Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, February 25, 2010

Gambar Kehidupan

Assalamualaikum,

Susah juga akhir-akhir ini ingin menaip di laman ini. Masa? Manusia itu bermain-main dengan masa yang kadangkala masa itu sendiri yang mempermainkan kita. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Jika tidak percaya, soal diri kita, berapa banyak masa kita ada dalam sehari? Apa yang telah kita buat?


Cuba hayati gambar ini. Nampak biasa-biasa sahaja bukan, tetapi jika dilihat kali kedua mungkin akan buat kita berfikir. Ini GAMBAR KEHIDUPAN penulis blog ini. GAMBAR KEHIDUPAN yang pada hakikatnya hanya objek yang tidak bernyawa kecuali kaktus penulis.

Tetapi sedarkah kita bahawa objek-objek ini diperbuat daripada bahan-bahan asasnya adalah milik ALLAH. Ya! Cuma manusia itu kadangkala melihat daripada sudut luarannya sahaja.


GAMBAR KEHIDUPAN. Kaktus? Berduri, itu adalah kehidupan kita. Kehidupan penuh duri di jalanan, perjalanan kehidupan yang bersulam dengan pahit dan manisnya. ALLAH tidak mencipta alam ini hanya untuk kesenangan dan kemegahan.

Oleh itu kita perlukan air [seperti dalam gambar] sebagai bekalan kita. Apa bekalan kita? Bekalan kita adalah iman yang perlu sentiasa diperbaharui dengan istiqamah dalam pengabdian. Begitu juga air, kita memerlukannya selalu untuk mengekalkan kandungan air dalam badan.

Buku dan kertas? Iman tidak akan lengkap tanpa amal. Untuk beramal, kita perlulah terlebih dahulu mempunyai ilmu. Ilmu bukan datang bergolek.

"Wahai manusia, aku ILMU datang kepadamu. Kamu mahu aku ke tak?"

Untuk memperoleh ilmu, diperlukan juga usaha, ikhtiar dan tawakkal. Jangan lupa berdoa :) Itu senjata mukmin, ALLAH beri senjata, jangan kita lupakan atau jangan juga disalahgunakan. ILMU ITU MILIK ALLAH.

"Wahai manusia, tuntutlah ilmu ALLAH ini hingga ke liang lahad. Carilah sehingga kamu jumpainya dan pelajari dan fahamilah."

Ha..Ada duit syiling? Duit walaupun nilainya sedikit, jangan lupa pula kita hendak mensyukuri nikmat itu. Wang banyak mana sekalipun, tidak ada nilainya jika tidak disertai dengan syukur kepada Pemberinya. Jika IMAN DAN AMAL, maka NIKMAT DAN SYUKUR. [Hipotesis baru dijumpai!]

Akhir sekali, gambar kehidupan bercerita lagi. AL-QURAN dan AS-SUNNAH menjadi peta menjalani onak ranjau kehidupan. Ada peta, insyaAllah tidak sesat tetapi perlu belajar dahulu bagaimana hendak tengok, analisis dan fahami peta itu ya!

Ya! Gambar itu berbicara kepada penulis dan penulis ingin sekali berkongsi dengan semua pembaca. Bukan gambar ini yang berbicara, Dia sedang berbicara. SEMOGA BERMANFAAT!
:)

26/2/2010 bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1431H SALAM MAULIDUR RASUL! Semoga Rasulullah menjadi ikutan sepanjang zaman kerana baginda adalah contoh tauladan yang TERBAIK!
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [Al-Ahzab, 33:21]
Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates