Ilmu.
Adakah ilmu itu akan membuat kita ill?
Persoalan bonus sehingga kadangkala kita tuntut ilmu itu hingga rasa loya, mahu muntah.
Pernah rasa?
Kenapa kita perlu menuntut ilmu? Kenapa kita perlu menjadi orang yang berilmu?
Sedarkah kita bahawa daripada kecil lagi kita telah diasuh dan diajar, belum dikira lagi dengan asuhan sejak di dalam rahim ibu. Sedarkah? Ilmu juga kan.
Sejak kecil kita diajar bercakap, 'mamamama..papapapa'
Sejak kecil kita diajar duduk dan berjalan, bangun-bangun jatuh.
Sejak kecil kita diajar berdikari, agar besar nanti boleh hidup sendiri.
Sejak kecil lagi kita diajar mana baik, mana buruk.
Itulah juga ilmu, tarbiyyah, didikan daripada ibu ayah kita. Kita ikut sebab kita tidak tahu apa-apa, al-maklumlah baru sahaja lahir ke alam yang belum pernah dijejak.
Dalam perut ibu boleh berenang-renang dalam amniotic fluid. Boleh tendang-tendang perut ibu. Si ibu berkata, "Dah lahir nanti jangan nakal-nakal ya. Jadi anak yang soleh." Sambil membelai bayi dalam perut dari luar. Itu pun ajaran, pesanan dan nasihat secara tidak langsung, merupakan doa ibu kita. Moga termakbul, InsyaAllah.
Manusia itu diciptakan sebagai khalifah dimuka bumi dengan sebaik-baik ciptaan. Dengan akal fikiran yang membolehkan manusia itu berfikir mana hak, mana batil. Kerana itu juga kita dituntut menuntut ilmu.
Dengan ilmu dapat membuatkan kita dekat dengan Allah, ingat pada Dia selalu [zikrullah].
Dengan ilmu dapat buat kita berfikir akan keagunganNya yang tiada tolok banding.
Dengan ilmu dapat memartabatkan Islam di puncak tertinggi, InsyaAllah.
Dengan ilmu boleh membuat kita buta??
Tetapi kadangkala ilmu itu kita salah guna. Jadikan kita lupa siapa Pencipta, sombong dan angkuh dengan segala nikmat, jauh sekali untuk mengingati Allah. Dengan gelaran ciptaan terbaik membuat kita meninggi diri, tidak menjaga hak makhluk lain.
Sampaikankan haiwan dan tumbuh-tumbuhan itu lebih mulia, kerana mereka 24 jam berzikir kepada TuhanNya, Tuhan kita, Allah yang Maha Esa. Pemilik mutlak segala yang ada.
Setinggi mana ilmu kita, jangan lupa kita hidup berTuhan.
Sedalam mana ilmu kita, jangan lupa Rasulullah sebagai contoh tauladan.
Sehebat mana ilmu kita, ilmu itu tetap milik Allah.
Berhati-hati dalam menuntut ilmu kerana musuh Islam ada di mana-mana bagi menggoyahkan iman, juga pegangan kita. Tuntutlah ilmu, ingatlah pada Dia :) Moga hati-hati ini tenang belajar ilmu Tuhan. Moga hati-hati pandai tunduk pada syariat yang ditetapkan.
Jika rasa diri bukan dalam kalangan yang berilmu atau masih tidak cukup ilmu, jangan malu-malu, kita sama-sama belajar. Tidak istilah 'bodoh' atau 'bengong' kerana manusia itu diciptakan dengan nikmat akal, usah persiakan.
Dan ilmu yang bermanfaat itu ada pelbagai jenis, boleh didapati dalam bentuk penulisan, juga boleh diperoleh melalui deria pendengaran, dan tidak lupa dengan pemerhatian.
Wahai diri,
Engkau baca, engkau perlu buat.
Sia-sia engkau tulis jika sekadar lekat-lekat.
Waallahua'lam.
26/12/2010 Esok exam, doakan kejayaan kami semua.
'Ya Allah permudahkanlah urusan kami, redhailah setiap langkah usaha kami' Amin..
Aku perhatikan dia selalu.
Aku tahu dia tahu.
Walaupun jarak memisahkan aku dan kamu.
Moga Allah izinkan kita bertemu.
Pada suatu waktu.
Sabarlah, berdoalah, usah jemu.
[Buat dia-dia yang disayangi]
Study, InsyaAllah lepas ni akan ke Miri, tadabbur alam milik Ilahi :)
Raya cina jauh lagi, tapi dah mula menghitung hari [jadi pantun, hanya kebetulan]
Adakah di dunia banyak kebetulan?
Sesungguhnya itu semua dalam pengetahuanNya.

Di dalam Al-Quran juga diterangkan pelbagai jenis nikmat di dunia, juga bakal diperoleh bagi penghuni tempat bahagia yang abadi di akhirat sana nanti. Juga pelbagai kisah tauladan manusia dan segala pengajaran sebagai panduan bagi manusia untuk menjalani hari-hari mendatang sebagai khalifah di muka bumi.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. [At-Tin:4]
Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? [At-Tin:7]Sedalam mana pun ilmu kita, kita masih tidak ada sebab untuk mendustakan segala apa yang telah disyariatkan. Sedalam mana pun ilmu kita, kita tetap tidak akan dapat menakluki dunia kerana dunia ini bawah jagaan, taklukan Tuhan.
Setinggi mana ilmu kita, jangan lupa kita hidup berTuhan.
Sedalam mana ilmu kita, jangan lupa Rasulullah sebagai contoh tauladan.
Sehebat mana ilmu kita, ilmu itu tetap milik Allah.
Berhati-hati dalam menuntut ilmu kerana musuh Islam ada di mana-mana bagi menggoyahkan iman, juga pegangan kita. Tuntutlah ilmu, ingatlah pada Dia :) Moga hati-hati ini tenang belajar ilmu Tuhan. Moga hati-hati pandai tunduk pada syariat yang ditetapkan.
Jika rasa diri bukan dalam kalangan yang berilmu atau masih tidak cukup ilmu, jangan malu-malu, kita sama-sama belajar. Tidak istilah 'bodoh' atau 'bengong' kerana manusia itu diciptakan dengan nikmat akal, usah persiakan.
Dan ilmu yang bermanfaat itu ada pelbagai jenis, boleh didapati dalam bentuk penulisan, juga boleh diperoleh melalui deria pendengaran, dan tidak lupa dengan pemerhatian.
Wahai diri,
Engkau baca, engkau perlu buat.
Sia-sia engkau tulis jika sekadar lekat-lekat.
Waallahua'lam.
26/12/2010 Esok exam, doakan kejayaan kami semua.
'Ya Allah permudahkanlah urusan kami, redhailah setiap langkah usaha kami' Amin..
Aku perhatikan dia selalu.
Aku tahu dia tahu.
Walaupun jarak memisahkan aku dan kamu.
Moga Allah izinkan kita bertemu.
Pada suatu waktu.
Sabarlah, berdoalah, usah jemu.
[Buat dia-dia yang disayangi]
Study, InsyaAllah lepas ni akan ke Miri, tadabbur alam milik Ilahi :)
Raya cina jauh lagi, tapi dah mula menghitung hari [jadi pantun, hanya kebetulan]
Adakah di dunia banyak kebetulan?
Sesungguhnya itu semua dalam pengetahuanNya.
3 Buah fikiran:
good luck n do your best!syukran atas perkongsian ilmu:)
salam..
all da best dik..!
insyaAllah...
4th year is waiting for u!..xlama lg kan?..
aim that!..like i always do..
doakan akak jugak eh..
family medicine and district exam is just around da corner..:)
miri?...have fun!.sgt best!..
alia_yaya
kuching
Kak Nur : Amin. InsyaAllah kak..moga kita semua berjaya dunia akhirat :)
Kak Yaya : Amin. InsyaAllah kak yaya..tgh bersemangat ni..buat yang terbaik..4th year, wait for me! :)
InsyaAllah amal akan berjuang habis-habisan, kami semua akan teruskan..all the best kak yaya! I know u can do it..clinical year really tough, but it's really make us learnt :)
amal_fikraa
ILF, sibu :)
Post a Comment