Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, April 22, 2010

Berterima Kasih

Assalamualaikum,

Esok paper akhir bagiku sebagai pelajar tahun 2. Minggu hadapannya akan ada oral presentation dan poster presentation bagi research kami. Selepas itu akan bertemu mama tercinta yang sedang menunggu kepulangan anaknya di seberang Laut China Selatan [tidak jauh]

Buat guru-guru, nantikan kedatangan anak muridmu ini. Rindu kalian semua. Tanpa kalian sebagai penyampai ilmu Tuhan, tidak mungkin aku akan berada di sini hari ini. Ya murabbi, kalian makhluk ciptaan Tuhan yang terpilih bagi berbakti di jalanNya mendidik jiwa-jiwa muda yang dahagakan ilmu Tuhanmu.

Berterima kasihlah selalu..

Jika diizinkan ingin sekali ku kirimkan NOTA CINTA buat AR-RAHMAN. Ingin sekali.

Ar-Rahman,
Engkau anugerahkan langit tidak bertiang,
Buat si pemikir memikirkan 'di mana tiangnya',
Langit diselaputi awan nan putih,
Bagi yang beriman, kemenangan diraih.

Ar-Rahman,
Engkau anugerahkan tanah hijau nan subur,
Menutupi liang bumi,
Tumbuhnya makhluk menghijau,
Buat si pengembara menghargai nilai kurnia,
Hidupan di setiap bucu alam,
Buat si musafir syukuri dunia as-salam,
Bagi meniti laluan ke alam yang SATU.

Melihat sekeliling, alam ini banyak mengajarkan diri untuk hidup berTuhan. Bertuahnya mereka yang hidup berTuhan, setiap langkah itu terarah, setiap hela nafas itu datangnya daripada jiwa hamba.

Cuma manusia seringkali lupa setiap nikmat kurniaanNya. Manusia sememangnya mudah lupa. Dilihatnya benda yang jauh tanpa dilihatnya benda yang berada dihadapan mata. [cuba pembaca letak buku lima depan-depan mata, nampak tak? Jauhkan perlahan-lahan, ya! objek kian jelas]

Buka mata, hayati setiap ciptaanNya. Ya! Hidayah Allah dapat mengatasi segalanya. Mahu atau tidak? Mari bersama memperbaiki setiap kelemahan, sedikit-sedikit kerana perubahan yang tergesa-gesa itu kurang kesannya. Berterima kasihlah selalu :)

Waallahu'alam.

22/7/2010 semalam bercerita dengan seorang kawan. Nampaknya ramai yang tidak sabar hendak kahwin :) cuma tunggu kewangan stabil ya. Rancanglah selagi mana tidak menafikan kuasa Tuhan kita. Dia sebaik-baik Perancang, tiada rancangan sebaik rancanganNya.

Ya Allah, jika aku leka, peringatkan insan lemah ini. Aku ada tugas penting sebelum aku pulang bertemuMu ya Rabb.

Adakah perkataanku terlalu tegas bagi dia. Semoga kita terus belajar ilmu Tuhan.

:)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates