[Selamat sampai ke Kuching daripada Serian. 110km/jam]
InsyaAllah.
Sedar atau tidak, dalam hidup kita tidak dapat dipisahkan dengan masa. Apatah lagi kira-kira, hitung-hitung dan seangkatan dengannya. Dapat pisahkan? Sila buktikan. Hidup seharian kita dalam lingkungan masa dengan mengikut aturanNya.
Dalam al-Quran, banyak diperkatakan tentang perihal masa. Sehingga surah-surah di dalamnya juga dinamakan dengan nama yang berkaitan dengan masa. Sedar? Ada, jangan hanya sekadar baca, cuba hayati sebaiknya. Walaupun tidak punya kelayakkan untuk mentafsir al-Quran, tetapi sekurang-kurangnya kita fahami apa yang tersurat dan cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah.
Aplikasi secara keseluruhannya.
Insya Allah.
Hitung (1)
Kita selalu hitung, berapa banyak kita dapat. Jarang kita hitung berapa banyak yang telah kita beri. Kita hitung, sehingga ada rasa tidak cukup. Mahu dan mahu lagi, sedangkan keperluan itu tidak sama dengan kecukupan. Kita hendak itu dan mahu ini tanpa kita sedar apa yang telah kita ada itu sudah cukup untuk kita.
Melihat pada pangkat, harta, rupa seseorang. Sehingga terdetik dalam hati, mahukan juga yang sedemikian rupa. Perlukah? Melihat itu semua sehingga timbul rasa iri hati, betulkah tindakan hati kita ini? Didiklah hati itu sebaiknya, kita yang memandu hati kita bukan sebaliknya.
Adakah kita terlalu banyak sangat menghitung?
Tidak salah!
Asalkan betul apa yang kita hitungkan itu.
Hitung (2)
Hitung harta, mana pernah cukup kan. Ada sahaja yang tidak cukup, ada sahaja wang yang perlu kita keluarkan. Ada sahaja perancangan kita, daripada perancangan yang kecil sehinggalah yang besar-besar. Kecil; perbelanjaan harian, duit minyak, duit makan dan sebagainya. Besar; perbelanjaan untuk bercuti, kahwin dan banyak lagi.
Namun perlu beringat, rezeki itu daripada Allah. Jangan pula kerana terlalu menyimpan, menyebabkan kita jadi bakhil/kikir atau KEDEKUT. Sehingga sedekah jariah dianggap tidak perlu, dianggap tidak penting, sehingga lebih utama perbelanjaan dunia daripada akhirat. Mana datangnya berkat jika begitu?
"Pergi minta sedekah pada orang lain dulu. Ada duit lebih nanti saya bagi."
Adakah perlu menunggu CUKUP untuk memberi?
Perlukah menunggu yang lebih?
Tepuk dada, tanya iman.
Tetapi, mahukah IMAN kita menjawabnya?
Sekiranya iman itu sendiri rapuh dan tidak utuh.
Banyak juga lopak-lopak yang bertakung dengan air keruh.
Hitung (3)
Hitung hari, hari demi hari kita hitung. Counting days!
Kita hitung hari sebelum tibanya hari peperiksaan.
Kita hitung hari menjelang hari pernikahan.
Kita hitung hari apabila hendak dekatnya ulangtahun kelahiran.
Kita hitung!
Adakah kita ingat untuk hitung hari-hari dengan menimbang tara berapa banyak amalan yang telah kita lakukan? Kerana detik kematian itu tiada tanda-tanda, tiada symptoms. Semua ada dalam pengetahuanNya. Sebagai hamba, be ready! Your turn will comes!
Hitung apa yang perlu, ikut kepentingan.
Selepas sudah dihitung yang penting-penting, bolehlah lihat pada kepentingan yang lain.
FIRST comes FIRST!
Hitung (4)
Hitung nikmat, ini chronic-plus-critical! Kita hitung apa yang Allah telah beri pada kita. Sehingga terlupa hitung tanggungjawab kita sebagai khalifah atas muka bumi, lupa status tetap kita sebagai hamba di sini. Amanah! Kita lupa yang itu.
Sehingga kita berani memberi syarat,
"Kalau dapat A, aku takkan tinggal solat lagi."
Rezeki itu semuanya daripada Allah. Itu ketetapan!
Ada 3 perkara; Rezeki, ajal dan jodoh. Itu semua ada dalam pengetahuanNya.
No Doubt!
Tulis untuk ingatkan diri.
Tulis untuk sedarkan diri.
Betulkan perhitungan disamping memperbetulkan diri.
InsyaAllah.
Jom muhasabah jiwaku dan jiwamu.
Waallahu'alam.
6/4/2012 1244 Alhamdulillah. Hitung sambil kira-kira nilai tambah dalam diri. Jangan lupa hitung detik saki-baki yang tinggal. Tidak lama hidup kita.
Perancangan itu dengan izinNya, Insya Allah.
AturanNya itu pasti terjadi, Allah..
Fokus pada matlamat yang SATU! :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment