Apa cita-cita bila dah besar nanti?
Soal guru kepada anak didiknya (peringkat sekolah rendah).
Masing-masing berebut mengangkat tangan (saya! saya! saya!)
Masing-masing meluah rasa hati yang nak jadi apa bila besar nanti.
Saya nak jadi DOKTOR, cikgu!
Saya nak jadi PEGUAM, cikgu!
Saya nak jadi SAINTIS, cikgu! (sebab suka sangat subjek sains)
Soalan menjadi lebih mencabar apabila berada di peringkat sekolah menengah (hehe!)
Kenapa kamu nak jadi DOKTOR?
Sebab nak BANTU ORANG LAIN, cikgu. Nak berbakti pada masyarakat.
Kenapa kamu nak jadi PEGUAM?
Sebab nak BELA mereka yang tidak bersalah, cikgu. Menegakkan kebenaran.
Kenapa kamu nak jadi SAINTIS?
Sebab nak cipta benda baru seperti orang bijak pandai dulu-dulu. Cipta itu ini.
DOKTOR
Antara kerjaya yang menjadi seperti pisang goreng panas apabila disoal. Inilah dia. Alasannya, sebab nak bantu orang lain. (ke sebab glamour? hmm) Apabila sudah bekerja, niat mula lari sana-sini, entah ke mana. Bangun pagi untuk bersiap ke tempat kerja juga dianggap beban.
Geram dengan kerenah pesakit, 'sakit sikit pun nak datang ke hospital'.
Malas nak layan ragam waris pesakit, aduan itu ini.
ada sahaja yang tidak memuaskan hati.
Itukah doktor yang kita nak jadi?
Sepertimana kita mahu membantu orang lain?
(hakikatnya, bukan doktor sahaja yang kerjanya membantu orang lain.)
Berpesan pada diri, jadilah MANUSIA YANG BERFUNGSI!
Itu jauh lebih berguna, Insya Allah di dunia dan akhirat.
Moh kongsi perihal DOKTOR MUSLIM
(boleh saja dipraktikkan sebagai peguam muslim, jurutera muslim, arkitek muslim etc ok)
#No.1 Niat untuk saling membantu masyarakat
Rasulullah membuat perumpamaan ikatan kasih sayang sesama Muslim itu ibarat satu badan. Baginda menyatakan,
Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam kasih sayang, belas kasihan, dan keakraban mereka ibarat satu jasad. Sekiranya satu anggota badan mengadu sakit, maka seluruh anggota lain akan terjaga dan diserang demam. (Riwayat Imam Muslim)#No.2 Tidak mendahului malaikat maut dalam menentukan takdir pesakit
Dalam surah An-Naml, ayat 65:
Katakan tidak akan ada dalam ilmu pengetahuan sesiapa pun perkara ghaib yang berlaku di langit dan bumi melainkan kesemuanya diketahui oleh Allah.Kadang-kala ada yang salah faham apabila doktor mengatakan, 'kamu ada masa 1 bulan lagi untuk hidup kerana penyakit kamu ini telah sampai ke peringkat akhir' Patah hati, putus harap untuk hidup. Nampak, kita lebih percayakan kata-kata doktor daripada Doktor segala Doktor, Yang Maha Mengetahui ajal maut kita semua.
Ya, doktor juga ada etikanya dalam menyampaikan berita buruk kepada pesakit. Sebagai manusia, perlu faham bahawa kami bukan yang melambatkan kematian, bukan juga yang menyembuhkan. Hanya dengan izin Allah.
#No.3 Menjaga adab dan tatasusila serta tidak mudah marah dalam menghadapi kerenah pesakit dan pihak atasan
#No.4 Jujur dan amanah dalam melakukan tugasan sama ada bekerja di hospital kerajaan atau swasta
#No.5 Mengetahui serba sedikit tentang hukum-hakam fiqh
Contohnya, solat pesakit, merancang keluarga dan lain-lain ketika pesakit berada di hospital. Saya juga masih belajar walaupun sudah hampir dua tahun berkhidmat. Sangat-sangat ketinggalan rasanya dalam memberi info kepada pesakit perihal ibadah ketika sakit.
Sejujurnya, jarang sekali melihat pesakit-pesakit beragama Islam menunaikan solat di dalam wad. Ada yang terlantar, duduk makan, ada juga yang mampu ke tandas tetapi mungkin dalam 1-5% sahaja yang menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.
Mungkinkah mereka lupa?
Atau kami yang lupa dan alpa mengingatkan mereka?
#No.6 Tidak menggunakan ubatan yang diharamkan oleh Islam kecuali dalam keadaan darurat
#No.7 Mendoakan pesakit supaya cepat sembuh
Insya Allah ada beberapa doa yang boleh kita sebagai pengamal perubatan amalkan, bahkan ahli keluarga, saudara-mara juga boleh turut mengamalkannya.
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosa-dosa kamu, Insya-Allah. (Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari)
Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan arasy yang Agung, supaya menyembuhkan kamu. (Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmidzi)Ayuh, kita amalkan.
Insya-Allah nanti saya sertakan bacaan dalam bahasa arabnya.
#No.8 Menjaga aib pesakit
Sesiapa yang menutup aib orang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. (Hadith direkodkan oleh Imam Muslim)#No.9 Menjaga bahasa percakapan semasa berkomunikasi
Jaga bahasa, jaga percakapan.
Lidah itu walaupun ia tidak bertulang tetapi itulah yang paling tajam jika tidak dijaga kelembutannya betul-betul. Ia boleh mematahkan semangat yang mekar, boleh mematikan hati yang hidup. Maka, berhati-hati dalam berkata-kata buat staff hospital, pesakit, waris dan orang sekitar.
Tangan pun kena jaga-jaga ni, sebab jari-jemari menaip lebih laju daripada pemikiran yang masih memproses data-data yang masuk. Insya-Allah perkongsian hari ini dipetik daripada buku karya Dr. Zaharuddin Abdul Rahman: Sifat Seorang Doktor Muslim.
Cari-cari gambar, jumpa Dr. Amal (hehe!) |
Insya-Allah.
Waallahu'alam.
0 Buah fikiran:
Post a Comment