Keliru,
Sering buat diri buntu,
Buntu pemikiran,
Yang sebelum ini panjang,
Tajam dalam hujahan.
Keliru,
Apa yang diri mahu,
Atau hanya memuaskan nafsu,
Nafsu yang tidak pernah lesu,
Hanya pada-Mu tempat mengadu.
Keliru,
Apa yang mahu disampaikan,
Sehingga kini menanti,
Jawapan yang pasti,
Kian lelah menunggu,
Kerana tanggungjawab akhirat itu lebih penting,
Melebihi dunia, penuh tipu daya.
Keliru,
Buat jiwa yang tenang, kini goncang,
Cuma bertemankan harap pada Yang Maha Esa,
Berserah pada Yang Maha Kuasa,
Bergantung pada Pencipta Yang Maha Agung.
Sering buat diri buntu,
Buntu pemikiran,
Yang sebelum ini panjang,
Tajam dalam hujahan.
Keliru,
Apa yang diri mahu,
Atau hanya memuaskan nafsu,
Nafsu yang tidak pernah lesu,
Hanya pada-Mu tempat mengadu.
Keliru,
Apa yang mahu disampaikan,
Sehingga kini menanti,
Jawapan yang pasti,
Kian lelah menunggu,
Kerana tanggungjawab akhirat itu lebih penting,
Melebihi dunia, penuh tipu daya.
Keliru,
Buat jiwa yang tenang, kini goncang,
Cuma bertemankan harap pada Yang Maha Esa,
Berserah pada Yang Maha Kuasa,
Bergantung pada Pencipta Yang Maha Agung.
Keliru. Kenapa perlu keliru? Mungkin juga manusia itu berpandukan nafsu. Mungkin juga kerana tidak mampu membuat keputusan. Mungkin juga banyak pilihan, sehingga keliru disebabkan pandangan terhijab kerana tidak betul-betul berserah padaNya. Tidak betul-betul berikhtiar ke arah yang dihajati. Ya, segala itu mungkin.
Hati mula keliru sama ada mahu ikutkan arahan sang nafsu ataupun sang Pencipta. Ya, nafsu kena ingat, hati ini dibawah kendalian Allah, hanya Allah. Maka diri yang mempunyai hati, didik hati biar tidak layu, lalu mati kerana kerana baja nafsu yang tidak berkualiti itu.
Rasulullah pernah berdoa;
حدثنا أبو معاوية عن الأعمش عن أبي سفيان عن أنس قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم يكثر أن يقول : { يا مثبت القلوب , ثبت قلبي على دينك , قالوا : يا رسول الله , آمنا بك وبما جئت به , فهل تخاف علينا ؟ قال : نعم , إن القلوب بين إصبعين من أصابع الله يقلبها
Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy daripada Abu Sufyan daripada Anas bahawa Nabi SAW banyak berdoa: Wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMU. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dua jari Allah, Dia membolak balikkannya.
[Sunan Ibn Majah]
Ya, sesungguhnya hati-hati manusia dalam pengetahuan Allah. Mulut kata tidak, hati lain pula katanya. Mulut kata ya, hati menidakkan semua. Namun, Allah terlebih dahulu mengetahui segalanya, setiap penjuru hati kita.
Sambil buat blog walking, terjumpa satu ungkapan. Sama-sama kita renungi;
Menjadi telinga lebih baik dari menjadi bibir kerana bibir adalah senjata menyakitkan hati yang sedia luka.Waallahua'lam apa yang mahu disampaikan oleh hambaNya yang mengungkapkan kata-kata ini. Namun, setiap anggota deria ini ada kurniaan Allah. Hadiah buat manusia, supaya manusia itu boleh mendidik, mengawalnya. Siapa kata kita tidak boleh menjadi pendidik? Kita-kita adalah pendidik diri kita. Mahu jadi pengawal pun tidak salah. Bibir boleh melukakan, telinga yang mendengar akan cuba mentafsir apa yang dikata, dan disampaikan ke hati, lalu terluka pula.
Manusia itu punya tanggungjawab pada diri sendiri, maka bertanggungjawablah! Manusia itu punya tanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agama, maka bertanggungjawablah!
Hati kita-kita perlu tetap, perlu teguh agar tidak mudah keliru, apatah lagi tergugat. Hati yang ada rasa tertipu pula, jangan hanya menyalahkan si pekata dusta itu tetapi sedarlah bahawa hati itu sendiri yang telah kalah, tewas dengan kata-kata nafsu sendiri.
Maka, tetapkanlah hati.
Alhamdulillah, tenang apabila mengingatkan diri sendiri yang lupa. Bersedih tanpa alasan yang kukuh itu adalah sia-sia. Ya, rasa keliru juga kerana hati tidak betul-betul tetap, tidak betul-betul yakin. Tinggalkanlah khilaf itu, kerana kelak ditakuti akan menjadi dosa.
Positifkan minda untuk jadi manusia yang bermanfaat.
Untuk diri sendiri, juga untuk semua.
InsyaAllah.
Waallahua'lam.
5/5/2011 Di atas dunia ini, aku bukan siapa-siapa. Hanya seorang insan yang mencari jalan pulang yang punya redhaNya.
0 Buah fikiran:
Post a Comment