Apabila cerita tentang hidup,
Semua perlukan keseimbangan,
Seimbang,
Apabila sebut tentang hal ehwal hidup,
Keseimbangan itu sangat-sangatlah penting.
Makan,
'Diet kena seimbang, nanti cepat gemuk'
'Makanan kena seimbang, kena amalkan cara hidup sihat'
Belajar,
'Belajar tu kena seimbangkan untuk semua subjek, jangan fokus pada subjek yang kita suka saja'
'Belajar tu, kena selang-selikan dengan riadah dan masa untuk tenangkan fikiran. Kena seimbang, jangan sampai tak cukup tidur'
'Praktikal dengan teori, kena seimbangkan, jangan tinggalkan salah satu'
Seringkali berkata soal seimbang.
Cuma kadangkala kita lupa untuk seimbangkan soal dunia dan akhirat kita.
Lupa selepas ini ada dunia lain yang menanti.
Dan alam ini bukanlah kekal, cuma perantara yang seketika.
Bukan khususkan untuk sesiapa,
Cuma peringatan buat diri sendiri yang lupa.
Sedar atau tidak di sekeliling kita adalah nasihat, bukan nasihat buat sesiapa tetapi nasihat buat kita. Contohnya, kita sebagai pelajar, dalam suasana belajar itu sendiri kita banyak belajar, bukan sahaja ilmu dalam silibus semata-mata tetapi lebih daripada itu.
Belajar daripada suasana belajar. Kenapa tidak?
Belajar untuk jadi lebih baik, dan bukan sebaliknya.
Belajar untuk baiki diri, dan bukan sebaliknya.
Tetapi kekadang terasa sangat susah.
Kenapa?
Kerana ujian buat manusia itu sentiasa ada, bukanlah hidup diatas muka bumi ini semata-mata untuk bersenang-lenang. Bertemankan nafsu yang pentarbiyyahan yang hanya sekali cuma sekali cuma dalam setahun, iaitu di bulan Ramadhan menyebabkan diri terus dimanjakan.
Dan si penulis ini juga tidak terlepas daripada semua itu.
Kerana dia juga cuma insan biasa, tidak dapat lari daripada kesalahan.
Tetapi adakah itu sebab untuk terus begitu?
Terus dengan kesalahan yang dilakukan tanpa pembaikan?
Hah! Nampak sangat salah diri sendiri.
Maka, segera betul-betulkan ya.
Rasa seakan-akan diri tidak seimbang dengan banyaknya faktor luaran yang menyebabkan ketidakseimbangan. Tetapi perlu ingat, bukan faktor luaran itu yang menyebabkan segala ketidakseimbangan, sebaliknya sebenarnya semua berpunca daripada diri kita sendiri. Sama ada mampu mengawal nafsu, hati dan akal atau tidak.
Iman itu mampu mengawal segala gerak geri, dengan izin Allah.
Jika tidak dapat dikawal?
Tepuk dada, ketuk pintu iman.
"Tuk..tuk..tuk, iman macam mana kamu?"
Mungkin iman sedang dehydrated.
Mungkin juga iman sedang lethargic, with generalized body weeakness.
Atau, mungkin juga iman sedang koma (tahap kritikal).
Maka, segera bertindak!
Rawatan yang diperlukan oleh iman ini juga berbeza-beza bergantung pada tahap kroniknya. Semakin kronik krisis yang dihadapi, semakin susah untuk dirawat, serta semakin panjang masa yang diambil untuk sembuh.
Maka, jauhilah sebelum dirawat!
Andai perlu dirawat, jangan bertangguh kerana yang berpenyakit itu akan terus merebak tanpa henti, merosakkan yang mana sihat, mengganggu segala fungsi normal yang lain.
Maka, rawatlah sekarang!
Bagaimana?
Carilah ilmu, dalamilah agama. InsyaAllah jalan pulang bakal kita temui.
InsyaAllah.
Waallahua'lam.
19/7/2011 Walaupun perjalanan semakin sukar, namun jalan ini tetap perlu kita lalui :) Walaupun air mata perlu mengalir, walaupun lelah tetap terus bersemangat.
InsyaAllah.
'Amal ni bersemangat je, tapi tidur kuat juga.' monolog dalaman yang memerlukan perubahan. Ada kena mengena ke tidur dan semangat? Ada kan..
:D
0 Buah fikiran:
Post a Comment