Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, April 22, 2008

z3r0 alaSaN?? (",)

"USAH HIDUP BERLANDASKAN ALASAN KERANA DI SANA LETAKNYA KUNCI KEGAGALAN YANG DAPAT MEMADAMKAN SINAR HARAPAN"

Kembali hari ini~

Assalamualaikum..

Akhirnya sempat juga tangan ni utk menaip entry dkt sini. Lama dah x update & upgrade blog nih. Sekarang, inilah masanya..he3 (semangat nih..) tapi takdelah sehebat mana nk upgrade blog ni. Matriks baru shj ditamatkan pada 18/4/2007..(masa ni birthday kawan..hu3, sempat la jugak wish) Now, full-time dkt rumah. Plan?? Tengah susun atur lagi. Rasa macam nak cerita tentang 'SETAHUN DI MATRIKULASI PERAK' tapi rasanya bukan sekarang. Nantikan entry akan datang. Teringin nak kongsi suasana dkt matriks, suka dan suka dekat sana =D

Hari ni, cadang nak sambung kemas bilik. Tak abih2 lagi sejak sabtu haritu..he3. Sabtu ni nak hangout dengan kawan2 lama (haliza, zati, mcdah, hazy, shafini, izyan......) InsyaALLAH jika tiada halangan..Nak gi mana? =) in process...rancangan seharian bersama. InsyaALLAH, sahabat2 lain yang nk join, bgthu ya.

Hari tu..bila? tak ingat la..termenung dekat, tak jauh pun..tengok belon yang saya dapat sms PROGRAM TAUTAN HATI..Hari berganti hari, belon tu semakin mengecut, makin kecik. Pastu, terfikirlah satu perkara :

"Cuba kita ibaratkan belon itu sebagai iman kita. Jika kita tidak tambah angin kedalam belon tu, nescaya belon itu akan mengecut dan terus mengecut. Itulah diibaratkan iman, jika kita tidak tambah dari sehari ke sehari dengan ibadah dan amal kebajikan, nescaya iman kita turut mengecut seperti belon tu" (juz pendapat peribadi, everybody has their own opinion..try 2 think bout it)

Iman manusia seperti kita2 ni x serupa seperti iman para anbiya' dan para malaikat. Iman para anbiya' sentiasa meningkat, taat dengan segala perintah ALLAH, pemilik mutlak alam semesta. Sedar atau tidak iman kita sentiasa turun naik. Maka sentiasalah kita awasi gerak geri kita, moga hari2 ini dapat mendekatkan kita dengan pencipta. InsyaALLAH.

Semua datang dari hati kita. Jika bersih, maka eloklah kelakuan dan begitulah sebaliknya. Jagalah hati kalian agar tidak mudah dipengaruhi perkara-perkara yang tidak sepatutnya. HATI(nafsu) ibarat nakhoda yang mengawal gerak geri anak kapalnya(anggota). Jika kuat hati itu, maka kuatlah kecenderungannya(tend to do sumthing increasing....hu3) but when anak kapalnya lemah, maka nakhoda tidak dapat berbuat apa2. Arahan takde makna! Yes! orang bawahan menang! (paham x nih..cam mengarut eh) Anak kapal(anggota) boleh dilemahkan dengan berpuasa. Peraya ke tak?? Sesungguhnya dengan berpuasa itu dapat mengalahkan hawa nafsu. Cuba dulu baru tahu! =)

Disini ada nasihat imam al-ghazali perihal pintu-pintu yang mendorong syaitan masuk ke dalam hati:
  • Pintu marah dan syahwat.
  • Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
  • Kekenyangan makanan.
  • Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
  • Keinginan mengampu.
  • Gopoh dan tidk menyelidiki terlebih dahulu.
  • Harta dan wang ringgit.
  • Lokek dan takutkan kemiskinan.
  • Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
  • Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan di luar aqal fikiran.
  • Sangkaan buruk sesama kaum muslimin.

sumber: Himpunan Nasihat Tokoh2 Islam Sedunia oleh Zabidi Hj. Nawawi

Waallahu'alam.

Sunday, April 6, 2008

Akhirnya..tiba jua~

Assalamualaikum,

Kaifa halukum? lama x coret apa2 dekat cni. Hari ni sempat g BOOK FAIR 2008..seronok! He3..lg smgu nak exam, sempat lg mnyinggah =D Ada la dlm 9 buah buku sempat gapai. Tajuk2 bukunya akan diberitahu kemudian. Yang pasti, pertama kali jumpa penulis yang mantap zaman ni, Faisal Tehrani.

Di sini, disusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran tuturkata dan perbuatan. 14 - 18 April 2008. Tarikh keramat yang menjadi titik tolak perjuangan slps ni. Doakan segalanya berjalan seperti dirancang. Yang pasti juga, ALLAH jua perancang yang Maha Mengetahui baik buruk setiap sesuatu tu.

" LIDAH MANUSIA BERBISA, ZIKRULLAH ITU UBATNYA "
" MATA MANUSIA TAJAM MENUSUK, MOGA WUDHUK ITU PENAWARNYA "
" TELINGA MANUSIA DIPENUHI DURI, MOGA ALUNAN KALAMULLAH MENJADI PENYELAMATNYA "


~ Sedarlah sahabat, dalam leka membaiki diri, jangan dilupa saudara kita yang sama-sama memerlukan bimbingan. Kelemahan itu bukan penghalang, tetapi ia adalah benteng yang menghalang kita jatuh jika kita sedar akannya. Kekuatan itu tidak akan datang sendiri melainkan kita sedar akan kewujudan kelemahan itu. Usah lemas dengan kelemahan, usah leka dengan hiburan, usah lena dalam perjuangan.
Moga ISLAM addin sejati akan terus gemilang ~

GoOD LUcK! MaAT TAuF!Q wAN nAJjAH!!
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates