Kata seorang yang berilmu, "Tudung wanita itu ada empat. Tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati."
"Tudung pada wajah. Jangan sampai wajah kita ini mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran buat lelaki ajnabi."
"Tudung pada mata. Jangan mata ini memandang lelaki lain yang bukan mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan juga tidak memandang."
"Tudung pada suara. Jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat atau mempersona."
"Tudung pada hati. Sentiasalah mengingati Allah, juga bertasbih kepadaNya."
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." [Surah an-Nisa':31]
Realitinya kini, jumlah yang bertudung semakin ramai. Alhamdulillah. Cuma yang merisaukan adalah kualitinya yang menurun.
Bukanlah bertudung itu diertikan apabila bertudung labuh atau berjubah. Bukanlah betudung itu untuk tujuan lain seperti mengikut peredaran zaman, mahu digelar orang 'baik-baik' atau sebagainya. Menutup aurat itu adalah satu kewajipan, yang sangat-sangat bermanfaat pada diri juga agama kita. Tidak percaya?
Fikir-fikirkan.
"Hidup ini perlu kreatif." kata seorang sahabat.
Ya, aku setuju. Hidup ini perlu kreatif, dengan tetap di atas syariat Islamiyah yang sebenar-benarnya. Sebab lain, kerana syaitan itu juga kreatif dalam menutup mata kita ke arah kebenaran.
Terbaca satu baris kata, "Kekadang itu syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam, tetapi dia mewujudkan daerah 'grey' yang hakikatnya bukan lagi kebenaran."
Hati-hatilah dalam membaikpulih diri kerana dalam perjalanan ke arah matlamat itu akan ada musuh yang mengganggu lalu halangan jalan, sama ada yang kita nampak atau sebaliknya. Dalam melakukan perubahan juga perlu dituruti dengan pengisian yang sewajarnya.
Yang kita lihat baik, elok itu,
Perlu kita muhasabah..
Yang kita buat baik, molek itu,
Perlu fikirkan, adakah diiringi redha ALLAH?
Waallahua'lam.
15/1/2011 Jarang sekali tulis perihal wanita. Mahu jadi Mujahidah Solehah seperti orang itu selalu kata. Mampukah? Jom sama-sama kita usaha :)
4 Buah fikiran:
assalamualaikum ... insyaAllah moga kita mampu menjadi mujahidah solehah insyaAllah ..
shukran amal, terdetik hati ni.. mahu sempurna penutupan aurat, ayuh!
Hidayah : Waalaikumussalam..InsyaAlah sama-sama usaha jadi muslimah solehah, walau apa dugaan yang datang..hakikatnya hambaNya perlu berserah padaNya :)
Asyu : 'afwan asyu :) jom sama-sama sempurnakan syariat. InsyaAllah.
Jumpa nanti ya..
Post a Comment