Al-kisah seorang pelajar yang kini di alam praktikal dan klinikal, sibuknya pagi, petang dan malam. Usah bicara soal keletihan, sebab banyak lagi yang perlu dibicarakan.
Hari ini, bertemu dengan seorang pak cik, 88 tahun. Dia menangis mengenangkan kisah hidupnya yang lalu yang mungkin baginya kian tiba ke penghujung. Ya, sesungguhnya hidup dan ajal itu semua dalam pengetahuanNya dan tiada siapa yang dapat lari. Muda atau tua, tetap kita akan jalani, cuma masanya yang kita belum pasti kerana kepastian itu hanya ada padaNya.
"Pak cik, jangan sedih-sedih, nanti sesak nafas lagi."
"Pak cik, jangan sedih-sedih, nanti anak pak cik nampak, mesti dia sedih."
"Pak cik, jangan sedih-sedih, senyum sikit..."
:)
Sila pelajari skill memujuk.
P/S: Semoga pak cik cepat sembuh, dan senantiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.
Memilih. Tiada siapa boleh memilih untuk terus hidup jika Allah telah tetapkan baginya untuk meninggalkan alam ini. Namun, dengan kasih sayang Allah kita diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada mahukan kebaikan atau sebaliknya.
Tiada yang mampu mendahului pilihan Allah buat hamba-hambaNya. Kerana apa? Kerana usaha, azam, cita-cita dan ikhtiar itu semua adalah dalam lingkungan takdir yang Allah telah tetapkan.
Tiada yang dapat menembusi takdir Allah
Pilih untuk tidak mahu memilih, dengan tidak terlalu memilih.
Berdoalah semoga jalan-jalan kehidupan yang Allah tetapkan untuk kita itu dapat kita lalui dengan sebaiknya sebagai orang hamba yang patuh dan taat kepada Penciptanya.
"Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung." [Surah at-Taubah:129]
PadaNya ada aturan yang terbaik.
PadaNya ada jalan-jalan awal dan akhir hidup ini.
Maka, jalanilah hidup ini dengan tenang dan sesuangguhnya ketenangan itu hanya daripadaNya, tiada daripada yang lain.
Jangan semakin jauh, berlarilah untuk kembali dekat.
Muhasabah diri.
Waallahua'lam.
14/7/2011 Si putih Abyadh kembali aktif ke sana-sini. Semoga roda berpusing laju dengan kebaikan, InsyaAllah.
Amal, sila fokus! :D
0 Buah fikiran:
Post a Comment