Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, April 6, 2012

Semut

Sekadar satu perkongsian, untuk nilai tambah jiwaku dan jiwamu.
InsyaAllah.



Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman berkata: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

SubhanAllah!
Itulah iman semut!

Iman kita bagaimana?

Yakin rezeki itu Allah yang beri, bukan pada manusia.
Pergantungan itu hanya kepadaNya, bukan yang lainnya.

Time to think!
Who are we?

Waallahu'alam.

6/4/2012 Dua entry in a day! Qada' yang lepas-lepas :)

Kesihatan yang baik adalah salah satu kriteria muslim berjaya. Jaga kesihatan kita!

Hitung

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

[Selamat sampai ke Kuching daripada Serian. 110km/jam]

InsyaAllah.

Sedar atau tidak, dalam hidup kita tidak dapat dipisahkan dengan masa. Apatah lagi kira-kira, hitung-hitung dan seangkatan dengannya. Dapat pisahkan? Sila buktikan. Hidup seharian kita dalam lingkungan masa dengan mengikut aturanNya.

Dalam al-Quran, banyak diperkatakan tentang perihal masa. Sehingga surah-surah di dalamnya juga dinamakan dengan nama yang berkaitan dengan masa. Sedar? Ada, jangan hanya sekadar baca, cuba hayati sebaiknya. Walaupun tidak punya kelayakkan untuk mentafsir al-Quran, tetapi sekurang-kurangnya kita fahami apa yang tersurat dan cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah.

Aplikasi secara keseluruhannya.
Insya Allah.



Hitung (1)

Kita selalu hitung, berapa banyak kita dapat. Jarang kita hitung berapa banyak yang telah kita beri. Kita hitung, sehingga ada rasa tidak cukup. Mahu dan mahu lagi, sedangkan keperluan itu tidak sama dengan kecukupan. Kita hendak itu dan mahu ini tanpa kita sedar apa yang telah kita ada itu sudah cukup untuk kita.

Melihat pada pangkat, harta, rupa seseorang. Sehingga terdetik dalam hati, mahukan juga yang sedemikian rupa. Perlukah? Melihat itu semua sehingga timbul rasa iri hati, betulkah tindakan hati kita ini? Didiklah hati itu sebaiknya, kita yang memandu hati kita bukan sebaliknya.

Adakah kita terlalu banyak sangat menghitung?

Tidak salah!
Asalkan betul apa yang kita hitungkan itu.

Hitung (2)

Hitung harta, mana pernah cukup kan. Ada sahaja yang tidak cukup, ada sahaja wang yang perlu kita keluarkan. Ada sahaja perancangan kita, daripada perancangan yang kecil sehinggalah yang besar-besar. Kecil; perbelanjaan harian, duit minyak, duit makan dan sebagainya. Besar; perbelanjaan untuk bercuti, kahwin dan banyak lagi.

Namun perlu beringat, rezeki itu daripada Allah. Jangan pula kerana terlalu menyimpan, menyebabkan kita jadi bakhil/kikir atau KEDEKUT. Sehingga sedekah jariah dianggap tidak perlu, dianggap tidak penting, sehingga lebih utama perbelanjaan dunia daripada akhirat. Mana datangnya berkat jika begitu?

"Pergi minta sedekah pada orang lain dulu. Ada duit lebih nanti saya bagi."

Adakah perlu menunggu CUKUP untuk memberi?
Perlukah menunggu yang lebih?

Tepuk dada, tanya iman.
Tetapi, mahukah IMAN kita menjawabnya?
Sekiranya iman itu sendiri rapuh dan tidak utuh.
Banyak juga lopak-lopak yang bertakung dengan air keruh.

Hitung (3)

Hitung hari, hari demi hari kita hitung. Counting days!

Kita hitung hari sebelum tibanya hari peperiksaan.
Kita hitung hari menjelang hari pernikahan.
Kita hitung hari apabila hendak dekatnya ulangtahun kelahiran.

Kita hitung!

Adakah kita ingat untuk hitung hari-hari dengan menimbang tara berapa banyak amalan yang telah kita lakukan? Kerana detik kematian itu tiada tanda-tanda, tiada symptoms. Semua ada dalam pengetahuanNya. Sebagai hamba, be ready! Your turn will comes!

Hitung apa yang perlu, ikut kepentingan.
Selepas sudah dihitung yang penting-penting, bolehlah lihat pada kepentingan yang lain.

FIRST comes FIRST!

Hitung (4)

Hitung nikmat, ini chronic-plus-critical! Kita hitung apa yang Allah telah beri pada kita. Sehingga terlupa hitung tanggungjawab kita sebagai khalifah atas muka bumi, lupa status tetap kita sebagai hamba di sini. Amanah! Kita lupa yang itu.

Sehingga kita berani memberi syarat,

"Kalau dapat A, aku takkan tinggal solat lagi."

Rezeki itu semuanya daripada Allah. Itu ketetapan!
Ada 3 perkara; Rezeki, ajal dan jodoh. Itu semua ada dalam pengetahuanNya.
No Doubt!

Tulis untuk ingatkan diri.
Tulis untuk sedarkan diri.

Betulkan perhitungan disamping memperbetulkan diri.
InsyaAllah.

Jom muhasabah jiwaku dan jiwamu.
Waallahu'alam.

6/4/2012 1244 Alhamdulillah. Hitung sambil kira-kira nilai tambah dalam diri. Jangan lupa hitung detik saki-baki yang tinggal. Tidak lama hidup kita.

Perancangan itu dengan izinNya, Insya Allah.
AturanNya itu pasti terjadi, Allah..

Fokus pada matlamat yang SATU! :)

Monday, April 2, 2012

Puteri

Azra Imani binti Kamarulzaman,
Sangat-sangat rindu dengan ini puteri kecil.
Sangat-sangat rindu nak picit-picit pipi dia.



Azra Imani binti Kamarulzaman,
Jangan nakal-nakal, senyum selalu.
Jangan lupa Mak Su yang duduk jauh ni.

Nama kita awalan hurufnya sama kan? :)
A - Azra
A - Amal

Mak Su pernah tanya mama Azra, "Besar nanti boleh Azra jadi doktor macam Mak Su dia (InsyaAllah)"

Mama Azra jawab, "Tak naklah macam Mak Su, Azra nak jadi doktor gigi."

:)

A - Allah
Paling terutama!

Apa pun nama kita, ada ala-ala orang arab, orang eropah atau sebagainya, Allah jualah Pencipta kita. Nama kita, identiti kita. Biarlah maksudnya baik-baik dan bukan sebaliknya. Nama panggilannya juga biarlah baik-baik. InsyaAllah, insan yang terbentuk itu juga akan baik-baik.

InsyaAllah.

Amal Athirah - Harapan/Cita-cita yang mulia
InsyaAllah, akan dilaksanakan amanah nama ini dengan sebaik mungkin.
Terima kasih mama!
Terima kasih babah!

2/4/2012 Adakah Harapan/Cita-cita yang sempurna itu boleh terjadi?

InsyaAllah, dengan izinNya jua. Kita tidak punya kuasa, berdoa dan tawakkallah selepas segala usaha. Allah penentu setiap sesuatu.

Study! Seminar presentation...
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates