Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, February 7, 2009

Iktibar..K.E.H.I.D.U.P.A.N

Assalamualaikum,

Berlalu sudah cuti selama seminggu, alhamdulillah banyak masa bersama mama dan keluarga tersayang..hehe =) antaranya, bersama mama ke kelantan (sepupu kawe nikoh dge orghe klate..hehe) seronok! Sebelum ni pernah pergi kelantan tapi itu pun 18tahun dahulu rasanya. Destinasinya, gua musang dan kuala krai (bak kato shbt hmbo..kuale kre..mcm2) Pastu, masa balik terus pergi Cameron Highlands..hehe. Honeymoon wif my beloved mum ni. Tapi malangnya, masa perjalanan balik..xdapat menikmati keindahan alam sebab pening dan loya..Ish3, sempat tgk gerhana matahari =) Sempat belanja keluarga makan satay kajang..mcm2 lagi =D Lagi satu, 31/1 sempat jumpa haliza n majidah (birthday sapa lah tu??)

Cuti dh berlalu, pengajian perlu diteruskan dan apa jua keadaan. Semoga masa bersama keluarga dirahmati dan diberkati ALLAH. InsyaALLAH..d rumah study is NO2 =) uish, dahsyat kan? Family first =D

Kali ni nak kongsi kisah iktibar buat semua. Actually cerita ni pernah diletakkan dalam blog lama daripada sahabat, aisyah tp nak letak dekat cni pula. Semoga sentiasa menjadi peringatan buat diri sendiri, insyaALLAH. Sekarang sudah jam 11.20 malam, masa untuk bedtime story..hehe =D Bermulalah kisah seorang hamba...~

************************

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi...jeng! jeng jeng!...bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ini pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau itu mengejar hamba Allah ini sebab dah lapar sangat ni. Harimau itu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek saja. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah berfikir macam mana hendak menyelamatkan diri, tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga, lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai di atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... Macam mana ni. Selepas itu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai di atas, tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih.

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tiba-tiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya, Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah itu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya.

Disebalik tabir --> Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, dengan itu beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba tu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru nak ingatkan Allah. Astaghfirullah..Semoga kita bukan daripada golongan orang-orang yang tidak bersyukur dan tergolong dalam golongan yang senantiasa mengingati mati, insyaALLAH. Amiin~

"PELANGI DI DUNIA TIDAK SEINDAH WARNA-WARNI PELANGI DI AKHIRAT KELAK"


0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates