Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, February 9, 2010

Bertunang

Assalamualaikum,

Setelah lama aku menanti, akhirnya tibalah masanya..Hari meniti hari, dilalui dengan rasa seinfiniti kesyukuran kepada Ilahi dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W :)

Hari yang dinanti telah tiba, seawal pagi lagi keluarga pihak lelaki telah berangkat ke Kuala Terengganu.

Aku di sini mendoakan mereka selamat sampai. Semoga hari ini berjalan sepertimana yang telah dirancang. Ya! kita hanya layak merancang tetapi segala-Nya sudah ada dalam genggaman-Nya.

Kepada jari manis siapakah cincin ini akan disarungkan?

Hijau sudah, warna cream pun sudah. Biru bila lagi? :) Mesti ada yang menyangka penulis blog ini yang bertunang kan. Insya-Allah penulis blog 3-4 tahun lagi. 30/1/2010 adalah tarikh pertunangan abang sulung a.k.a abang A :) SELAMAT BERTUNANG!

Amal tidak dapat pulang kerana keadaan yang ada keutamaan lain di Sarawak ini. Mama kata, "takpelah Amal, masa abang bernikah nanti Amal balik." Itu sudah semestinya, Insya-Allah. Sudah dua minggu Amal tunggu gambar ini di upload di FB tetapi baru hari ini dapat :)




Mak Usu, Mama, Kak Noni (tunang abang a) bersama keluarga Kak Noni


ooo..baju baru :P

Insya-Allah, pada 12/6/2010 ini mereka akan bernikah dan 3/7/2010 pula bagi pernikahan abang yang kedua, abang Ejat :) Insya-Allah 10/7/2010 akan diadakan walimatulurus serentak. Insya-Allah, SEMOGA SEMUA BERJALAN LANCAR..amin.

10/2/2010 Tanggungjawab itu melebihi masa yang ada tetapi tanggungjawab yang diamanahkan itu bertepatan dengan kemampuan kita. Usah gelisah, lalui hidup dengan panduan dari-Nya.

Wednesday, February 3, 2010

Terbakar!

Assalamualaikum,

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba..


Inilah nyanyian kanak-kanakku dahulu. Pastinya bukan aku sahaja yang pernah mengalunkan lagu kanak-kanak ini. Saat itu tidak akan berulang kembali walaupun diputar putaran jam itu pada arah yang berlawanan. Masa kian berlalu, meninggalkan kita. Cuba hayati lirik lagu dibawah ini dan alunkan mengikut rentak yang sama. [Ulang 3 kali..hehe]

Berzikir dalam perahu,
Mari kita ingat ALLAH selalu..

Hidup ini sekejap cuma,
Mari berAMAL sentiasa :)

Bersabar amalan mulia,
Didik diri, insan biasa..

Sudah-sudah, penulis mula buat hal :) Apa salahnya mengenang zaman kanak-kanak kan? Setelah selesai bernyanyi, ingin membawa pembaca sekalian pada perkara yang sebenar.


Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba..

Ya! Hidup ini atau lebih tepat lagi, dunia ini ibarat sebuah rumah yang terbakar. Terbakar? Di dalamnya terdapat 3 jenis penghuni :
(1) Penghuni yang lena dalam tidurnya
(2) Penghuni yang terjaga daripada lena tetapi tidur semula
(3) Penghuni yang peka kepada keadaan sekeliling

Kita mahu menjadi penghuni bumi yang mana satu? [sesiapa yang membaca entry ini, boleh menjawab soalan ini] Kebayakan kita adalah golongan yang (2) terjaga tetapi tidur semula. Tahu rumah itu terbakar tetapi masih lena dibuai mimpi nan indah.

Mari berubah ke arah kebaikan :)

Sejak akhir-akhir ini, kesibukan melanda diri. [bukan akhir-akhir ini sahaja..] Sibuk sehingga terlupa suatu perkara.

Walaupun sesibuk mana kita,
Jangan lupa, KITA HIDUP DENGAN AGAMA.

Walaupun sesibuk mana kita,
Jangan lupa, KITA HIDUP BERTUHAN.

Walaupun sesibuk mana kita,
Jangan lupa, KITA BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA
BUKAN MUDAH BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA. [credit to atiqah khuzaini]

:)

Renung-renungkan. Muhasabah diri yang mudah alpa ini supaya selalu sedar dan peka. AKU ADALAH HAMBA. DUNIA INI MILIK DIA. Suatu ketika nanti, aku akan berhijrah ke sana :) Destinasi yang ku nanti.

4/2/2010 Jiwa hamba dan jiwa insan itu berbeza. Tetapi jiwa hamba itu milik insan yang ingin hidup berTuhan.

Tuesday, February 2, 2010

Alahai..


Assalamalaikum,

Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan oleh tuannya. Hari ini, tangan ini akan terus menaip walaupun kandungannya tidak seberapa. Pelbagai perkara berlaku sepanjang seminggu yang lalu antaranya, diadakan Kursus Pengurusan Pesakit mengikut Tatacara Islam [Insya-Allah akan dikongsikan dengan pembaca semua kelak], Sukan Inter-apartment [alahai..saingan sengit!], dan banyak lagi. Bersungguh!

"Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang daripada amu melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya." [Riwayat al-Baihaqi]
Kursus Pengurusan Pesakit mengikut Tatacara Islam

"Ustaz, sekiranya pada badan pesakit terdapat 'wayar-wayar', bagaimana dengan wudhuknya dan solatnya?" Tanya seorang peserta kursus.

"Cukuplah sekadar mengenakan air pada tempat yang boleh sampai air padanya atau boleh bertayammum. Sekiranya penyakitnya itu boleh sembuh sepenuhnya, hendaklah diqada' semula solat itu setelah sihat." Jawab ustaz. Ringkas.

"Ustaz, bagaimana jika..." Diskusi yang menarik.

Sukan Inter-apartment

Alahai, tersesat seorang superman di dalam kumpulan. [jatuh sampai koyak seluar pada lutut, tak patut] Aduh..huhu :D

"Bukan superman, superwomen" Real ke? Palsu..aku HAMBA.

"Main sakan lah tu, padan muka jatuh!" Semuanya padan pada ciptaan-Nya. Sempurna! Tiada yang hidung dijadikan pada kaki. Waallahu'alam.
Hari ini, hajat dihati untuk membantu. Tetapi nampaknya aku yang perlu dibantu. Sistem badanku seakan tidak normal. Kenapa ya? Apa sebenarnya yang terjadi? Mungkin sahaja permainan perasaan [ayat apakah..]



Kena diet [kawal pemakanan, makan makanan yang seimbang] kerana kandungan CHOLESTEROL dalam badan TINGGI! TEKANAN DARAH RENDAH! [I'm not qualified to be a blood donor..poor me] Bukan rezeki hendak menderma, insya-Allah lain kali :) Sedapkan hati.

Oleh itu, penutup ini yang penting. Yang diatas cuma peringatan untukku :) Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit, dan masa HIDUP SEBELUM MATI." [Riwayat Imam Ahmad]

2/2/2010 Tekanan kian memuncak! Prof..Prof..Apa yang penting? Ketenangan daripada ALLAH itu penting. Mama! Minggu hadapan Amal balik cuti raya cina. Study di rumah :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates