlari lagi, ke sana sini mencari ibunya. Cemas juga tengok anak kecil itu, usianya ada dalam lingkungan 5 tahun. Hendak ditahan anak kecil itu untuk bertahan, susah. Keadaannya sangat tidak menentu.
Maaakkkkkk....!!!
Allah..Akhirnya, rupa-rupanya ada ayahnya di sana. Cuma anak kecil ini tidak nampak ibu ayahnya ada di tempat yang sama sedang membeli barang. Sebaik sahaja melihat ayahnya, terus anak kecil itu berlari laju ke arah ayahnya. Lalu dipeluk ayahnya. Sayu....(tersenyum melihat adegan ini).
Senakal mana anak itu, kalau hilang ibu ayahnya, tetap meraung juga mencari-cari kan. Maka, dalam berkasih sayang (yang halal ya), sayang BETUL-BETUL. Hargai sebaiknya, kerana itu salah satu anugerah Allah kepada hambaNya. Jangan bilamana sudah hilang baru tercari-cari, maka ada yang akan menysal tidak sudah.
BETUL #2
Alhamdulillah kini berakhir posting psychiatric dan bakal bermula posting
Clinical Diagnostic Lab pada esok hari. Fenomena belajar hari ini selalu melupakan niat pada awalnya. Adakah mungkin sebab kita tidak BETUL-BETUL niat? Atau niat kita yang tidak BETUL?
Minggu pertama.
"Ok, berazam akan konsisten belajar tiap-tiap hari. What ever it is I have to study everyday!"
Minggu akhir sebelum exam.
"Menyesalnya tak study daripada awal. Kalau study daripada mesti mesti gempak."
Siapa yang perlu dipersalahkan? Tepuk dada tanya iman, andai ditanya selera, ia hanya akan dipengaruhi nafsu semata-matanya. Maka, tanyalah iman untuk BETUL-BETUL mendapatkan kepastian. Namun, iman itu perlulah sihat supaya jawapan dapat diberikan dalam kewarasan. Insya Allah.
BETUL, dalam menuntut ilmu Allah, kita perlu selalu membetulkan niat. Kadangkala tanpa kita sedar, niat itu akan sedikit tersasar daripada landasannya.
BETUL #3
Apabila sebut Hospital Sakit Jiwa atau Hospital Mental, mesti ramai berkata, "Hospital orang tak betul tu?" Persepsi yang perlu diubah, diperbetulkan agar insan-insan yang diuji dengan sakit ini juga mampu hidup seperti orang lain.
Bila fikir semula, "Ada ke orang tidak betul?"
Semua manusia itu makhluk ciptaan Allah, memang BETUL-BETUL Allah dah ciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Ya, khaira ummah! Ummat yang terbaik, Insya Allah. Maka apa salahnya kita realisasikannya kan. Menjadi ummah yang betul persepsi diri, tidak menghukum manusia lain sebaliknya terima seadanya manusia di sekeliling dan berusaha untuk jadi lebih baik.
Insya Allah.
Maka, jom BETUL-BETUL beramal kerana-Nya.
Teringat satu peristiwa di Hospital Sentosa (
Mental Hospital),
Pelajar perubatan bertanya,
"Lepas keluar daripada hospital ni, nak buat apa?"
Pesakit menjawab,
"Nak kerja, lepas tu nak kahwin."
Pelajar perubatan tanya lagi,
"Lepas ni jangan lupa makan ubat ye, nanti boleh kerja dan kahwin."
Pesakit bertanya,
"Dah kahwin?"
Pelajar perubatan menjawab,
"Belum."
Pesakit bertanya lagi,
"Ada peluang lah ni."
Pelajar perubatan itu hanya mampu tersenyum.
Dalam hatinya terdetik, manusia itu dilahirkan dengan fitrah. Walaupun diuji dengan sakit mental, ada yang mengamuk tidak bersebab, ada yang mengalami kemurungan yang serius sehingga tidak berkata satu patah kata walaupun disoal beberapa kali, ada yang mampu berkata-kata tanpa henti dengan idea-idea yang melebihi tahapnya, mereka tetap manusia. Ya, manusia yang BETUL. Cuma ujian itu menjadikan mereka sedemikian rupa.
Teringat kata seorang sahabat, beliau berkata,
Sepatutnya kita perlu sedar diri. Mereka yang sedemikian rupa tidak punya dosa apa-apa. Apa jua yang mereka katakan itu tidak menjadi dosa sebab mereka tidak waras pada masa berkata-kata. KITA? Kita yang waras ini selalu lupa, malah selalu menambah dosa berbanding menambah pahala.
Maka kita perlulah sentiasa memperBETULkan diri,
Untuk menjadi hamba-Nya yang dapat berfungsi dengan BETUL.
Maka kita perlulah BETUL-BETUL sedar diri,
Moga suatu hari nanti, kita BETUL-BETUL merasai nikmat syurga-Nya.
Insya Allah.
Waallahu'alam.
Nak lekat gambar bersama Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi (Bekas pelajar UNIMAS) di sini sebagai kenangan. Gambar BETUL ni :)
4/11/12
1234.....dah sampai 8. Semakin jauh masa berlalu, semakin dekat kita kepada pengakhiran hidup kita yang bakal menerima jemputan Pencipta.
Maka bersedialah kita, terima dengan redha.
Insya Allah.