Friday, November 18, 2011
Sajak Hidup
Alhamdulillah.
Belek punya belek, koleksi lama ku temui di dalam laptop sendiri. Pada zaman matrikulasi, ku sangat aktif menulis, lebih-lebih lagi sajak. Kebetulan pada masa itu ada pertandingan menulis sajak, cuma mengambil kesempatan dan peluang yang ada. InsyaAllah sajakku terpilih untu dicetak dalam buletin matrikulasi tetapi sehingga sekarang tidak tahu ke mana ku letak sajak itu.
Tertanya-tanya juga, mana hadiah yang dijanjikan itu?
Jawapannya terjawab dengan monolog diri,
"Macam mana nak bagi hadiah, hantar pun dengan nama samaran yang tidak dikenali"
Mampu tersenyum saja :)
Disini ku koingsikan sajak itu.
Sudah lama sajak ini duduk diam-diam dalam laptop. Masa untuk dikeluarkan semula.
Tajuknya,
Sedarlah,
Hidup ini sebentar cuma,
Hanya sehela nafas,
Bisa dirasa selembut bayu,
Irama ‘lub’... ‘dub’
Terus berirama ‘lub’... ‘dub’
Hakikatnya itulah irama hidup berTuhan,
Iramanya rabb..rabb,
Rentak beriringan,
Indahnya hidup bersyariat,
Nikmat anugerah Ilahi,
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari,
Hanya apabla ia hilang,
Lenyap dari pandangan,
Barulah manusia benar-benar terasa,
Sedarkah?
Siapakah kita?
Yang terus leka dan alpa,
Dengan nikmat,
Dengan hedonisme semata,
Lalai dari laksanakan suruhanNya,
“ala..muda lagi”
Ungkapan lapuk,
Tetapi masih digunakan,
Dikatakan moden..berstail,
Ayat lama..apa kes?
Sedarlah,
Bilakah masa matimu?
Ajal menjemput tidak kira masa,
Ionisasi roh dari jasad,
‘anytime..anywhere’
Sedarkah kamu?
Hidupmu insya-Allah,
Matimu itu pasti,
Sesungguhnya hidup di dunia,
Tidak lain, tidak bukan,
Hanya lillahi Taala,
Khalifatullah..amanah dipegang,
Ayuh,
Kembali ke jalanNya,
Titik persilangan yang hakiki,
Cuma satu yang dicari,
Mardhotillah,
RedhaMu, Ya Rabbul ‘Izzati.
Ditulis pada 23/10/2007
4 tahun usia sajak ini, moga ia terus hidup mengingatkanku selalu. Walaupun terasa ayatku dahulu agak tegas, sedikit kasar tetapi itulah hakikat hidup yang perlu kita selalu ingat.
Ayuh kembali ke zaman matrikulasi!
Satu destinasi persinggahan yang punya sistem pentarbiyyahan yang unik. Sangat unik! Kerana di sana, tenang setenangnya dengan tarbiyyahNya. Sangat indah! Belajar sendiri untuk hidup, kerinduan pada Masjid al-Maghfirah sangat mendalam. Tempat pengharapan ku panjatkan padaNya.
Ya, mahu ke sana!
Belek-belek lagi, jumpa gambar-gambar kenangan. Pernah ku lekat-lekat dalam blog pertamaku dahulu. Mahu lekat-lekat di sini pula. Ukhwah ini tiada penghujungnya. InsyaAllah.
18/11/2011 Lihat gambar meja belajar, bandingkan dahulu dan sekarang, mula rasa sekarang tidak serajin dahulu, sila SEDAR!
Tahniah Yuhaifah, teman matrikulasiku yang bakal bernikah bulan 12 nanti. Juga Tahniah buat Dila yang bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi, InsyaAllah.
Happy for both of you!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Buah fikiran:
salam ukhwah fillah....akak,post ni menarik krn mngingatkan diana time kat matrikulasi dlu,semuanya dh tggl kngn kn akak,terasa rindu...sajak 2 pn menarik krn penulisnya pn menarik,mohon share ye.. :) akak suri teladan y tbaik.. smoga dirimu selalu mndpt barakah dpd Nya.. diana syg sgt kat akak..
salam ukhwah fillah...menarik :) smoga dirimu sentiasa mndpt barakah dpd NyA.. comel tmpt akk study 2..syg akk..
Salam ukhwah fillah adik-adikku yang disayangi, zaman matrikulasi mmg meninggalkan banyak kenangan manis. Di matrik, paling suka lihat bintang di langit :) InsyaAllah moga hati-hati kita sentiasa bergerak untuk jadi lebih baik ya :)
Post a Comment