Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, February 16, 2010

Nilai

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini, tangan kian perlahan untuk menaip ditambah pula dengan idea yang semakin hari semakin luput daripada pemikiran. Sebab apa? Mungkin kerana terlalu banyak idea, maka apabila hendak dikongsikan semuanya berserabut di dalam kepala dan perlu disusun semula. Kadangkala idea itu boleh hilang begitu sahaja.


Ya! Penulis blog sekarang berada di rumah kesayangannya :) Dengan bilik yang penuh dengan barang-barang hiasan hantaran [hantaran abang..]. Sempat juga penulis blog sekeluarga keluar ke
shopping complex, meluangkan masa bersama, makan bersama. Kelihatan muda mudi yang pelbagai ragam, sedih hati melihat segelintir daripada mereka.

Adik-adik, kalian muda-muda belaka. Kenapa bazirkan sisa-sisa hidup ini? Ya! Kita tidak boleh salahkan mereka sepenuhnya. Banyak faktor yang menyumbang kepada tingkah laku mereka ini.
Adik-adikku sayang,
Hidup ini bukan selamanya,

Hidup bukan sekadar gembira,
Hidup juga bukan sekadar duka,

Hidup bukanlah pentas hiburan semata,
Hidup bukan ladang himpunan dosa,


Adik-adikku sayang,

Hidup ini hanya sementara,
Hidup ini ada suka dan duka,

Hidup merupakan pentas cereka,

Ciptaan Yang Maha Esa,


Hidup ini ladang semaian pahala,

Pahala serta rahmat kurniaan-Nya,
Bagi tuaiannya di SANA :)


Temanku pernah berkata, "Aku kagum dengan orang tinggal di KL tetapi tidak terpengaruh."

Penulis blog menambah, "Bukan mudah menetap di KL, banyak pengaruh. Orang luar kebanyakannya terpengaruh tetapi tidak semua. Kesabaran kena tinggi sebab KL selalu sesak jalanrayanya." Tersenyum.

***************

Sahabatku pernah katakan,
"Saya suka tinggal di KL berbanding di sini [tempat dirahsiakan] Walaupun KL begitu tetapi jika dibandingkan di sini, saya lebih suka KL."

Penulis blog berkata,
"Kalau orang sana tahu, habislah.." Menyakat menjadi kemestian buat seorang bergelar sahabat itu.

***************

Rakan bertanya,
"Amal orang mana?"

Dijawab,
"Cuba teka."

Rakan meneka, "Orang Terengganu kot." Salah!

Kenapa? Muka Amal ada macam muka orang terengganu ke? Jauh berbeza. Tidak pasti dari sudut mana mereka memandang. Ya!
Pandangan manusia itu berbeza dan kerana itu juga gelagat manusia itu berbeza.

Bagaimana gambar ini dinilai?
Adakah dengan melihat saki bakinya atau keadaan sekelilingnya?

Mata manusia itu akan melihat dan menilai, semoga penilaian itu berlandaskan panduan-Nya. Jangan biarkan penglihatan mata itu menipu dan memperdayakan pemiliknya.

Tetapi apa yang pasti, matlamat sebenar hidup kita adalah sama walaupun pandangan hidup itu berbeza. Daripada mana sekalipun sudut pandangan kita, ianya tetap sama. Tetap akan bermatlamatkan SATU! ['prof' sudah faham sekarang dengan maksud hidup bermatlamatkan SATU]
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" [1:5]
16/2/2010 SELAMAT BERTUNANG buat kakak kepada sahabat baik, Ukht Izatul Hayati Abdul Hadi. Pulanglah wahai adiknya, kakak kesayanganmu menanti di rumah :) Abu Bakar menanti di rumah!

Buat solehah, SELAMAT BERJUANG di negara orang! Perjuangan ini tidak akan pernah selesai. Ayuh teruskan walaupun hingga ke hembusan terakhir :)

Biar alam itu menghubungkan kami. Hanya DOA penghubung kami, biarkan dunia sepi tanpa mengetahuinya. ALLAH tahu. Masa menilai diri, semoga semuanya baik-baik sahaja.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates