Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, February 3, 2010

Terbakar!

Assalamualaikum,

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba..


Inilah nyanyian kanak-kanakku dahulu. Pastinya bukan aku sahaja yang pernah mengalunkan lagu kanak-kanak ini. Saat itu tidak akan berulang kembali walaupun diputar putaran jam itu pada arah yang berlawanan. Masa kian berlalu, meninggalkan kita. Cuba hayati lirik lagu dibawah ini dan alunkan mengikut rentak yang sama. [Ulang 3 kali..hehe]

Berzikir dalam perahu,
Mari kita ingat ALLAH selalu..

Hidup ini sekejap cuma,
Mari berAMAL sentiasa :)

Bersabar amalan mulia,
Didik diri, insan biasa..

Sudah-sudah, penulis mula buat hal :) Apa salahnya mengenang zaman kanak-kanak kan? Setelah selesai bernyanyi, ingin membawa pembaca sekalian pada perkara yang sebenar.


Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba..

Ya! Hidup ini atau lebih tepat lagi, dunia ini ibarat sebuah rumah yang terbakar. Terbakar? Di dalamnya terdapat 3 jenis penghuni :
(1) Penghuni yang lena dalam tidurnya
(2) Penghuni yang terjaga daripada lena tetapi tidur semula
(3) Penghuni yang peka kepada keadaan sekeliling

Kita mahu menjadi penghuni bumi yang mana satu? [sesiapa yang membaca entry ini, boleh menjawab soalan ini] Kebayakan kita adalah golongan yang (2) terjaga tetapi tidur semula. Tahu rumah itu terbakar tetapi masih lena dibuai mimpi nan indah.

Mari berubah ke arah kebaikan :)

Sejak akhir-akhir ini, kesibukan melanda diri. [bukan akhir-akhir ini sahaja..] Sibuk sehingga terlupa suatu perkara.

Walaupun sesibuk mana kita,
Jangan lupa, KITA HIDUP DENGAN AGAMA.

Walaupun sesibuk mana kita,
Jangan lupa, KITA HIDUP BERTUHAN.

Walaupun sesibuk mana kita,
Jangan lupa, KITA BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA
BUKAN MUDAH BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA. [credit to atiqah khuzaini]

:)

Renung-renungkan. Muhasabah diri yang mudah alpa ini supaya selalu sedar dan peka. AKU ADALAH HAMBA. DUNIA INI MILIK DIA. Suatu ketika nanti, aku akan berhijrah ke sana :) Destinasi yang ku nanti.

4/2/2010 Jiwa hamba dan jiwa insan itu berbeza. Tetapi jiwa hamba itu milik insan yang ingin hidup berTuhan.

2 Buah fikiran:

atiqahmki said...

rumah terbakar :)
terigt analogi almaududi, kalau nak selamatkan org yg sedang lena tidur dalam rumah yg terbakar, takkan ada gunanya. perlu kejut dia dari tidur dahulu, dan beritahu ada api, kalau tak nanti dia marah kita tarik2 dia dari tidur yang indah.

barakallahufeek. keep in touch yek ^^

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

mungkin amal pun terdengar ttg analogi tu..nk cuba kejut boleh, cuma jangan kita-kita sekali dijilat api :)

Selamat beramal!!

InsyaALLAH. keep in touch..tetiba rindu teman sekolah :)
Jazakallahu khairan katheer..~

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates