Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, July 29, 2012

Terlambatkah?

Tidak pernah terlambat untuk membersihkan diri. Istilah terlambat itu tidak pernah ada dalam mencari jalan-jalan kebaikan yang terbentang luas. Kita hanyalah manusia, yang selalu mencari-cari jalan pulang sedangkan jalan-jalan itu telah ada di hadapan mata. Ada mata ini yang tidak melihat?


Apabila terfikir,

“Bertuahnya orang tu, persekitarannya baik untuk berubah jadi baik.”

“Bertuahnya orang tu, orang-orang sekeliling sentiasa support dia untuk berubah.”

Kenapa perlu fikir tuah orang lain, sedangkan Allah itu sentiasa ada untuk memberi, sentiasa ada untuk membimbing, SUPPORTER YANG TERBAIK!

Semua daripada kita ada peluang untuk melangkah, tanpa kita sedarlangkah itu juga dengan izin Allah. Arah kebaikan itu juga Allah yang tunjukkan, maka banyakkan berdoa. Jangan berputus asa untuk mencari, berusaha untuk bertahan. Cekalkan hati dengan kata-kata mereka di sekeliling yang melemahkan  niat untuk mencari jalan itu.

Teruskan mencari tuah itu, Insya Allah ada Allah sediakan. Tanpa kita sedar tuah itu ada di hadapan mata. Insya Allah.


**********

Bulan Ramadhan, perbanyakkan muhasabah diri. Banyak program di rumah panjang, perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit dengan menaiki van menempuh jalan raya yang bersimpang siur, jalan tar tidak rata, berlubang sana-sini. Maka, tawakkal mengiringi perjalanan. Bahaya jalannya, tetapi itu juga yang perlu ditempuh untuk sampai ke destinasi.

Maka terfikir, untuk sampai ke destinasi ataupun matlamat hidup, perjalanan yang berliku, banyak halangan itu perlu kita tempuh. Cuma mahu atau tidak? Itu pilihan yang kita ada.

Dalam perjalanan itu juga, melihat orang-orang rumah panjang berjalan kaki. Cara mereka berpakaian, mimik wajah mereka, semua dilihat. Hati menjadi sayu.

“Kurangnya aku bersyukur, ya Allah.”

Mereka cuma berjalan kaki jauh dari satu destinasi ke satu destinasi.
Mereka hanya berpakaian biasa-biasa, sangat sederhana berselipar.
Mereka mempamerkan wajah yang tenang walaupun hidup dengan serba kekurangan.

Respect!

Please respect other people!
Whoever they are.

Hidup kita?

Banyak sungguh keluhannya, dalam keadaan sedar atau sebaliknya. Pakaian mahu yang bermewah sahaja, mahu yang berjenama. Biar orang tidak kata kita ketinggalan zaman, tidak up-to-date. Kita lebih risau dengan pandangan manusia daripada pandangan Allah, yang Maha Melihat.

Apabila dalam keluh kesah itu, muka pun jadilah semacam sahaja. Masam mencuka. (Ya, mengaku muka ini akan masam mencuka dan mulut mendiam apabila dalam keadaan yang tidak disukai atau marah.) Maaf, itu dalam keadaan berbeza. Namun, hakikatnya wajah itu biar suka tersenyum ya.

:)

Persoalannya disini,

“Sudah cukupkah kita bersyukur?”
“Betul ke kita benar-benar bersyukur?”

“Susah betul nak jawab soalan ni.”

Maka, jawabnya perlu banyak muhasabah diri. Sedar status sebenar diri. Doktor, arkitek, jurutera, guru, juruterbang, jururawat atau apa kerjaya sekalipun, status kita sama!

HAMBA ALLAH yang punya MATLAMAT.

Bukan bermatlamatkan berjaya dalam kerjaya yang diceburi, sebaliknya lebih daripada itu iaitu berjaya membawa kerjaya yang diceburi itu ke jalan yang Allah redha dan berguna untuk agama. Insya Allah.
JOM sama-sama kita usahakan!

:)

Insya Allah.
Waallahu’alam.

29/7/2012 Menulis untuk ingatkan diri sendiri. Amal, sila  ingat selalu :)

Biar terpelihara awal dan akhirnya :) Insya Allah. Kerana matlamat kita selepas ini sangat besar, moga Allah permudahkan dan izinkan matlamat ini dilaksanakan dan terlaksana. Insya Allah.

Pelik + tidak percaya + macam mimpi sampai sekarang :)
Betul ke ni???

Saturday, July 28, 2012

Hadiahkan Senyuman

Hari ini, 28 Julai 2012, hadiah diterima oleh orang tersayang dengan wajah gembira, Insya Allah. Harap-harapnya begitu. Dengan ayat-ayat cinta untuk orang tersayang, moga ini dapat imarahkan rasa kasih sayang dalam berkeluarga. Insya Allah.

Mama call (waktu itu diri ini ada di rumah panjang selesai dengan program intervensi),

“Amal! Mama dah terima hadiah tu.” Dengan nada yang gembira.

Alhamdulillah mission accomplished!

:)

“Dah dapat? Amal baru hantar semalam petang.” Pelik, produktif pejabat pos kita!

“Dah..”

“Mama! Touching tak dengan ayat amal?” Sempat lagi bergurau senda di situ.

“Mestilah!” Alhamdulillah, mission doubled-accomplished!

Betul, saat menulis pun sudah ada rasa sebak. Tahun ini, ada hadiah Ramadhan istimewa buat orang tersayang. Mama suka baca buku kisah-kisah nabi, sahabat-sahabat dan kisah tauladan. Maka, raikan apa yang orang yang tersayang kita suka! Insya Allah, menggembirakan hati orang sekeliling kita itu pengerat ikatan sedia ada, sama ada hubungan kekeluargaan, ataupun hubungan saudara se-Islam. Mari raikan!


Mama,
I’m always your little girl!
Even if I got married,
I’m always your sweet, bitter little girl!
Love you ma!


:)

Tidak berani tulis,

Mama,
I’m really miss babah.
Truly!
(ayat ini hanya akan buat mama sedih, itu bukan misinya)

Insya Allah, harap juga hadiah yang lagi satu sampai pada insan yang ditujukan hadiah itu.

Ramadhan tahun ini, mungkin akan sangat berbeza dengan Ramadhan tahun hadapan andai Allah masih memberi peluang untuk diri ini merasai nikmat Ramadhan akan datang. Sudah 5 tahun menyambut Ramadhan berjauhan daripada keluarga. Insya Allah, tahun ini 2 Ramadhan terakhir akan bersama keluarga tersayang.

Namun, itu bukan pematah semangat untuk terus menuntut ilmu Tuhan di Bumi Kenyalang ini. That’s a spirit!
Hadiah itu hakikatnya menggembirakan. Akan membuatkan hati-hati yang suram, jadi riang. Insya Allah. Hadiah itu tidak semestinya berbentuk fizikal,yang boleh dilihat. Kadangkala, kita tidak mampu untuk membeli hadiah mahal-mahal, yang nampak grand.

Apa yang perlu dirisaukan, hadiah itu bermatlamatkan untuk menggembirakan, mengeratkan, penghargaan dan segala apa jua yang positif. Maka, hadiah bukan berbentuk fizikal (seperti doa, kasih sayang) juga sangat-sangat bermakna, lebih bermakna daripada yang lain sebenarnya.

Dengan kata,

“Saya doakan awak Berjaya dunia akhirat. Insya Allah amin.”

Wah, sangat bermakna!
Hanya dengan sebaris kata tanpa sebarang hadiah berbentuk hadiah di hadapan mata.

“Tahniah! Mabruk! Atas kejayaan awak dapat tamatkan pengajian dengan jayanya.”

Wah, sangat bermakna!
Hanya dengan sebaris kata ucapan tahniah tanpa sebarang hadiah terpampang depan mata.

Namun dalam hati, mesti akan terdetik,

“Ucapan je, tak ada hadiah ke?” :D

Cuba berlatih untuk tidak melihat pada kebendaan, sebaliknya bersyukur dengan ingatan dan doa yang disampaikan. Cuba untuk menjadikan setiap kata-kata itu penuh makna, walaupun hanya sebaris ayat. Andai kata ada rezeki untuk terima hadiah berbentuk fizikal itu, maka terimalah dengan tangan yang terbuka dan hati yang riang gembira! Tidak salah di situ.

Maka, belajarlah untuk bersyukur dalam apa jua keadaan. Insya Allah akan menjadikan nilai kehambaan itu lebih tinggi, bukan pada pandangan manusia tetapi disisi Allah. Insya Allah.

Insya Allah.
Waallahu’alam.

28/7/2012 hampir 5! Alhamdulillah, Allahu yusahhil..betulkan matlamat awal dan akhirnya :) Persiapkan diri untuk laluinya selepasnya. Insya Allah.

Insya Allah Nov nanti seorang sahabat bakal melangkah ke alam baru (berdua sudah..) Alhamdulillah. Mabruk ‘alaikuma! Insya Allah walaupun tidak mampu untuk hadir ke walimah enti, Insya Allah doa itu sentiasa ada. Selamat berbahagia hingga ke syurgaNya!

Friday, July 27, 2012

Bersih

Bersih. Semua orang menitikberatkan soal kebersihan kan? Siapa suka kotor? Pastinya semua daripada kita sukakan bersih. Ini bukan bercerita soal bersih 2.0 atau seangkatan dengannya tetapi bersih luar dalam diri kita sebagai hambaNya.

Sejak dua menjak ini, blog ini kian ditinggalkan disebabkan oleh talian internet yang tidak berapa baik di Sibu (Sibu bukan wilayah Celcom) dan kekangan masa serta tanggungjawab lain. Namun, ini sesekali tidak akan mematahkan semangat untuk terus menulis untuk memberi selagi ada masa dan peluang, bak kata pepatah, selagi nyawa dikandung badan.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA!

 

Pagi ahad ini, membasuh badan Abyadh yang kian berdebu dan bertukar warna. Untuk basuh Abyadh ini, air bersih secukupnya diperlukan, sabun atau shampoo kereta, kain pengelap juga diperlukan sama. Bulan puasa bukan alasan untuk biarkan badan Abyadh kotor kan? Mula membasuh dengan teman yang gembira menemani. Terima kasih!

Basuh. Memang mahu bersihkan luar dalam. Kalau bersih luar saja, dalam kotor pun tidak berapa baik. Bersih dalam sahaja tetapi luar penuh debu dan kotoran pun tidak boleh juga. Maka, kesimpulannya perlu bersihkan luar dan dalam.

Basuh-basuh. Ya, basuh bahagian dalam lebih mencabar, kerana banyak celah-celah yang perlu dicapai. Banyak debu-debu terselit-selit di bahagian yang tersorok. Memang mencabar.

Itu daripada konteks membasuh kereta. Bagaimana pula jika diaplikasikan dalam kehidupan seorang hamba Allah. Pastinya semua daripada kita mahu bersih, suci rohani dan jasmani kan?

Kalau bersih luar (jasmani) sahaja?
That’s not right!

Kalau bersih dalam (rohani) sahaja?
That’s wrong neither!

Kalau bersih luar dalam (rohani dan jasmani)?
That’s perfect!
 
Insya Allah. Ya, manusia itu tidak dapat lari daripada melakukan dosa (debu, kotoran) tetapi Allah senantiasa memberi peluang untuk kita berubah dan mencari redhaNya dalam perjalanan hidup ini. Cuma kita, mahu atau tidak?

Iman, Iman, awak sihat tak hari ni?
Imam, Iman, betul ke apa yang aku buat ni?

Andai iman lemah, bagaimana ia hendak memandu kita?
Bagaimana matlamat itu akan lebih terarah?

Maka untuk itu, perlu ada cara yang betul dan strategi yang berkesan :) bahasa sastera mana bakal keluar lepas ni. Seperti sabun, shampoo, air dan kain pengelap, begitu jugalah kita perlukan persiapan sebelum mengorak langkah untuk menjadi hambaNya yang bersih luar dalam.

Clean and clear :)

Untuk bersihkan rohani dan jasmani, mana lebih susah? Pastinya pembersihan rohani itu lebih mencabar. Kenapa? Kerana kita tidak nampak bersih kotornya, tidak seperti fizikalnya yang boleh dilihat dengan mata kasar. Pembersihan rohani perlu bermula dengan pembersihan hati. Hati yang baik dapat menjadi indicator (penunjuk) sama ada rohani kita dalam keadaan baik atau tidak. Maka, jagalah hati. Andai kotor, maka bersihkan.

Tidak ada istilah ‘terlambat’ dalam proses pembersihan ini.

Peluang yang baik telah Allah berikan untuk proses ini, iaitu hadiah Ramadhan yang di dalamnya ada berjuta rahmat. Insya Allah. Ambil peluang, cari ruang untuk meningkatkan nilai diri sebagai hambaNya yang tidak lupa dan beriltizam untuk meneruskan rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW.  Insya Allah. Checklist?
Why not?


Mulakan daripada sedikit.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Wow!

Dalam melakukan kerja harian, apa salahkan kita kaitkan dengan hidup kita sebagai hambaNya, juga khalifah di atas muka bumi ini. Boleh ingat Allah 24 hours kan? Wow!

Penulis juga manusia biasa, yang masih merangkak untuk proses pembersihan ini. Cuba-cuba untuk mengorak langkah, tanpa takut dengan kegagalan. Sebaliknya, belajar daripada kejatuhan. Insya Allah.

Sama-sama kita usahakan.
Waallahu’alam.

27/7/2012 Entry tertangguh :)

Thursday, July 26, 2012

Fenomena Ramadhan

RAMADHAN!
Insya Allah moga kita dapat bersama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun 2012 ini bersamaan 1433H. Namun begitu, apabila kita sebut perihal PUASA, sudah pasti RAYA juga menjadi perbualan hangat.

'RAYA tahun ni nak pakai baju warna apa?'
'RAYA tahun ni nak beli atau buat sendiri kuih raya?'

Antara soalan yang popular,
'RAYA tahun ni nak beraya di mana?'

Antara soalan hangat bagi pelajar luar negara,
'RAYA tahun ni nak balik beraya bersama keluarga atau beraya di perantauan?'
'RAYA tahun ni agak-agak tiket mahal tak?'


Sehingga terlupa untuk mempersiapkan diri untuk menjalani ibadah puasa, mempersiapkan diri untuk dididik dan menjadi insan yang terdidik, di mana didikan Ramadhan itu bukan sekadar dalam masa sebulan sahaja tetapi berlanjutan ke bulan-bulan seterusnya. JOM ISTIQAMAH!

Fenomena Ramadhan :)

Dalam bulan-bulan lain,
'Subuh habis pukul berapa ye?'
Maka Subuh itu dilambat-lambatkan,
Sehingga ada istilah 'Subuh Gajah'.

Dalam bulan Ramadhan,
'Subuh masuk pukul berapa ye?'
Mahu lambat-lambatkan sahur katanya,
Namun kadangkala tertidur juga selepas sahur.

Dalam bulan-bulan lain,
Beli makan petang, cukup nasi berlauk dan air,
Makan juga cukup-cukup sahaja.

Dalam bulan Ramadhan,
Beli makanan berbuka, bermacam jenis lauk,
Siap dengan kuih-muih, kek, rojak dan sebagainya,
Tetapi selepas berbuka...erk!
Maka berlaku pembaziran.


Pelbagai azam dan matlamat jangka pendek serta panjang dirangka agar Ramadhan kali ini tidak sia-sia. Diisi sepenuhnya dengan amalan-amalan yang mendekatkan hambaNya kepada Pencipta yang menguasai segala apa yang ada di antara langit dan bumi.

Bulan Ramadhan,
Ramai berpusu-pusu beli kurma,
Tidak kurang juga yang beli telekung baru,
Tidak kurang juga yang beli kopiah, songkok baru,
Meriah Ramadhan kali ini!

Bulan Ramadhan,

Ramai berpusu-pusu ke masjid untuk solat tarawikh,
Tidak kurang juga yang berazam untuk baca al-Quran 30 juzuk,
Tidak kurang juga yang berazam untuk laksanakan amalan-amalan sunat,
Meriah Ramadhan kali ini!


Bulan Ramadhan,
Ramai berpusu-pusu memberi sumbangan sana-sini,
Tidak kurang juga yang ziarah ke rumah anak yatim dan orang-orang tua,
Tidak kurang juga yang ziarah ibu bapa di kampung untuk berbuka puasa bersama,
Meriah Ramadhan kali ini!


Lebih meriah Ramadhan kali ini jikalau amalannya dibawa ke bulan-bulan seterusnya kan?
JOM ISTIQAMAH!

Jika fenomena sebelum ini negatif, namun itu adalah sebagai pembuka mata supaya kita melihat semula diri kita, muhasabah diri kita di mana jasad dan ruh yang sebelum ini kita abaikan mengikut acuan dunia. Ya, manusia itu yang sering menzalimi diri mereka sendiri.

JOM ISTIQAMAH dengan amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan ini! :)

JOM kita jadikan fenomena Ramadhan ini suatu fenomena umat Islam akhir zaman yang AWESOME!
Insya Allah, tidak mustahil kan?

Apa jua fenomena dalam bulan Ramadhan ini, perlu kita sedar bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan tarbiyyah yang sangat-sangat istimewa. Segala peluang, ganjaran berlipat kali ganda perlu kita rebut. Insya Allah peluang itu sentiasa ada, cuma kita pilih, NAK ke TAK NAK?

Persiapkan diri untuk berlapang dada ditarbiyyah oleh Ramadhan,
Juga ISTIQAMAH dalam pentarbiyyahan.

26/7/2012 Isinya sama dengan satu blog rasmi ni, kerana sama penulis. Maka tidak salah untuk sebarkannya :)

Jalani Ramadhan sebaiknya! :)

Saturday, July 7, 2012

Satu Kata 2.0

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Diberi kesihatan yang baik untuk terus memberi dan merasai nikmat memberi. Juga berlapang dada untuk menerima pemberian orang lain yang turut memberi. Menarik kan? Semua saling melengkapi antara satu sama lain.


Alhamdulillah sudah 2 minggu lebih di Sibu dengan pelbagai pengalaman yang juga merupakan pengajaran buat diri untuk menjadi insan yang sedar dan tidak leka ataupun lena. Pengajaran supaya lebih bersyukur dan memanjatkan kesyukuran hanya padaNya dalam segala hal. Insya Allah.

Di rumah itu,
Anak-anak kecil berlari ke sana-sini tidak berkasut,
Anak-anak kecil bermain bola di padang berlumpur,
Anak-anak kecil mampu berjalan jauh tanpa mengeluh.

Di rumah kita,
Anak-anak kecil sudah mula duduk menghadap laptop dan computer,
Anak-anak kecil bermain game perisian telefon mudah alih,
Anak-anak kecil dibawa menaiki kereta walaupun dekat,
Membuatkan mereka lelah berjalan walaupun selangkah.

Di rumah itu,
Mereka terima segalanya seadanya,
Kekurangan tidak dirasai sebagai suatu yang membebankan,
Mereka kental dalam luar!

Di rumah kita,
Mengeluh tidak kira masa dengan segala kekurangan,
Kekurangan dianggap suatu yang sangat membebankan jiwa raga,
Kita mula layu sebelum tiba masanya!

Tingkatkan SYUKUR, lunturkan EGO!
JOM jadi insan hebat luar dalam, kental jasmani dan rohaninya.
Insya Allah.


***************

Islam itu hikmah.
Islam itu cara hidup yang praktikal dan universal.

 Rumah panjang. Moden kan?

Alhamdulillah ke rumah panjang hari ini dengan rasa tenang dan berazam untuk memperbaiki yang selama ini banyak lubang sana-sini.

Sebelum ini,
Tangan dihulur, tangan ini menyambut dalam paksaan,
Tangan tidak berlapik menjadikan diri rasa bersalah,
Bukan bersalah pada diri, tetapi kepada Allah!

Hari ini,
Insya Allah mampu melapik tangan dengan tudung,
Setelah pencarian sarung tangan menemui jalan buntu,
Alhamdulillah kian dipermudahkan.

Tidaklah rasa seperti alien rupanya :)
Rasa lebih tenang!

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


***************

Alhamdulillah solat di rumah panjang ini, Tuai Rumah sangat berbesar hati memberi kami ruang solat di dalam rumahnya. Alhamdulillah. Terima kasih!

Keluar daripada ruang solat, alamak!

Tuak sudah tersedia terhidang di dalam satu bulatan. Isteri Tuai Rumah menjemput dengan mesra untuk minum bersama, “Mari minum tuak…”

“Kami tidak minum tuak…” mulut tersenyum memanjang menolak pelawaan. Alhamdulillah mereka faham. Hikmah senyuman, hadiah kepada kebaikan mereka yang sudi memberikan kerjasama dalam soal selidik bagi kajian kami di rumah-rumah panjang.

Terima kasih ya Allah atas kemudahan ini! Alhamdulillah!

Sempat beramah mesra, belajar bahasa iban :)
Kenangan!

“Udah makai empai?” (Sudah makan belum?) 

“Bertamu baru” (Jumpa lagi) 

“Nama berita?” (Apa khabar?) 

“Ndak nemu aku” (Aku tak tahu) 

“Dini kampong nuan?” (Kampung dimana kamu?) 

Bahasa melayu Sarawak pun belum lagi dikuasai, inikan pula bahasa Iban. Maka bercampur baurlah bahasa melayu Sarawak dan Iban. Geli hati penduduk rumah panjang mendengar kami bercakap dengan bahasa Iban. Memang luar biasa!

Luar biasa pelik bunyinya! :D
Tak salah belajar kan? Belajar benda baru. Alhamdulillah. Moga Allah teruskan memudahkan perjalanan ini. Insya Allah.

Muhasabah 24 hours :)
Insya Allah.

 K.A.M.I yang keletihan :)
Seronok bila dapat pegang kamera :D

5/7/2012 Sudah dalam bulan ke-4, Alhamdulillah. Allahu yusahhil, 1234 :) 

Tulis-tulis, lama-lama jadi panjang. Catatan biar diri selalu beringat, hidup ini banyak hala, bukan SATU HALA. Maka pilihlah hala yang punya redha Allah. 

Kita ada Islam, pertahankan seadanya. 
Kekalkan keindahannya, Insya Allah.

Monday, July 2, 2012

Satu Kata


Terima kasih!

Opening ceremony sempena kaji selidik di Kampung Stapang 1, Sibu, Sarawak.

Cuma satu kata,
Syukurilah apa yang kita ada,
Sesungguhnya sesuatu itu bukan kita punya,
Bukan milik kita, ia cuma sementara.

Banyak belajar sambil buat kaji selidik :)
Insya Allah terus belajar!

Insya Allah.
Waallahu'alam.

2/7/2012 Kata hati mahu hilangkan diri tetapi rasa tidak mampu sebab andai diri pergi dahulu, mana ada lagi peluang untuk memberi.

Maka, terus memberi dengan penulisan walaupun hanya dengan SATU KATA.
Planning on going..Allahu yusahhil.

Jom jadi lebih baik! :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates